- 1 -

134 20 7
                                    

Yooji duduk di hadapan Jungkook sambil memerhati suaminya yang dari tadi sibuk dengan telefon.

"Abang, kan kita bercuti. Boleh tak kalau abang jangan dulu pegang gadjet?" Soal Yooji dengan wajah yang cemberut.

"Sayang, belikan abang aiskrim." Balas Jungkook acuh tak acuh sambil tangannya masih sibuk memegang telefon.

"Yelah, abang tunggu kat sini eh. Nanti Yooji datang bawa aiskrim." Jawab Yooji lalu mengucup dahi Jungkook .

Yooji pergi ke gerai yang menjual  pelbagai perisa aiskrim.

"Saya nak aiskrim coklat dan aiskrim strawberi. " Ujar Yooji pada penjual aiskrim itu.

Penjual itu menyerahkan aiskrim  strawberi dan coklat kepada Yooji.

Yooji mengeluarkan beberapa keping duit lalu menyerahkan pada penjual itu.

Sedang Yooji berjalan menuju ke tempat duduk yang tadi didudukinya bersama Jungkook.

Tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki berbadan sasa. Aiskrimnya terkena pada baju lelaki itu.

"Eommo! Maaf!" Yooji cepat-cepat mengeluarkan tisu dari beg tangannya lalu mengelap baju lelaki itu.

Hati Yooji bertambah risau bila lelaki itu hanya mendiamkan diri.

"Saya betul-betul minta maaf. Saya tak sengaja. Saya boleh ganti" Sekali lagi Yooji meminta maaf sambil menunduk.

"Tak apalah, bukan masalah besar pun. " akhirnya lelaki itu membalas kata-kata Yooji.

Yooji menghembus nafas lega. Yooji memberanikan diri memandang wajah lelaki itu.

Mata mereka berdua bertembung. Hampir beberapa saat baru Yooji mengalihkan pandangannya ke arah lain. Pipinya merona merah. Lelaki itu tersenyum.

Kacak, dengan hidung yang mancung, tinggi, mata yang besar, dan bibir merah.

Cepat-cepat dia menggeleng. Ingat Yooji, kau dah ada suami!

"Awak nak beli aiskrim tu balik ke?" Soalnya dengan senyuman terukir di bibir.

"Rasanya macam tu la." Yooji mengangguk.

Mestilah dia perlu beli semula aiskrim yang telah jatuh di baju lelaki itu tadi.

"Saya nak pergi dulu. Sekali lagi, saya minta maaf." Yooji tunduk hormat lalu membelakangi lelaki itu untum ke gerai aiskrim tadi.

Tiba-tiba lengannya ditarik. Yooji terkejut.

Lelaki itu lagi!

"Saya pun nak makan aiskrim juga. Jomlah kita sama-sama pergi." Lelaki itu menarik lengan Yooji ke gerai aiskrim tadi.

Entah kenapa Yooji rasa selesa bila lelaki itu memegang lengannya. Dia rasa tenang.

Yooji hanya memperhatikan saja lelaki itu mengambil aiskrim coklat satu, dan dua aiskrim strawberi lalu membayarnya.

Lelaki itu membawanya keluar dari gerai aiskrim itu sesudah membayar.

"Tunggu kejap, saya lupa nak beli aiskrim saya." Ujar Yooji cemas.

Terlalu terpesona dengan kekacakan lelaki itu sampai terlupa apa niatnya ke gerai aiskrim itu.

"Tak payah. Ni saya dah belikan, aiskrim coklat dan strawberi kan?" Soal lelaki itu sambil menghulurkan aiskrimnya coklat dan aiskrim strawberi yang dibelinya tadi kepada Yooji. Aiskrim strawberi beri yang lagi satu dimakannya.

"Terima kasih banyak. Biar saya ganti duit encik." Baru saja Yooji hendak mengambil duitnya dari beg tangannya lelaki itu menggelengkan kepalanya laju.

"Tak apa, saya ikhlas nak belanja awak. " Balas lelaki itu lembut.

Yooji menganggukkan kepalanya perlahan lalu mengambil dua aiskrim itu daripada tangan lelaki itu. Dia rasa bersalah. Sudahlah dia mengotorkan baju lelaki itu. Baju lelaki itu pun pasti mahal kerana ada jenama. Malah, lelaki itu lagi yang membelanjanya. Sepatutnya dia yang membelanja lelaki itu.

"Terima kasih." Ucap Yooji perlahan namun masih dapat didengari oleh lelaki itu.

"Sama-sama. Saya handsome kan? Sampai awak lupa nak beli aiskrim awak tadi?" Soalnya sambil tersenyum lebar.

"Ermm, eh tak tahu." Yooji tidak keruan.

Macam tahu-tahu pula lelaki ni.

Lelaki itu ketawa kecil.

Yooji memandang jam tangannya. Sudah hampir satu jam dia meninggalkan Jungkook yang sedang menunggunya di tempat duduk yang mereka duduki tadi.

Yooji menarik tangannya daripada dipegang lelaki itu. Lelaki itu terkedu.

"Saya kena pergi sekarang. Ada orang tunggu saya. Terima kasih sebab belanja saya dan sekali lagi saya minta maaf. Bye." Ujarnya tanpa menunggu balasan daripada lelaki itu.

Pantas Yooji berlari ke tempat duduknya tadi. Kosong.

Dimana Jungkook?

Hatinya mula bertanya. Dia risau kalau-kalau lelaki itu merajuk padanya lalu meninggalkan dia.

Yooji duduk di kerusi itu lalu mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon suaminya.

Sudah tiga kali dia menghubungi Jungkook tapi tidak dijawab.

Ting!

Mesej masuk ke dalam telefonnya. Yooji pantas membuka mesej itu.

From : My lovely husband 💕

《 I'm sorry sayang. Abang sibuk ni. Abang kena balik ke Seoul balik sebab urusan kerja, it's really urgent, sayang. I'm sorry for ruining our honeymoon. Sayang bercuti seorang dulu ok? Lagipun tinggal dua hari je kan peecutian tu
Enjoy n takecare. Balik hotel. Abang kat dalam kereta api dah ni otw ke Seoul. 》

Air mata Yooji jatuh ke pipi mulusnya. Dia mengesat air mata yang berjatuhan di pipi tapi makin lama makin deras air matanya keluar.

Tiba-tiba seorang lelaki duduk di sebelahnya.

"Hye, stranger. Kenapa awak menangis?" Soal lelaki itu dengan suara yang Yooji kenali.

×××

Target 10 votes for next chapter! Do vote and comments guys 💋


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 29, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

In Love With The Stranger  ♡ KTH ♡Where stories live. Discover now