°•°•°•°•°
Naura memerhati wajahnya dihadapan cermin solek. Lesu. Kalimat itu sahaja yang mampu menggambarkan riak wajahnya. Aura pengantinnya tenggelam begitu sahaja.
Perlahan-lahan pintu bilik dibuka dan berjalan seakan tidak jejak ke tanah. Ais di dalam peti sejuk diambil dan dituam diwajah.
Itu adalah salah satu terapi yang gemar dilakukan untuk mengekalkan keanjalan semula jadi. Ais ditekap lebih lama dibahagian kelopak mata bagi mengurangkan sembab.
Lupakan perkara lalu untuk sementara waktu. Perkara yang telah berlalu tidak dapat diulang untuk diperbaiki.
Naura kembali tenang. Wajahnya kembali sayu namun lebih baik dari sebelumnya. Paip air dipulas. Air yang mengalir diratakan ke seluruh bentuk wajahnya.
Tenang.
Tenang is good.Naura melihat ruang tamunya yang sudah berubah bentuk. Pelamin sudah tersedia. Dulang hantaran turut tersusun kemas.
Dia memandang jarinya. Tiada inai. Dia juga tidak suka akan corak inai dan baunya. Jari jemarinya akan kecut apabila memakai inai.
Naura tersenyum.
Telefon bimbitnya dibuka. Wallpaper miliknya masih menggunakan gambar Aish Fahri yang sedang tidur. Sudah lama dia menggunakan gambar ini.Biarlah, ini cinta pandang pertama.
Shaz yang dari tadi tidur tidak tenang memerhati jam di telefon bimbitnya. Melihat Aish Fahri tidur lena disebelah menyebabkan dia yang gawat.
Jam 0532 pagi.
Dia masih terjaga. Risau jika sahabat akhiratnya itu bakal terlewat di hari akad nikah."Kau tidur mati apa?" Shaz menarik telinga Aish Fahri yang elok tidur meniarap.
"Hm." balasnya separuh sedar.
Shaz menggusap mata yang baru terasa berat. Dia tersenyum sendiri melihat baju melayu putih milik sahabatnya.
"Kau dah nak kahwin Fah. Aku ni orang langsung tak pandang." Shaz tersenyum sendiri. Senyuman hampa dan kecewa.
Tidak mengapa, mungkin jodoh bukan disini. Mungkin Ainul Mardhiah yang sedang menunggu disana. Shaz terus sahaja turun dari katil dan bergegas ke bilik air.
10minit berada di dalam bilik air keluar bersama tuala dililit di pinggang. Masih lagi terkejut melihat Aish Fahri tidak berganjak dari posisi tidurnya.
"Woi kahwin bangun!" Shaz membaling kain pelekat yang ada dihujung katil. Ini kain mesti solat isyak semalam punya!
"Apa kahwin?" Aish Fahri masih lagi meniarap cuma kepala yang terlentok di sebelah kanan menjadi sebelah kiri.
"Kau yang nak kahwin ni Fah."
"Dengan siapa pula?" Aish Fahri bangun dari tidurnya. Bersandar di birai katil melihat Shaz yang hanya bertuala?
"Dengan aku." Shaz tersengih.
"Mimpi ngeri."
Usai sahaja penampilan pengantin, Aish Fahri membetulkan sampin untuk buat kali yang terakhir. Tak janji, mungkin akan dibetulkan lagi lepas ini. Dia memakai jam tangan di tangan kirinya dan rambut diperhatikan di cermin.
YOU ARE READING
Di Setiap Pertemuan
Teen FictionAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...