01

20.9K 733 62
                                    

Angin malam yang sempoi bertiupan di sekitar udara. Memandangkan cuaca baru sahaja hujan, keluarga Datuk Mikail makan malam awal disebabkan faktor suhu yang akan menyejuk disekitar pukul sembilan malam.

"Reen dah bersedia?" Tanya ayah kandungnya atau lebih dikenali sebagai Datuk Mikail, usahawan lelaki yang terkenal di Malaysia.

"Belum." Jawabku ringkas.

"Jangan risau, aku kan ada." Balas abang sulungnya iaitu Putera Ayyan. Aku memandangnya lama lalu berkata " Kau tingkatan enam , aku lima." Bibir di cebikkan sedikit.

"Satu sekolah juga." Balas Datuk Mikail tenang. Aku cuma beri senyuman manis.

Makanan dihidang di atas meja oleh Mak Minah  iaitu pembantu rumah ini. Datin Azira turun ke dapur setelah selesai menunaikan solat maghrib.

"Hai Mummy!" Tegurku mesra apabila nampak kelibat Datin Azira memasuki ruangan dapur. Dia tersenyum manis ke arahku dan mengambil tempat di sebelah Datuk Mikail.

"Jemput makan Datuk, Datin dan cik muda." Semua menjamu selera dengan tenang dan gembira. Setiap minit, mesti ada saja lawak hambar yang keluar dari mulut Ayyan.

Selesai makan, Datuk Mikail akan naik ke tingkat tiga dimana ada satu pejabat kecil untuk dia menyiapkan beberapa kerjanya yang tertangguh di pejabat. Kebiasaannya Ayyan dan aku akan menonton TV di ruang tamu manakala Datin Azira menonton TV di biliknya.

"RM lah!" Kataku. Aku cuba sedaya upaya untuk merampas alat kawalan jauh TV di tangan Ayyan tetapi tetap gagal. Untuk pengetahuan anda, RM bukannya Ringgit Malaysia ataupun Rap Monster tetapi ianya adalah Running Man. Rancangan hiburan korea yang akan menarik perhatian peminat korea mahupun luar negara untuk menonton.

"Hari-hari tengok bola, tak bosan ke?" Tanyaku sedikit geram. Memang setiap hari dia akan menonton bola. Yang aku tak tahannya bila dia tengok bola yang dia dah tengok dua hari lepas atau sebaliknya.

"Hari-hari tengok korea, tak bosan ke? Dah lah semua muka macam pondan." Kata Ayyan tanpa perasaan. Aku yang mendengar mahu saja meletop. Sampai hati dia kata oppa kesayangan aku muka macam pondan.

"Muka kau tu macam lah lelaki sejati sangat." Balasku ingin mempertahankan oppa kesayanganku. Sesedap perencah nasi goreng adabi je dia nak cakap muka oppa aku 'pondan'.

"Okey." Balas Ayyan sengaja mahu sakitkan hati aku. Aku mendiamkan diri sambil muka disebamkan ke bantal sofa. Malas nak hadap muka pondan dia. Ayyan mengeluh perlahan.

"Ambillah!"Ayyan menghulurkan alat kawalan jauh TV kepadaku, dengan laju aku mengambil dan duduk rapat dengannya.

"Malam." Dengan suara yang tak puas hati, dia naik ke biliknya. Aku dapat dengar hentakkan kakinya di setiap anak tangga. Setelah habis menonton, aku naik ke bilik dengan hati yang riang. Benda pertama yang aku pegang selepas masuk ke dalam bilik ialah telefon pintar.

Ting!

Ayyan 👿
Ada lori ada bas, lain hari aku balas

tak tanya 👅

Aku bagitahu, tak ada suruh kau tanya pun

Lalalalalalala

Ada langaulah!

Ehh dia terbang 🐷💨


Jink jink anjik 🐕

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu
Di dunia ini

I,ILY ✔Where stories live. Discover now