part 8

773 24 1
                                    

" Kenny, nama sebenar kamu apa?"

"Eer..." Kenny serba salah hendak menjawab soalan Pak Mail itu.

Inilah kali pertama dia ditanya soalan seperti tu. Memiliki wajah kacukan mat salleh, Kenny merupakan panggilannya dari kecil dan tidak sesiapa pernah ambil peduli dengan nama sebenarnya. Malahan, dia sendiri tak pernah kisah dengan semua itu dan lebih selesa dengan panggilan Kenny.

" Khairul Kent Khaizal." katanya perlahan. Kent merupakan nama yang dipilih oleh nenek sebelah ayahnya. Untuk tidak menghampakan keluarga belah ayahnya yang hendak juga mengekalkan keturunan inggerisnya itu, ibunya meletakkan juga nama itu, walaupun agak janggal bunyinya.

" Khairul... hmm... nama yang bagus!" kata pak Mail menepuk-nepuk belakang Kenny dengan mesra. Kenny sengih, lain rasanya apabila dipanggil Khairul dan tepukan Pak Mail ini betul-betul kuat, tak padan dengan dirinya yang dah berumur.  Mereka berdua kembali senyap sambil menikmati suasana senja..

"Sini, memang dah kurang anak muda. Semuanya dah pergi bandar, diingatkan balik zaman pakcik muda-muda dulu, tempat ini meriah!. Waktu malam selalu budak-budaknya pergi mengaji, riuh sana sini.Boleh dikatakan semua budak-budak di kampung ini pakcik kenal. Mamat, Kamal, Mariam, Boy..." tiba-tiba Pak Mail mengungkit cerita lama. Ceritanya berlanjutan sampai Kenny rasa macam diceritakan 'bed time stories' semasa zaman kecilnya. Kenny menguap walaupun cuba ditahannya.

 " Kamu bosan dengar cerita pakcik?."

"Eh, takdele.." sengih Kenny berdalih.

"Neal, dia macam mana sekarang ini?" tanya Pak Mail. Kenny pelik dengan soalan Pak Mail itu. Macam mana sekarang? Apa maksudnya?

" Macam tu ler pakcik.. Biasa jer."

" Pak cik ingatkan dia takkan balik lagi."

"Takkan balik? Kenapa pula? Bunyi macam Neal sengaja tinggalkan kampung halamannya pula.. " seloroh Kenny, tapi wajah Pak Mail membisu seribu bahasa.  Adakah betul gurauannya itu?

" Kenapa... Neal tinggalkan kampung ini?'  Kenny cuba bertanya. 

" Mestilah nak berjaya. Dikampung nie, tiada apa-apa untuk orang muda macam Neal."

Kenny hanya menggangguk tetapi disebalik kata-kata Pak Mail itu, dia rasa  Pak Mail sembunyikan sesuatu. 

-------------------------------------------------------------------------

Neal melihat sekelilingnya. Rumah ini masih tidak berubah. Masih seperti kali pertama dia menjejak kaki ke sini. Hiasannya, foto di dinding, kedudukan perabot,semuanya tidak berubah. Satu pun tidak berubah seolah-olah tempat ini tidak dimakan usia . Seolah-olah masa berhenti di ruang ini.

Walaupun, tuan banglo ini sudah meninggalkan tempat ini 9 tahun dahulu. Semuanya masih sama Kini hanya tinggal Mek Jah yang masih menjaga banglo ini sepenuh hati walaupun umurnya sudah dimamah usia.Neal bergerak ke setiap sudut rumah nie. Segalanya masih sama, sama seperti 9 tahun yang dulu. Cuma yang membezakan adalah dirinya. Dia kini seorang lelaki dewasa bukan lagi budak nakal yang sering curi-curi masuk ke sini.

Neal berhenti di depan sebuah bilik yang terkunci rapat.

 " Adakah masih sama ?" bisik hatinya ragu-ragu. Perlahan-lahan tombol pintu dipulasnya.

"Mungkinkah.."

 Kreok. Rupanya pintu itu tidak berkunci dan perlahan-lahan pintu itu terbuka.

Seorang budak perempuan berusia 7 tahun memandangnya sambil tersenyum.Rambut tocang budak itu terbuai-buai ditiup angin. Neal tergamam. Bayangan budak perempuan itu perlahan-lahan hilang dan digantikan dengan sebuah piano usang yang terletak di dalamnya.

Neal menghela nafas lega saat disedarinya itu hanyalah khayalan dan bayangan yang menipunya. Sama seperti ketika dia terdengar melodi piano dari luar rumah banglo ini.Realitinya, bilik ini kosong- tiada sesiapa. Yang ada cumalah sebuah piano yang tidak terusik.

Bilik piano ini masih sama. Tingkapnya yang mengadap taman masih sentiasa terbuka, membenarkan angin senja mencuri masuk ke dalam. Langsir biru muda di tingkap terbuai-buai. Piano usang ini juga masih di situ. Tepat seperti sangkaannya, ia masih sama.

Sresh... Sreshh....Sesuatu yang lembut dan berbulu menyapu kakinya. Bulu roma Neal  tegak berdiri . Pantas, Neal menoleh ke kakinya yang terasa kehangatan dari satu insan yang rupanya turut berada di situ.

 Meow~~~ Rupanya seekor kucing berwarna coklat keperangan sedang bergesel manja di kakinya. Kucing bermata hijau itu mengiau manja. 

 "Neal kah itu?"

Neal menoleh pada pemilik suara itu. Seorang gadis yang berpakaian blaus merah jambu mendekatinya. 

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now