Assalamulaikum semua nama aku Nur Liyana . Aku seorang gadis yang berumur 16 tahun , dulu aku seorang yang tembam tapi aku mempunyai kulit yang putih gebu sebab tu ramai panggil aku comel hahaha . Yeker aku comel? Entahlah aku pun tak tahu itu semua pandangan orang terhadap aku . Aku seorang yang ganas macam lelaki gaya pun macam lelaki tetapi sebenarnya aku ni sorang yang pemalu dan lemah lembut , eh? Hehehe. Tapi sekarang ramai orang kata aku dah cantik, slim, bergaya dan macam-macam lagi . Macam mana aku boleh jadi cantik macam sekarang . Hmm *sigh* semuanya bermula bila aku sukakan sesorang iaitu ex-crush aku .
*Kringg* waktu rehat .
“Hey girls , jom beli makanan?” hah! Aku ada empat orang sahabat yang rapat dengan aku iaitu Syazwana , Hajar , Ain dan Sharifah . Diaorang nilah yang selalu bagi aku semangat dan dorongan , walaupun kita orang tak mempunyai karakter yang sama tetapi kitaorang memahami satu sama lain . “Jom tapi Ain dengan Sharifah tak nak ikut I dengan Wana je.” Kitaorang suka beli makanan segera je maklum la malas nak makan kat kantin Cuma lepak dekat dataran je . Setiap kali nak pergi ke kantin aku mesti guna jalan yang akan aku Nampak crush aku , walaupun jauh boleh la Nampak muka dia yang hitam manis tu hehehe. Oh lupa pulak aku nak bagitahu tentang crush aku ni . Nama crush aku ni Hariz Danial sedap kan? Dia seorang yang comel tak berapa nak handsome tapi smart , lebih tua setahun dari aku seorang yang pandai dan bercermin mata , baik atau jahat ? entahlah aku pun tak tahu tengok penampilan baik Cuma nakal jelah dan tak suka ponteng kelas . “Hajar , tengok tu hariz la comelnya dia rasa macam nak menjerit la.” *senyum* . “Liyana , i rasakan itu la ayat u setiap kali nampak dia , sampai sekarang I tak dengar pun suara u tu menjerit urgh.” Hajar dengan Syazwana gelakkan aku . Eh yeker? Hahaha tak perasaan pulak selama ni , gila nak jerit depan dia nanti terus dia cop aku sebagai perempuan sewel .
YOU ARE READING
Cinta memang menyakitkan
Teen FictionMencintai seseorang dalam diam memang senang untuk kita simpan . Tapi bila nak meluahkan isi hati , aku hanya mampu menyorokan diri dan sanggup menyendiri .