<> 11 <>

163 18 63
                                    

• Sekolah •

" Okay murid-murid,  harini Cikgu Lee  tak datang,  jadi saya yang akan gantikan dia pada hari ini. Kamu boleh buat aktiviti bebas. "

" YEYYY!!!  " Semua murid bersorak kegembiraan

" Tapi jangan bising! "

" Ok ~ " jawab semua murid serentak.

" Yunchi " panggil Jin.

" Ha "

" Kenapa kau nampak lain eh harini " kata Jin sambil melihat aku atas bawah

" Eh ape kau ni. Tengok orang atas bawah. Karang orang lain fikir ape pulak "

" Tak wey,  srs harini kau nampak lain macam sikit " Jin tenung aku lama

" Ape yang lain? "

" Kau nampak.. Macam kurus sikit "

" Serius ah?  " tanyaku tak percaya

" Badan kau macam kecut sikit. Muka kau pun tak nampak tembab macam dulu. Cehhhhh dah pandai dah diet diet ni "

Aku tersenyum kecil. Wahh nampaknya ubat yang Seulgi bagi aku tu memang ketara kesannya. Cepat pulak tu. Aku baru makan 3 biji semalam. Harini,  mungkin 4? Atau lebih?  Tengok lah keadaan macam mana.

" Eh kau ni. Aku baru cakap kurus sikit dah berangan ke Asia. Ni kalau aku cakap kau cantik ni,  mau berangan sampai ke Eiffel tower tu "

" Ish sebok lah "

" Yunchi ~ " panggil Jin dengan suara manja

Aku memandangnya dengan muka pelik. " Pahal kau tiba-tiba buat suara macam tu "

" Kan kita dibenarkan buat aktiviti bebas kan..  " Jin membuat seperti tangan Sana dalam part shy shy shy 👉👈 dan menggoyangkan badannya sedikit seperti perempuan mahu minta sesuatu daripada lelaki.

Aku mula tidak senang duduk. Air liur di mulut, segera aku telan. Sedikit sedikit aku menjauhkan diri daripada Jin.

" Aku kan.. Nak kan.. Kan kan " muka Jin semakin dekat dengan mukaku.

" A-ape ni wey " badan aku semakin ke belakang akibat perangai pelik Jin.

" Sebenarnya la kan.. Aku nak bagi kau- " belum sempat Jin untuk menghabiskan ayatnya,  aku sudah berlari terlebih dahulu.

Ish gila punya manusia. Apahal lah dengan dia tu.

" Ala..  Aku nak bagi dad jokes je " kata Jin perlahan. " Hmm takpelah.. Cari mangsa lain. " Jin melihat ke arah seorang murid yang sedang bersandar di tepi tingkap

" Suga ~ "

" Taknak "

" Alaa "

" Tepilah manusia!! "

                             ° ° °

Aku berjalan tanpa hala tuju. Tak tau mana nak pergi. Hmm.. Apa kata kalau aku cari Taehyung? Dia pun takde dalam kelas tadi

Macam Buntat ?! &lt;&gt; KTH &lt;&gt;Where stories live. Discover now