Part 3

6 0 0
                                    

Apabila Farhan menyebut nama Aina dengan lembut, Aina pun terpaku. Farhan sambung, "memang betul orang cakap.. orang nama Aina ni, mata dia cantik..." Aina senyum lalu berdiri setapak jauh dari Farhan. Dia takut kalau Farhan apa-apakan dia. "la, kenapa?...I cakap mata you cantik, terima kasih pun tak ada.." Farhan berpeluk tubuh lalu pandang ke laut. Aina melihat Farhan seperti merajuk, dia pun mengucap terima kasih. Farhan gelak kecil, "ha, macam tu la..sama-sama" Aina lihat jam tangannya. "ye, I tahu dah malam..jom, I hantar you balik" Mereka berdua pun pergi ke kereta Farhan lalu pergi meninggalkan restaurant itu. Waktu berada di dalam kereta Aina diam sahaja. Farhan pun bersuara, "kenapa you ni, senyap je.." "tak ada apala, cuma penat sikit je.." "pasal tadi tu, sorry kalau I buat you rasa tak selesa..." Aina hanya mengukirkan senyuman. "I tak akan apa-apakan you..I tahu you budak baik, you jangan takut okay..." Setelah hampir setengah jam, mereka pun tiba di bawah block Aina. Farhan menghantar Aina ke lift. Sebelum Aina naik, Farhan kata, "terima kasih sebab sudi keluar dengan I today.." "sama-sama, terima kasih jugak sebab belanja I makan.. hantar dan amik I.." "no problem.." Farhan senyum, begitu juga Aina.

Sebelum Aina masuk tidur, dia mendapat sms dari Farhan.

Farhan: Selamat Malam mata cantik... :P
Aina: Selamat Malam, :)

Selepas malam itu, Farhan sering membawa Aina keluar bila mereka ada masa lapang..mereka pergi makan, bersiar-siar..melakukan activity seperti bermain badminton, bowling. Farhan rasa bahagia bila berada bersama Aina, melihat gelak ketawa dan senyuman manis Aina..membuat Farhan jatuh hati padanya. Setiap kali mereka balik ke rumah selepas berjumpa dan meluangkan masa, Farhan dan Aina akan tersenyum seorang diri. Begitu juga semasa mereka membaca mesej-mesej perbualan mereka. Farhan sudah nekad untuk meluahkan perasaannya terhadap Aina. Tetapi, Aina selama ini ingat yang mereka hanya berteman sahaja. Farhan akan rancang sesuatu. Tapi, sudikah Aina menerima cintanya?

Pandang PertamaWhere stories live. Discover now