part 3

1.1K 44 1
                                    

" Tahniah Neal. Harap lepas nie, kita boleh berkerjasama lagi." Jabatan tangan Mr.Chan digenggamnya sambil tersenyum.. Hari ni merupakan hari yang sepatutnya berbahagia dan bermakna bagi dirinya.Bukankah begitu?

 " Hey, this is the biggest step ever. But i believe in you."

" Congratulation! lepas nie, you akan lebih famous dan succes."

" so, sad we won't get to see your magical art after this."

" lepas nie, title arkitek terbaik jadi aku nyer la."

 Satu persatu ucapan tahniah dari teman sekerjanya diterima dan dibalasnya dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Dia teringatkan perbualannya dengan ayah Alisa- Dato Adzhar.

~~~

 " This is for the sake of Alisa."

" Maksud Dato'?"

 " Saya tahu, you sangat succes dalam bidang architecture tapi sampai bila ? It's going nowhere.Bukan saya nak memandang rendah pada kerjaya you. It's good, but not good enough. Saya nak you uruskan business worldwide saya ini. You akan berkahwin dengan my daughter, so I want the best untuk daughter saya. Leave your job and just take over my business. I can provide you more than you can imagine." kata Dato' Adzhar menghabiskan hujahnya. Dia menepuk bahu bakal menantunya ini.

 " Maksud Dato' saya akan perolehi title, pangkat, money and populariti and later you would not feel shame to introduce me as ur future son in law.."

 Dato Adzhar ketawa besar. Curutnya disedutnya dalam-dalam.

 "Bijak! Ya! Alisa tidak layak berkahwin dengan orang yang tiada title dan pangkat. Orang yang bermula merangkak-rangkak dari bawah.Entah bila boleh sampai ke puncak. Even so, she loves you."

~~~~ 

" I don't want to know the reason you quit."

Tiba-tiba Kenny mendekatinya lalu menganggu  imbauan dialog-dialog 2 hari lepas yang tidak mahu diingatinya.

 " But as a friend, you are one lucky man, Nea!. Lepas nie tak dapatler aku nak berdiri di sisi ko. Jarak kite akan lebih jauh."

Neal hanya tersenyum. Dalam dunia metropolitan ini, pangkat, kuasa dan duit adalah segalanya. Ia membezakan antara orang biasa dan orang berkuasa. Mungkinkah, orang dari dunia berbeza ini tidak dapat bergaul lagi? Itukah maksud Kenny?

 " But as a close friend? what will you say to me?" tanya Neal. 

Kenny mendiamkan diri.Mereka saling berpandangan dan kemudian...

 Kenny tiba-tiba menumbuknya menyebabkan dia jatuh tersungkur dan semua mata tertumpu pada mereka. 

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now