Pada mulanya, kami berlima duduk bersama di meja bulat. Tetapi Hazmi dan Aliff lebih memilih gelongsor mainan daripada pemandangan, maka mereka berdua bermain seperti kanak-kanak riang. Ayyan terlebih dahulu sudah jogging.
Tinggallah aku berdua bersama Daniel. Walaupun terasa janggal kerana baru sehari berjumpa tetapi Daniel pandai mengawal suasana. Dia memulakan topik perbualan. Pelbagai cerita yang aku dengar tentang kehidupan mereka sebagai instafamousboy tetapi tetap berasa janggal.
Oleh itu, Daniel mengeluarkan sesuatu daripada begnya. Sebuah kotak segi masa tepat berada di atas meja bulat. Aku tidak perasan pada mulanya kerana sibuk bermain telefon pintar. Apabila Daniel bersuara, barulah aku memandang. Boleh dikatakan, aku terkejut.
Aku mengambil bungkusan kotak tersebut. Kemudian, balutan yang di balut kemas itu aku koyak dengan penuh perlahan. Alangkah terkejutnya aku apabila novel kesukaan aku berada di dalamnya.
"Pinggan tak retak, nasi tak dingin?" Tanya aku tidak percaya. Tak sangka Daniel akan belikan novel tersebut walaupun bukan dia yang membuang novel aku ke dalam tong sampah. Aku tersenyum riang kerana terlampau gembira.
"Betulkan novel tu? Kalau tak silap saya lah." Kata Daniel ramah sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Betul sangat. Terima kasih Daniel." Ujarku dengan satu senyuman manis plus ikhlas. Aku membuka plastik yang terdapat di novel tersebut. Setiap helaian aku semak daripada muka surat pertama sehinggalah muka surat yang terakhir.
Hm, bau buku !
Ayyan yang sudah buat dua pusingan larian, memandang ke arah adiknya. Dia tersenyum nipis seketika sebelum menegur mereka berdua. Riak wajah terus ditukar untuk menghilangkan rasa janggal.
"Mana Hazmi dengan Aliff?" Soalnya meskipun sudah tahu jawapannya. Dengan sekelip mata, Hazmi muncul di tepinya bersama aiskrim ditangan. Tidak dilupakan juga Aliff bersama secawan air.
Kami berlima melakukan beberapa aktiviti meregangkan badan sebelum pulang ke rumah.
***
Aku turun ke tingkat bawah selepas selesai menunaikan solat isyak. Sebelum turun, sempat aku memberi makanan kepada telefon pintarku yang tengah kelaparan bateri. Sampai saja di ruangan dapur, hanya tinggal Ayyan sahaja.
"Kak Munah, nak makan." Jeritku separuh lantang. Aku ambil tempat duduk di hadapan Ayyan. Dalam beberapa saat, Kak Munah datang membawa hidangan kepadaku.
"Kenapa kau suka turun lambat?" Tanya Ayyan sambil merenungku tajam. Aku yang rasa tidak selesa terus membalas "Suka hati lah." Kepadanya.
"Banyaklah kau punya suka hati."
"Ayyan jangan kacau Reen makan." Tegur Datin Azira yang baru saja masuk ke dalam ruangan dapur. Dia membuka peti sejuk dan mengeluarkan sepinggan kek perisa coklat berserta keju.
"Makanlah." Kata Datin Azira sambil meninggalkan dapur tersebut. Aku yang melihat keju yang berada di atas kek itu lantas menolak tepi pinggan nasi dan memakan kek itu.
"Jangan gelojoh." Pesan Ayyan tetapi aku hanya dengar bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Setelah menghabiskan kek tersebut, baru lah aku sambung makan nasi yang masih berbaki.
"Cepatlah makan. Kita nak pergi rumah orang." Kata Ayyan perlahan. Dia terus bangun dan naik ke tingkat atas setelah berkata sedemikian. Aku yang masih tidak faham terus menyambung makan sehingga lah habis.
***
Rutin setiap hari selepas makan mestilah aku akan menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh Guru semasa berada di sekolah. Setelah siap melakukan kerja sekolah, baru lah aku akan melayan drama korea di TV. Tengah seronok layan drama, tiba-tiva telefon pintarku bergetar banyak kali. Oleh itu, aku ambil keputusan untuk melihat apa yang bising sangat.
Family✔👑💖
Daddy 👑
Wahai isteri dan anakku, kita akan pergi ke rumah kawan ayahda maka bersiap lah kamu sebelum di potong duit belanja 👅Ayyan 👿
Teruk benor typo daddy 😂Daddy 👑
Kalau teruk jangan lah di tegur Ayyan, malu Daddy nantiAyyan 👿
Malu berjalan, sesat jalanDaddy 👑
Sekarang ni tak ada jalan tapi potong suit belanja yang berjalan✔Mummy 👑
Wahai suamiku, kamu typo sekali lagiDaddy 👑
Ni semua salah ayyan, kalau dia tak tegur abang tak akan typo lagi sayangku 👅❤Ayyan 👿
Ehh ayyan pulaYou
Borak tak ajak 👉👈Ayyan 👿
Tak pentingMummy 👑
AyyanAyyan 👿
Baiklah MummyYou
Padan muka 👅seen je?
Aku menutup semula telefon pintarku. Aku menonton drama yang tertangguh semula sampailah habis. Tanpa aku sedar yang Datuk Mikail dengan Datin Azira sedang lihat aku dari atas katil bilik aku.
"Bila nak bersiap?" Tanya Datuk Mikail. Renungan tajam diberikan.
"Ehh, bapak aku kahwin tiga." latahku disebabkan terkejut. Mana tak terkejut tiba-tiba ada suara yang menegur dari arah belakang.
"Apa yang kau merepek ni?" Tanya Ayyan begang. Dia bersandar di dinding sebelah pintu.
"Ehh, Daddy, Mummy, Ayyan" kataku sambil tersengih ke arah mereka.
"Again, bila nak bersiap?" Tanya Datuk Mikail.
"Haa? Ya allah, bersiap. Arghhh! 15 minit!" Jeritku sambil belari masuk ke dalam bilik air. Mereka semua hanya menggelengkan kepala dan keluar daripada bilik.
YOU ARE READING
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...