Suasana begitu tegang di antara mereka berdua. Sepanjang perkenalan mereka, tidak pernah keadaan menjadi sebegini menakutkan. Sebuah peperangan dingin tanpa suara antara Kenny dan Neal. Kenny memandang ke luar tingkap kereta yang sedang bergerak dengan kelajuan 110. Melihat cuma pokok-pokok yang menghiasi jalan highway Utara-selatan ini, dia mengeluh bosan. Sudah hampir 3 jam perjalanan dan selama itu jugalah dia duduk diam membisu. Satu perkara yang paling dibencinya- Diam.
" Nak berhenti rehat tak?" tanya Neal tiba-tiba.
Kenny membisu sahaja. Namun dalam hatinya berbisik " Idea baik gak, rehat jap, boleh dia cuci mata skit." Perang dingin terus berlanjutan.
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Alisa buntu dan bosan. Dia menuju ke meja komputernya. Wallpaper gambar Neal ditatapnya. Kemudian dia membuka folder yang tertulis "Neal sayang" Semuanya gambar Neal, dari muka time tido, time ketawa, time makan, time keje. Gambar-gambar itu semuanya mencuitkan hatinya.. Selepas setengah jam membelek satu persatu gambar Neal, dia kembali berbaring ke katilnya. Anak patung beruang warna biru hadiah dari Neal dipeluknya erat.
"Bosannya!!" Dia menimang-nimang anak patungnya itu, kemudian setelah bosan dia mengambil pula majalah "Cleo" edisi Januari. Selepas menyelak-nyelak beberapa mukasurat, dia turun dari katilnya menuju ke arah tingkap bilik. Mengeluh. Berulang-ulang dia melakukan perkara yang dia sendiri tidak tahu kenapa. Semuanya serba tidak kena. Belek-belek kameranya, conteng-conteng pada kertas kosong, buat senaman ringan, berlari dalam bilik, tangkap gambar sendiri, sesiapa yang melihatnya tentu terasa pelik dengan kelakuannya. Keluhannya pula tidak putus-putus.
" Ish... lambatnya masa berlalu..." getusnya geram. Sekali lagi dia menghempaskan tubuhnya pada katil empuknya.. Dia mencebik tidak puas hati. Kenapalah masa begitu lambat berlalu? Dia bosan sekiranya tidak melakukan apa-apa. Lebih-lebih lagi, apabila Neal tiada di sisinya. Pemikirannya akan terus menerus memikirkan Neal dan merinduinya setiap saat. Bilakah Neal hendak kembali ini??
" Neal!!!!Cepatlah balik!! I miss you!!" jeritnya seorang diri dalam bilik.
-----------------------------------------
Kenny meneguk air pepsi. Leganya bile dia dapat membasahkan tekaknya. Jam jenama rolex yang tersarung di pergelangan kirinya ditatap, sudah pukul 10 malam dan destinasi tujuan mereka masih belum jelas.
" Maneler tempat yang Neal nak bawak nie?dah berjam-jam dah perjalanan ini." Rungut Kenny dalam diam. Dia teringatkan perbincangan tempoh hari yang menjadi punca Kenny sekarang berada di sini.
" Saya nak reka bangunan untuk kali terakhir bagi syarikat nie."
"Maksud you?" Mr Chan merenung Neal, mengharapkan penjelasan.
" Last projek saya dengan syarikat Alex belum selesai, jadi saya nak siapkannya!"
" Ooo.. projek tu? I ingat nak suruh Kenny finishkan since you nak berhenti kerja." kata Mr Chan, teringat akan projek 10 billion untuk pembinaan kawasan resort baru di Langkawi.
" Saya mahu habiskannya. Lagipun mereka mempercayai saya dan ia tidak bagus untuk reputasi syarikat sekiranya saya melakukannya separuh jalan. Lagipun, hanya tinggal lagi 30% untuk saya completekan rekaan bangunan resort itu. Ia takkan makan masa yang lama."
Mr.Chan senyum. Dia suka dengan perangai Neal nie. Bertanggungjawab dan profesional.
"Baiklah."
" Tetapi, saya nak finishkan rekaan ini di satu tempat lain. Bukan di sini, bukan di KL dan ...." Neal memandang Kenny yang dari tadi hanya membisu mendengar perbincangan mereka.
" I hope Kenny can join me."
Kenny membuang tin pepsi kosong itu ke dalam tong sampah dan berjalan ke arah kereta Honda Civic warna metalic itu.
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomanceApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...