Oppa! Saranghae oppa!"
"Aigoo... Kyeopta!"Niel melambai-lambai ke arah jeritan para peminat yang rata-rata merupakan para pelajar perempuan. Pesonayang dipaparkan si jejaka itu sudah setaraf SUPERSTAR Korea 🇰🇷 yang sentiasa dikerumuni walau ke mana sahaja. Di kanan dan kiri Niel... terlihat AJ dan Kim,dua sahabat yang setia menemani.Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar pertukaran antarabangsa dari Singapura. Digelar KPOP boys oleh warga Sekolah Sri Bangsar kerana minat yang begitu mendalam terhadap muzik genre itu. Sememangnya ia membawa pengaruh besar dalam kalangan remaja masa kini.
Sejak kehadiran Niel dan KPOP boys di Sri Bangsar, jejaka itu tidak lepas daripada menerima perhatian hampir setiap hari. Berpucuk-pucuk surat dan beratus-ratus hadiah yang diterimanya. Pada kala sibuk melambai-lambai sambil melemparkan senyuman paling menawan, telefon bimbitnya terasa bergetar-getar di dalam poket seluar.
"Hish, budak perempuan ini asyik telefon saya tanpa henti! Rimas dibuatnya." Melihat nama yang terpamer di skrin telefon pintarnya, Niel cepat-cepat mematikan talian.
"Perempuan yang mana satu? Jannah ataupun Filzah?" Kim hanya tersenyum sumbing menjeling ke arah gajet komunikasi yang sudah berdering buat kali kedua.
"Perempuan yang berikan saya kasut bola baru itulah... siapa namanya? Haa... Jasmin?" Niel terus mematikan telefon lalu disimpan di dalam poket. Bimbang pula jika lama-lama ditayang, akan dirampas guru disiplin.
"Jasmin? Pertama kali saya dengar namanya. Hmm, berapa ramai GIRLFRIEND yang awak ada, Niel?" AJ kelihatan sedikit berkerut-kerut, nampaknya Niel sudah mempunyai mangsa baru.
"Pandai awak gula-gulakan mereka ya? Friends with benefits! You are such as playboy!" Kim dan AJ menepuk bahu Niel serentak sebelum mereka bertiga sama-sama ketawa.
Namun... dalam ramai-ramai perempuan yang menyanjung dan menggilai Niel, ada juga yang langsung tidak menggemari geng KPOP celup yang perasan bagus itu. Sedari satu sudut, manusia itu jelas tercebik-cebik melihat gaya tiga remaja dari Singapura yang berjalan sambil melambai-lambai laksana ratu kebaya.
"Hish... saya tidak fahamlah! Kenapa ramai tergila-gila sangat dengan budak-budak perasan Korea itu? Apalah yang dipandang pada lelaki terlebih solekan sebegitu?"
Pelajar yang bernama IKA KE’EMBUNG memandang KPOP Boys dengan penuh meluat. Cukup anti dengan geng perasan bagus yang suka berlebih-lebihan sepanjang masa.
BERSAMBUNG DI EPISOD YANG AKAN DATANG...