Yusri dan Ayyan sedang berdiri di sebelah kereta Toyota Vellfire bewarna hitam. Mereka berdua belari anak ke arah aku sebaik sahaja aku dan Daniel berada di hadapan pagar sekolah. Nafas lega dihembuskan oleh mereka.
"Mana kau bawa lari adik aku tadi? Puas aku cari satu sekolah!" Marah Ayyan tanpa menyoal terlebih dahulu. Daniel hanya buat tak tahu.
"Selamat tinggal Azreen." Ujar Daniel tersenyum manis. Dia terus pergi ke keretanya untuk pulang ke rumah disebabkan dah lewat petang.
"Tak guna pu-"
"Biarkan jela." Kataku mendatar. Aku lantas masuk ke dalam kereta diikuti oleh Yusri. Ayyan pergi ke keretanya lalu pulang ke rumah. Yusri memandu kereta ke Mid Valley atas arahan aku.
Ting!
Aku mengeluarkan telefon pintar dari poket baju sekolah. Aplikasi WhatssApp aku buka disebabkan notifikasi datang dari situ. Mesej daripada Ayyan aku tekan.
Ayyan👿
Balik rumah terus, daddy suruh
nak keluar tunggu lepas asar.Bluetick. Sah geram!
"Kita balik rumah dulu." Ujarku menahan marah. Ada je nak kacau mood orang.
"Kenapa Reen? Kata nak beli novel baru." Tanya Yusri hairan. Tadi bukan main beria nak pergi sekarang tak pula.
"Arahan Daddy." Jawabku malas. Yusri angguk tanda faham. Kereta itu balik semula ke jalan pulang ke rumah. Aku hanya mendengar lagu daripada cuping earphone yang disambungkan dengan peranti telefon pintarku.
***
Aku membuka kasut terlebih dahulu. Kereta Ayyan sudah ada di pekarangan rumah, itu bermakna dia dah sampai. Bilik tidur menjadi sasaranku. Pintu bilik dibuka. Beg dicampak ke atas sofa. Tanda nama dibuka dan disimpan di dalam laci meja. Aku membersihkan diri dahulu sebelum turun makan. Sebaik tiba di dapur, aku hanya nampak Ayyan sahaja.
"Cik muda nak makan atau tidak?" Tanya Mak minah sopan. Dia masih lagi memakai apron,
"Nak." Jawabku sepatah. Kerusi di hadapan Ayyan aku duduk sambil merenungnya tajam.
"Mana Daddy dengan Mummy?" Tanyaku geram. Jangan sampai aku hempuk kepala abang aku ni dengan batu lesung Mak Minah.
"Office."
"Are you kidding me? " Tanyaku dalam nada dingin. Muka ku merah menahan marah. Ayyan hanya buat tak tahu. Aku yang masih marah hanya makan beberapa sudu mi goreng sahaja. Selera makan sudah semestinya hilang.
***
Aku melihat jam dinding di bilik. Jam menunjukkan pukul lima tiga belas minit. Aku ambil telefon pintarku yang berada di atas meja lampu akibat terdengar bunyi notifikasi. Mesej daripada Ayyan aku baca walaupun aku malas melayannya.
Ayyan 👿
Aku nak pergi taman rekreasi ni dengan instafamousboy
kalau nak ikut, turun bawahBluetick.
Ayyan 👿
Aku minta maaf pasal tadiBluetick. Seen.
YOU ARE READING
I,ILY ✔
Novela Juvenil|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...