Sebelum keluar rehat, aku mengemas serba sedikit alat tulis dan buku latihan di bawah meja. Aku lihat kawan sebelah aku, dia sedang menyiapkan kerja sekolah yang cikgu bagi.
"Hai Azreen, nice to meet you. Nama aku Nurul Qisha." Tegurnya apabila perasan yang aku sedang melihatnya.
"Hai Qisha." Balasku kembali.
Harap dapat kawan baru doaku di dalam hati.
"Jom pergi kafeteria." Ajak Qisha. Aku hanya menggangguk dan keluar kelas bersamanya. Tiba saja di hadapan kafeteria, Qisha membuka pintu dan kami berdua melangkah masuk ke dalam.
Qisha menyuruh aku membelikan sandwich dan iced coffee latte untuknya. Aku hanya menurut arahan kerana Qisha sudi jadi kawan baik aku. Qisha mencari tempat duduk untuk kami berdua manakala aku pergi ke arah kaunter untuk memesan.
"Selamat pagi Puteri, Puteri nak pesan apa?" Tanya pekerja itu dengan penuh ramah. Aku pandang skrin di atas untuk memilih makanan apa yang menarik.
"Ice Coffee Latte dan mocha swift . Sandwich special 2 ." Balasku ramah. Pekerja itu angguk tanda faham. Setelah siap, aku mengambil pesanan itu. Pekerja itu tidak mengakatakan tentang bayaran, aku pun pergi buat tak tahu la.Aku duduk di hadapan Qisha. Makanan dan minuman aku letak di atas meja.
"Memang makan kat sini tak perlu bayar ke?" Tanyaku ingin meminta kepastian. Mana tahu makanan dah masuk dalam yuran sekolah.
"Bayarlah." Balas Qisha mendatar.
"Kenapa pekerja tu tak cakap pasal bayaran tadi?" Tanyaku lagi. Aku masih blur sekarang ni. Pelbagai soalan bermain di minda.
"Mungkin dia lupa, nanti aku bayarkan."
Kafeteria yang pada mulanya bising macam pasar borong tiba-tiba menjadi sunyi macam dalam kelas peperiksaan. Aku memandang ke arah pintu Kafeteria, terdapat empat orang jejaka yang kacak lagi hensem. Erk, aku rasa sama maksud.
"Siapa tu?" Tanyaku polos. Aku tanya sebab aku tak tahu.
"Instafamousboy." Jawab Qisha. Dia tahu sangat kalau instafamousboy masuk mesti semua diam dan bising macam orang gila. Maklumlah, instafamousboy jarang lepak kat Kafeteria.
"Kenapa semua diam?" Tanyaku hairan.
"Diamlah sangat." Qisha macam memerli diriku.
Dalam beberapa saat, seluruh pelajar di dalam Kafeteria membuka mulut sehinggakan tidak mahu tutup. Pelbagai pujian di lontarkan kepada empat jejaka itu.
Ok! Tak boleh dinafikan suasana di dalam Kafeteria ni memang bising tahap maksimum. Kalah pasar borong dibuatnya. Meja besar yang berada di tengah kafe mereka tuju. Seorang pekerja datang ke arah meja mereka.
"Kan aku dah cakap, mana ada senyap. Okeylah, aku nak kena jumpa Cikgu Aida. Aku rasa kau jangan tunggu aku sebab aku akan masuk kelas lambat." Kata Qisha. Dia mengambil air minumannya lalu keluar dari tempat ini. Aku pandang plastik makanannya, masyaAllah dah habis makan rupanya.
Aku sambung menjamu selera. Disebabkan muncul perasaan bosan, aku ambil makanan serta minumanku lalu bergerak ke meja empat jejaka itu. Tempat duduk sebelah Ayyan aku duduk. Instafamousboy yang lain terkejut dengan perlakuan aku.
"Kenapa duduk kat meja kami?" Tanya pengawas yang berada di pagar pada awal pagi tadi ataupun namanya Hazmi. Dia baru sahaja ingin makan tetapi mungkin disebabkan kehadiran aku, terus tak jadi makan.
"Maaf." Kataku tanpa perasaan. Baru sahaja aku mahu pergi Ayyan sempat memegang sebelah tangan aku.
"Woi, haram tu!" Seorang lelaki disebelah Hazmi bersuara. Dia siap tunding jari lagi kat arah tangan Ayyan yang pegang tangan aku.
YOU ARE READING
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...