Alisa tersenyum sendirian melihat gambar wallpaper dalam komputernya- Wajah seorang lelaki yang sedang memandang pada langit.. Wajah yang tulus, dan wajah yang betul-betul telah mencuri hatinya.Dia tersenyum sendirian, kemudian menutup komputer riba jenama Dell. Kamera Nikon DSLR yang terletak di atas meja dicapainya lalu bergegas dia keluar.
xxxxx~~~ XXX~~~~
Dia merasakan sesuatu… Seram sejuk.. nope, lebih rasa macam diekori. Pantas dia menoleh ke belakang. Kosong, hanya ada pejalan kaki yang tidak dikenalinya. Dia mulai syak.
"Jom lunch…" ajak Kenny, dia masih membatu. "Jom ler, starbuck ke?" gesa Kenny. Mamat pan-Asian kacukan mat salleh tu betul-betul kebulur. Time lunch laju aje, time keje, slow cam siput.
"Starbuck." balasnya acuh tak acuh. Mereka mula berjalan ke starbuck yang hanya beberapa blok dari situ. Dia menoleh ke belakang sekali lagi..
"Huh? Kenapa ?''tegur Kenny menyedari kelakuannya itu.
"Takde ape-ape, Jom! " katanya.
Click-click…
Alisa sengih.Earphone yang dipakainya dibetulkan. Gayanya sperti paparazzi, lengkap dengan kemeja kotak-kotak biru yg lusuh , spek mata hitam dan kamera. Gambar yang diambilnya dibelek-belek .Dia berpuas hati. Dari segi sudut mana pun, mamat nie memang' fotogenik'. Memang boleh jadi top model tak pun join reality rancangan " what a gal wants". Rambut hitam ikal, berkulit putih, bibir merah, tinggi, tegap.. hoh… perfect! Yang tak tahan kalau mamat nie senyum, alahai lemah jantung perempuan yang memandang. Belum lagi bila dia renung dengan pandangan mata yang tajam, huh.. boleh gugur jantung. Alisa tersedar.. ops-ops… apa yang dia berangan nie.. Segera dia kembali ke alam realiti. Bukan mamat tu ngan Kenny, pergi starbuck ke? Dia kene follow nie.
Alisa meninggalkan belakang tiang yang dari tadi dijadikan tempat persembunyiannya. Langkahnya di atur laju tapi penuh dengan hati-hati.
Neal… tunggu…. Hehe…
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Neal pandang langit yang membiru. Sengaja di pilihnya seat yang tidak berpayung di luar starbuck. Dia suka bila dapat melihat langit yang membiru itu, membiarkan angin menyentuh wajahnya dan menghirup udara yang bebas. Walaupun, di sini Kuala Lumpur, tapi dengan berbuat demikian, dia rasa –walaupun cuma sebentar, dia rasa sangat bebas.
" "It's a habit right?"
Neal tersentak. Dia baru sedar yang Kenny sedang memerhatikannya dari tadi. Kenny meneguk cappucinonya, sengaja membiarkan Neal menanti. Sempat juga dia mengenyitkan matanya pada dua orang gadis yang duduk tidak jauh dari mereka. Kedua-dua gadis itu tersenyum sipu.
" Pandang kat langit, usually u do that right?" sambung Kenny. Neal senyum. Oh...Rupanya hal itu.
" Can i know why?"
Neal mengangkat bahunya membuat gaya tidak tahu, tidak mahu memberikan jawapannya.
Kenny mencebik 'Selalu bermisteri, Idupler dalam misteri ko tu, Mr. Misteri~
" Hey, aku tak balik lepas nie. Kau cakap ngan Mr.Chan , aku cari sumber inspirasi."
" Sumber inspirasi? Sejak bile kau pandai ponteng nie? Setahu aku, aku yang selalu ponteng..." seloroh Kenny.
" Sesekali, belajar dari kau. " jawab Neal, bergurau. Serentak mereka berdua ketawa.
Walaupun, mereka berdua berbeza personaliti- Kenny yang playboy dan bising jauh berbeza dengan Neal yang lebih pendiam dan misteri.Hanya mereka sahaja tahu macam mana mereka boleh 'get along' macam nie.Sejak dari sekolah menengah hingga sama-sama mencipta nama dalam syarikat architecture terkemuka di KL-mereka kekal bersama. Dua orang arkitek kacak yang banyak menghasilkan 'seni' yang memukaukan.Semua orang dalam bidang ini mengenali mereka.-Neal dan Kenny.
