Kebun Ah Kung
Seperti yang orang kampung kenal, kami adalah saudara kembar yang nakal dan sangat suka mencuri buah-buahan di kebun orang kampung. Kebun yang sering menjadi sasaran kami adalah kebun seorang lelaki tua yang bernama Ah kung kerana buah-buahan di kebun Ah kung sangatlah lebat. Apa lagi buah duriannya yang manis dan berlemak.
Sering kali ditegur oleh Ah kung agak tidak mencuri buah-buahannya itu, namun kami tetap berdegil. Disebabkan usianya yang sudah lanjut, dan hanya tinggal sendirian, Ah kung menghembuskan nafas terakhir di rumah usangnya sendirian. Kini masuk sebulan Ah kung meninggal dunia, namun buah-buahan di kebunnya seperti sentiasa terjaga rapi.
Peluang itu kami ambil untuk menikmati hasil buah di kebun itu tanpa ada halangan lagi. Dan ini, merupakan pengalaman pertama kami mengenai alam mistik....
Di suatu hari itu....
Entah macam mana nak cakap, sedang kitorang seronok menikmati hasil curian kami, tetiba aje ada perasaan lain macam.
"something's wrong..." Bisik Edie. "Apa yang tak kenanya?" Soal ku, sengaja buat dunno biarpun pada masa itu memang aku dah rasa semacam dah.
"Rasa-rasanya macam Ah kung sedang perhatikan kita...." Bisik Edie lagi. Aku dan Edie memanjat turun dan duduk di atas tanah. "Hish! Mengarutlah kau ni !" Kata aku lagi, walaupun pada masa itu memang aku terasa kehadiran Ah kung di kebun buahan itu.
"Makan aje lah.. Ah kung dan takde. Kini takde siapa nak marah kita mencuri lagi. Mama dan Papa langsung tak tahu tentang ini. hehehe.." Sambung ku lagi. kami pun terus mengumpat.
"Nak aku cakap berapa kali baru kamu faham? Jangan mencuri lagi!" Tegur satu suara yang menyebabkan kami terhenti seketika.
Suara itu amat ku kenali.. Ah kung??
Bagai nak tercabut jantung ku melihat Ah kung berdiri tegak di hadapan kami. Aku terkejut sehinggakan hampir tertelan biji buah durian yang sedang dalam mulut. Mata Edie terbeliak, mulutnya berhenti mengunyah. Aku pula terkaku langsung tak gerak.
Sambil bercekak pinggang, Ah kung merenung kami dengan renungan yang semacam, dia tidak pernah merenung kami sebegitu selama ini. Nampaknya, Ah kung benar-benar marah kat kami.
"Mamposssslaahhh...." Fikir ku. Apalah yang Ah kung nak buat kat kitorang ni. Hati ku mulai berdebar kencang.
Tidak semana-mana, sekelip mata saja Ah kung lesap dari pandangan kami. Kami menoleh kiri dan kanan mencari Ah kung. Disebabkan takut yang teramat kami pun cabut lari, memecut bagaikan angin.
Sesampai di rumah, mama yang hairan melihat gelagat anak-anaknya berlari pulang rumah itu terus bertanya,
"Hah, ni apasal ni sampai dah tak dapat nak bernafas? Kena kejar anjing ke??". Kata mama dengan perasaan yang hairan.
"Mama, tadi kitorang nampak roh Ah kung dekat kebun dia. Dia marah kat kitorang pasal curi buah durian dia lagi. Seramnya!" kata Edie yang masih tercungap-cungap akibat larian sepantas kilatnya tadi.
Mama yang hanya diam mendengar penjelasan kami tiba-tiba saja ketawa terbahak-bahak. Papa yang berada disitu juga turut ketawa tanpa henti.
"Apasal dengan dua orang tua ni? Dah nyanyuk ke? Ish.. Lawak ke yang Edie cakap tadi??" Fikir ku yang hairan melihat kedua orang tua ku yang ketawa tak henti selepas Edie menceritakan apa yang berlaku pada kami.
"Tulah... Dah berapa kali Ah kung nasihatkan, jangan mencuri buah-buahan yang ada kat kebun dia tapi kamu ni degil, Hah... Kan dah kena.. Tulah balasannya budak tak nak dengar cakap orang tua.." Kata mama setelah puas ketawa.
Mendengar kata-kata mama itu membuatkan kami terdiam sejenak.
"Agaknya khabar angin... yang Ah kung tu ada bela "benda", betul lah mama?" Tanya Edie.
"Agaknya hantu raya kot?" Aku mencelah.
"Dah.. Dah.. This is nonsense. Takde punya lah Ah kung nak bela benda-benda mengarut macam tu." Kata papa. Mama hanya tersenyum melihat kami.
Walaubagaimanapun, peristiwa itu sangatlah misteri bagi kami. Orang yang dah takde macam mana nak muncul balik. Betul tak??
Samada korang percaya atau tidak. Sejak dari hari itu, kami tidak lagi berani mendekati kebun Ah kung ataupun berniat untuk mencuri buah yang ada di kebunnya mahupun kebun orang lain. Kami dah taubat..
Ah kung.... Kami janji kami tak buat lagi...!
YOU ARE READING
The Third eyes
HorrorKami digelarkan kembar 'bermata tiga' oleh saudara mara terdekat. Atau dalam bahasa cina, 'Yin Yang eyes', kerana keupayaan kami untuk melihat dan berkomunikasi dengan alam ghaib. Tak percaya? Aku akan menceritakan peristiwa-peristiwa aneh yang pern...