Ya , manusia .
memang mudah terlupa atau mungkin aku yang terlupa
kau ini melayu HAHA bak kata orang melayu kan mudah lupa .
aku disini nak cerita tentang perjalanan aku merempuh dugaan
cabaran dan juga rintangan yang Allah S.W.T berikan .
dahulu , ada seorang manusia yang pernah menyinggah di hati aku
ya dia buat aku rasa bahagia walau kadang kala dia buat aku tak selesa
cerita cinta aku bermula di sekolah menengah .
aku mengenali dia secara tidak langsung , aku masih ingat kata pertama dia menegur
aku dengan berkata " boleh pinjam pen? " masa tu orentasi
mungkin dia terlupa nak bawa pen hm entahlah
dan hubungan kami berlangsung sebagai ketua kelas dan penolong
aku ketua kelas dan dia penolong .
aku dan dia mula bercinta pada bulan 10
dia yang me"ngurat" aku HAHA laku jugak aku ni HAHAHAHA
dan hubungan kami berjalan secara lancar
tetapi biasalah manusia terbawa bawa dengan perangai kebudak budakkan
kami berpisah pada bulan 7 pada tahun kemudiannya .
dan kami bercinta semula pada bulan 8 kali ini aku pula yang me"ngurat" dia
dan aku baru perasan , bulan 7 memang tidak menyebelahi aku .
tahun kemudiannya kami berpisah . aku dan dia bergaduh dan bercakaran
seperti harimau dengan singga . dia yang minta untuk berpisah .
aku terpaksa mengalah sebagai lelaki , jangan salahkan aku kerana tidak mahu
mempertahankan hubungan aku dan dia . aku sudah cuba tapi tidak berhasil .
ya lama jugak aku dengan dia . hampir 2 tahun aku bercinta dengannya .
aku kadangnya teringat hingga air mata jantan aku jatuh menjejak bumi .
tanpa aku sedar dia sudah mempunyai kekasiih baru . pada awalnya , ya
aku marah . aku bagaikan di rasuk iblis . aku menjadi lelaki dayus kerana memaki dia
ya , aku sangat pantang bila orang menipu aku lagi lagi kerana alasan ingin nerpisah !
hampir beribu aku habiskan hanya untuk dia ! dia masih tidak nampak pengorbanan aku ?
dasar manusia tak kenang budi . dasar tak kenang dek jasa !
lihat ? aku sudah naik hantu ! fuhh !
tetapi ketika itu masih menyimpan perasaan untuk kembali .
tapi peristiwa ini membuatkan aku menjadi manusia paling kejam di dunia .
ketika di sekolah , kami berkongsi kelas yang sama apabila tiba waktu agama .
ketika aku duduk di meja aku dan dia duduk jauh di hujung sana .
kemudian ustaz bertanya kepada aku " eh kenapa awak tak duduk dengan dia ? "
aku diam .
tiba tiba ustaz aju kan soalan pada dia
" kenapa awak tak duduk dengan dia ? selalu duduk di depan "
dia menjawab " saya tak kawan dengan sampah ustaz "
aku kaku . tubuh aku mengigil . air mata mula mengalir .
ya Allah ketika itu kau saja yang tahu perasaan ku .
di situ juga aku mengoyakkan gambar yang aku simpan di dalam dompet
tanda namanya dan surat surat yang pernah di beri .
ya maafkan aku ya Allah kerana menjadi manusia pembenci .
bagi aku .
cinta itu mudah dan tidak rumit .
tapi apabila engkau masih tidak mahu mengalah dan engkau yang di sebelah
sana juga tidak mahu mengalah jadi ia akan jadi rumit .
ya tak semua indah . Allah hadirkan seseorang itu dengan 2 sebab
yang pertama , untuk MEMPERBAIKI diri kita
atau yang kedua , untuk memberi PENGAJARAN bahawa tak semua itu indah .
renung renungkan .
yang ikhlas ;
@sikakisenyum :)