"Wei! Serious ke kau tak nak balik opis ni?!!" panggil Kenny bila lihat Neal betul-betul blah camtu. Neal hanya melambai dan terus beredar. Uishh... ape lah Neal pikir nie?. Kenny menoleh ke belakang saat terasa dirinya seperti diperhatikan. Apabila melihat tiada sesiapa yang dikenalinya ataupun yang mencurigakan, dia mengeluh, mungkin perasaan sahaja. Kenny memandang 2 gadis cantik yang diusiknya tadi lalu mendekati mereka.
"Hai, ladies"
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Alisa rasa nak hentak jer kameranya tu. Cis, betul-betul tak sangka! Rupanya Neal sebegitu! Sepanjang hari dia mengekorinya, akhirnya rupa sebenar disebalik ketulusan wajahnya itu adalah sungguh tak disangka-sangka. Same jer ngan Kenny! Seharian ini, tidak putus-putus Neal dikelilingi perempuan. Masa beli baju kat Armani, salesgal kat situ terhegeh-hegeh pada Neal. Bukan seorang tapi 3 sekali gus. Dan Neal melayan jer.Siap bagi minah-minah low standard tu sentuh-sentuh tangan, badan-walaupun Alisa tahu diorang cuma nak amik ukuran badan Neal untuk buat baju tetapi layanan Neal yang mesra tu,ish... mane boleh begitu! Arghh!!! kire Neal miang jugalah!!
Ish, tak, tak, Neal memang jenis macam itu, mesra dan gentleman, dengan sesiapapun dia begitu. Tidak pernah lagi dia lihat Neal marah, tempik-tempik ataupun berkasar dengan sesiapa. Wajah Neal sentiasa tenang, ceria dan yang pastinya, senyuman Neal tidak pernah lekang dari wajahnya. Itu peribadi Neal dan Alisa tahu semua itu. Dia harus berfikiran secara tenang dan positif. Perempuan-perempuan itu yang mengambil kesempatan terhadap diri Neal. Yer, betul tuh!! Lagi satu, mamat nie tak pernah letih ker? Habis satu KL nie dia ronda. Dahler siap jalan kaki lagi. Penat Alisa ikut, Bintang Walk, Times Square, Suria KLcc, Lowyat, uptown, downtown.. ape mamat nie robot ke? Aduh....
Alisa melabuhkan punggungnya di bangku taman. Kaki dia rasa macam nak tercabut. Dia mengurut-ngurut kakinya yang letih tu. Dari tengahari sampai ke malam, Uishh, memang sesiapapun akan letih kalau ikut Neal. Padanlah muka dia sebab buat begini. Ini pun entah ke mana Neal menghilang, tadi elok jer ada di depan dia, selepas tu hilang pulak- macam iklan biskut. sekejap ada sekejap takde ^^
"Penat kah?" Alisa menoleh. Dia cam suara itu. Alisa membatu apabila melihat Neal tiba-tiba sahaja berada di sisinya, tanpa dia sedari. Malah, apabila Neal duduk di sebelahnya, Alisa kekal membatu. Dia nervous.
"Bercermin mata hitam waktu malam,bawa kamera, hmmm.... memang suspicious.."
Alisa telan air liur.
" Banyak sudah gambar awak ambil?''
Alisa mengangguk perlahan.
"Puas hati?"
Alisa tidak menjawab. Neal marah ke? Dia kena cepat-cepat minta maaf ini, dia tidak mahu Neal membencinya,.. tapi sebelum sempat dia bercakap, Neal mendekatinya.
" Saya bagi awak last chance." suara Neal kedengaran begitu lembut. Jarinya yang panjang dan tirus itu diletakkan ke bawah dagu Alisa dan perlahan-lahan dia mendonggakkan wajah Alisa agar memandang wajahnya. Sentuhan itu membuatkan jantung Alisa berdegup kencang, membuatkan pipi Alisa terasa hangat dan merah padam menahan debaran jantungnya. Neal merapatkan wajahnya pada Alisa.
" Untuk melihat saya dengan jelas." . Cermin mata Alisa , Neal tanggalkan perlahan-lahan dan pandangan mata mereka bertemu. Mata jernih yang penuh kasih itu merenung Alisa, membuatkan Alisa jatuh cinta padanya sekali lagi dan selamanya.
"Selamat pulang.." Mesra sekali nada suara Neal. Masih Neal yang sama. Masih lelaki yang dicintainya. Alisa terus memeluk Neal. " I miss you..." kata Alisa gembira.
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomanceApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...