part 10

756 24 1
                                    

Neal melakar lukisan bangunan yang direkanya. Dia kena siapkan. Lagipun ini memang tujuan asalnya dan dia tidak boleh buang masa.Di sini, dia akan dapat ilham dan dia mahu pastikan projek dia kali ini lain dari yang lain. Lebih sempurna.

 "Cantiknya. " Neal tidak menoleh pada suara yang yang memujinya. Tetamu ini... ish...

 " Nanti ajar saya lukis yer?"

 Sekali lagi Neal tidak mempedulikannya. Dia terus memberikan sepenuh tumpuan pada kerjanya.

 "Sombongnye! "

 Neal akhirnya memandang Alisya yang dari tadi sibuk menganggunya.

 "Saya nak buat keje ni. Please jangan kacau." kata Neal. Nada suaranya sememang tidak menyukai kehadiran Alisya di sini.

 "Ok. Tak kacau pun."

 Neal menyambung kerjanya sambil diperhatikan Alisya.

 " Kehadiran awak menganggu saya." Sekali lagi Neal bersuara.

"Ops.. OK." Alisya berganjak jauh sedikit dari Neal tapi masih memandang Neal. Seperti seekor kucing yang meminta sedikit makanan dari tuannya. Pandangan mata itu yang membuatkan Neal rasa tidak selesa.

 "Awak nak apa?"

"Nak tanya." Neal menghentikan kerjanya. Dia merenung Alisya. 

 " Apa?!"

"Awak ni memang dingin dengan saya yer?Dengan orang lain senyummmm... dengan saya masammmmmmmm..." kata Alisya sambil membuat mimik muka orang tersenyum kemudian masam. Neal masih diam tidak memberi sebarang reaksi walaupun Alisya cuba membuatkan dia tertawa.

 " Sombong!! mesti awak ni takde ramai kawan."getus Alisya lagi.

"Apa yang awak nak cakap sebenarnya?"

" Kenapa awak sombong dengan saya? Saya ada buat salah kat awak ke?" tanya Alisya sambil duduk di sebelah Neal.

"Saya tidak suka awak." kata Neal kembali menyambung kerjanya yang terhenti tadi. Dia sudah malas hendak melayan karenah Alisya ini.

 "Jahatnye......."  Alisya mencebik.Kelakuannya seolah-olah kanak-kanak 5 tahun yang diusik.

 " Ingatkan awak akan tolong saya. Camneler saya boleh kenal orang macam awak ni yer? muskhyil, muskyil."

"Jadi tak perlu kenal saya."

"ee..!! " jerit Alisya geram dengan Neal. Makin cakap dengan Neal makin sakit hati! Apa Neal nie pernah masuk kelas menyakitkan hati orang ke? Kalau ada kelas itu sememangnya Neal adalah 'best student' dalam kelas itu.

 " Kenapa nak minta saya tolong awak ?" sambil melukis, Neal bertanyakan soalan yang bermain di fikirannya sejak pertemuannya dengan Alisya. Kenapa? 

"Sebab saya tidak ingat dan awak satu-satunya kawan saya bukan?"

Neal senyap . Baginya alasan Alisya itu tidak munasabah dan dia tidak mahu menerimanya. 

" Lagipun, dalam bilik saya ada banyak gambar awak.Jadi saya tertanya-tanya, kenapa awak? Siapa awak?Apa awak bagi diri saya? Peliknya bila kita tidak ingat apa-apa.  " kata Alisya lembut.

Pensel lukisan yang Neal pegang terlucut perlahan.  

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now