____________________________
"Rissa!!" Panggil seseorang dari arah belakang.
Marissa menoleh di belakang melihat gerangan manusia yang memanggil namanya.
Seorang wanita berselendang hijau gelap yang memanggil dirinya itu menghembus nafas lelah kerana dari tadi sibuk berlari mencari Marissa seluruh bangunan. Hakikatnya bangunan bukan besar mana pun.
Sudahlah wanita itu memakai kasut tumit tinggi sejak dari pagi lagi. Itu pun supaya dirinya nampak vogue.
Termengah-mengah wanita itu sambil menunduk. Nafasnya ditarik perlahan dan dihembus. Fuh lega! Jumpa juga.
Dia berhenti di hadapan Marissa selepas berjaya menjumpainya di depan kaunter lobi. Dari tingkat atas dia berlari turun ingin mencari Marissa yang hilang. Sekarang dah jumpa.
"Hah kau nok gapo dok nepik nama aku ni?" Tanya Marissa kehairanan terhadap Bella yang menjerit memanggil namanya. Berkerut Marissa memandang wajah milik Bella yang nampak lelah.
Mujur staff-staff yang lain tak memandang pelik terhadap mereka berdua.
"Apa yang nepik?" Soal Bella menggaru kening yang tak faham loghat kelantan yang digunakan oleh Marissa.
Marissa menepuk dahi.
Lupa pulak dia tak faham loghat kelantan yang selalu digunakannya.
"Nepik tu maksud dio 'jerit'. Faham dok?" Marissa menjelaskan maksud kepada Bella yang menghampirinya.
"Oooo faham-faham." Bella mengangguk selepas mengerti.
"Oii letih aku, dahlah aku sekarang pakai kasut tumit tinggi ni." Bella sambung merungut terhadap Marissa. Tumit kakinya digosok.
"Aku tok suruh kau pakai pun kan."
Marissa menjeling sekilas dan menggeleng, pagi tadi dia dah melarang Bella jangan pakai kasut tinggi kalau tak nak sakit kaki lagi. Tetapi degil juga, tetap nak pakai.
Tengoklah sekarang, nak berjalan pun nampak senget.
Marissa meneruskan langkah yang terhenti tadi juga diikuti Bella.
Bella merengus geram dan menjelir lidah. Eeee!! Suka hati kita lah nak pakai ke tak nak. Yang penting style mesti ada.
Perangai macam budak-budak main jelir lidah.
"Hah gapo gak dok jerit panggil nama aku tadi?" Soal Marissa memegang kemas fail dan beg di tangan.
"Eh lupa pulak. Ni aku nak tanya, kau okey ke tak?" Soal Bella risau sambil berjalan menyamai langkah dengan Marissa. Kakinya yang sakit ditahankan saja. Kan tak pasal-pasal kena perli dengan Marissa.
Dirinya mengerut kening tidak faham. Tiba-tiba Bella tanya okey ke tak.
Bella menayangkan muka pasrah melihat Marissa yang tidak faham apa yang ditanya olehnya.
YOU ARE READING
Iris Marissa
RomanceIris Marissa X Nash Hasnain "Hanya kisah seorang gadis melayu yang berkacukan arab siam bersama jejaka si mata hazel." ~~~~~~~ Hanya disebabkan satu insan, habis satu negeri yang tak bersalah dibenci. Namu...