Bab 7

250 23 10
                                    

Aku akur dengan kata-kata Tuan Jb. Jackson hantar aku dekat perhentian bas sekitar kediaman Tuan Jb. Dua minit kemudian Papa aku datang.

"Bye"kata Jackson lalu melambai tangannya.

***
Seperti yang dijanjikan oleh Papa katanya 'something special' untuk aku dan keluarga.  'Something special' itu adalah dinner candle light di tepi pantai bersama keluarga tercinta.

Angin timur meniup lembut rambut aku. Masing-masing mengunyah makanan tanpa sepatah kata. Menikmati suasana la katakan.

"Kau jadi maid kan ?" Suara itu datang dari kanan telinga aku. Dia unnie kandung aku.

Nama dia Hye Rin. Dia selalu cari pasal dengan aku dan hubungan kami sejak dari kecil lagi tak pernah baik. Asyik gaduh je. Macam tom and jerry.

Papa dan eomma melihat tubuh kecil aku  yang tengah menghirup sup cendawan tanpa sebarang kata.

Aku hanya membalas jelingan tajam. Maklumlah period. So, aku takde mood.

"Pft, kaya ke boss kau tu?" Ujar dia lagi.

"Boleh tak kau jangan sibuk dengan hal orang lain?" Kata oppa aku iaitu Hye Seong. Oppa sangat baik pada aku dan kami tak pernah gaduh.

"Haah"aku hanya membalas sepatah.

"Eomma tak kesah pun dia nak kerja mana. Janji bukan kerja yang menyusahkan hidup" kata eomma.

"Result pun tak keluar lagi. Biarlah dia nak kerja dekat mana pun" Papa hanya menggeleng kepala.

Aku membalas dengan senyuman sinis kepada unnie. Dia pantas menjeling aku. Weh! Kalah lettu.

Rabu

Awal pagi lagi aku dah berdiri terpacak di hadapan rumah Tuan Jb. Nasiblah ada Mark yang baik hati tolong bukakan pintu pagar. Pintu depan tak boleh masuk sebab kena ada kata laluan.

So, aku masuk melalui pintu dapur. Nampaknya ahjumma sibuk menyediakan sarapan.
Aku melangkah masuk. "Annyeonghaseyo"bow.

"Annyeong"senyum ahjumma.

"Sunyi je. Hye Mi terlambat ke?"soal aku.

"Ada je, belum bangun lagi la tu"kata ahjumma sambil memukul telur.

"Oh patut la"Aku menangguk.

Aku menolong ahjumma menyediakan sarapan.
30 minit lepas tu baru aku dengar suara budak mana entah jerit dekat atas tu.
Biasalah budak-budak kan --"

"Werk tak dapat tak dapat" Yugyeom berlari menuruni anak tangga. Di tangannya memegang tuala Bambam yang berwarna biru.

Badan Yugyeom dililit dengan tuala yang berwarna merah jambu manakala Bambam tiada satu kain pun yang menutupi badan mulus Bambam.

"Bak balik!"jerit Bambam dari atas.

"Taknak taknak!"Yugyeom jelir lidah lalu menggoyang-goyangkan bontotnya.

Youngjae pula dililit dengan tuala berwarna hijau . Di atas kepalanya ada 'Towel Bun'. Alolo comelnya!

"Yugyeom! Bagi balik tuala tu! Bambam nak pergi sekolah jap lagi kang lambat nak pergi tadika!"marah Tuan Jb dari atas.

"Taknak taknak" Yugyeom menghiraukan kata-kata Daddy-nya.

"Nanti daddy tak bagi main ipad tu"usik Tuan Jb.

[H] MAID ✿ || JbWhere stories live. Discover now