Bab 5

72 6 2
                                    

Bab 5

PEPERIKSAAN akhir tamat juga. Sepanjang melalui minggu-minggu terakhir, Ed semakin memencilkan diri. Kalau biasanya dia selalu habiskan masa di studio Dom dan berkongsi macam-macam cerita dengan satu-satunya insan yang dipanggil kawan itu, kini tak lagi. Selepas apa yang berlaku dia jadi ralat nak berdepan dengan Dom. Apatah lagi apabila memikirkan yang Dom mungkin betul dan dia salah. Jadi masa yang ada banyak dihabiskan di rumah, di kafe mama dan juga merayap ke tempat-tempat yang dia suka pada bila-bila masa saja. Dia masih tetap melukis. Dan dia lega kerana sepanjang beberapa minggu ini, tiada apa-apa yang pelik berlaku. Tiada lagi insiden karakter-karakter dalam lukisannya ‘melompat’ keluar ke alam realiti dan dia harap situasi itu akan berterusan.

Mungkin ada peluang yang dia betul dan Dom yang salah.
Pagi itu Ed tiba di kafe mama selepas puas mama pujuk supaya dia datang tunjuk muka malam sebelumnya.

“Lambat dua jam!” rungut Lily sebaik saja Ed datang menegur di kaunter.

Ed pandang jam tangan. “Baru dua? Ingatkan dah petang.”

Lily memukul lengan Ed. Anaknya itu cuma gelak.

Ed duduk di sebelah mama. Sketch pad dikeluarkan dari beg.

“Oh, no, no, no.” Laju gelengan di kepala Lily.

Ed kerut muka. “Apa yang no?”

“Mama suruh Ed datang sini untuk kerja, untuk mula belajar selok-belok perniagaan kafe mama ni…”

“Pfft. Ma, Ed dah datang sini banyak kali. Dah hafal semua benda yang mama suruh Ed hafal tu. Tak ada hal punyalah.” Selamba Ed menjawab.

“Dah tu kalau dah tahu apa yang mama nak Ed hafal, kenapa bawak sketch pad tu?”

“Sebab nak buat sketching?”

Lily menggeleng lagi. “Mama nak Ed buat kerja hari ni.”

Ed mengeluh. “Kerja apa, ma?”

Lily bingkas bangun. “Sebagai permulaan, perhatikan apa yang mama buat.” Bahu Ed ditepuk. “Jom, kita pergi belakang.”

Ed mengeluh lagi. Lebih berat dari tadi. Nak tak nak terpaksalah dia ikutkan juga kata mamanya itu.

☘☘☘☘☘

PINTU ketuhar ditarik. Acuan kek yang sudah kembang menjadi kek yang gebu dan lembut dibawa keluar menggunakan sarung tangan tebal. Selepas meletakkan kek itu di atas meja bulat di tengah-tengah ruangan dapur, Kara mencapai bekas berisi topping yang sudah siap dicairkan.

Bibir menarik senyuman sambil dia mula meratakan topping pada permukaan kek itu. Dari sebelah kanan hingga ke kiri, dari atas ke bawah, dari hujung ke hujung. Kemudian dia mula merias kek itu supaya cantik untuk dipandang. Selesai semuanya, dia mencapai telefon bimbit dari atas kabinet dapur untuk menangkap gambar kek hasil air tangannya itu. Gambar yang sama dimuatnaik ke akaun Instagram peribadinya. Sementara menunggu likes dan komen dari pengikut-pengikutnya, sebilah pisau dicapai.

Kek dipotong dua. Satu diletakkan dalam bekas dan masuk ke peti. Satu lagi juga diletakkan dalam bekas yang kemudiannya dimasukkan ke dalam beg plastik. Kara naik ke bilik umtuk menukar pakaian. Gaya biasa – T-shirt dan jean. Selepas solat zuhur, barulah dia keluar dari bilik. Sambil turun semula ke ruang dapur sempat lagi dia memeriksa Instagramnya. Rata-rata pengikutnya memuji hasil air tangannya dan ada satu komen daripada Alzam yang buatkan hatinya berbunga-bunga riang.

Alzam_uck: Looks delicious. When will I get to taste it? 😋😜

Kara tersenyum-senyum sambil mengambil beg plastik berisi kek dan dibawa ke arah kereta yang terparkir di garaj. Daddy tak akan ada di rumah sampai petang. Jadi masa yang ada haruslah dia gunakan sebaik mungkin.

Kanvas (formerly Ed's Sketches)Where stories live. Discover now