Tepat saja pukul 9 pagi, waktu rehat telah bermula. Aku mengemas kelas dahulu sebelum turun rehat kerana harini aku bertugas seorang diri. Qisha menungguku di bawah atas arahan aku sendiri.
"Hai Reen." Suara Danish kedengaran di luar kelas. Aku menolehkan kepala ke arah pintu untuk melihat gelaran pemilik suara itu.
"Hai Danish." Balas aku malas. Siapa je tak kenal Danish? Pelajar paling nakal dalam tingkatan ni. Danish masuk ke dalam kelas. Pintu kelas di bahagian belakang dan di hadapan di kunci olehnya. Aku yang terkejut serta-merta menoleh ke arah dia.
"Kenapa tutup pintu?" Tanya aku separuh cemas. Tiba-tiba aku menjadi cuak dan takut. Bulu roma serta-merta berdiri tegang.
"Janganlah takut sayang." kata Danish manja. Tie dilonggarkan dan di campak ke atas lantai.
"Ka-kau nak bu-buat a-apa?" Tanya aku gagap. Penyapu yang dipegang terjatuh ke atas lantai. Keadaan jadi sunyi. Danish menghampiri aku yang dalam keadaan takut. Dia membuka butang baju satu-persatu. Baju kemeja sekolah itu dibuang ke atas lantai. Tali pinggang bewarna hijau gelap di buka dan di campak ke arah meja berdekatan. Aku yang cuak terus menjerit lantang.
"Kau nak buat apa ni?"
***
Instafamousboy tidak turun rehat hari ini kerana mahu membuat rondaan di kawasan persekitaran sekolah. Baru-baru ini ada kes barang hilang di dalam kelas, jadi kes itu diserahkan separuh kepada mereka berempat. Walaupun mereka tidak turun ke bawah, masing-masing sedang memegang satu cawan air minuman.
"Kau ada dengar suara orang menjerit tak?" Tanya Ayyan. Dia menghirup air minumannya setelah berkata. Instafamousboy yang lain mendiamkan diri buat beberapa saat untuk memastikan apa yang dikatakan oleh Ayyan iya atau tidak.
"Tak ada." Mereka bertiga berkata serentak. Kepala juga turut di gelengkan berulang kali. Ayyan memberi jelingan maut. Kalau iya pun tak ada, janganlah sampai buat muka macam tu.
"Ronda sekali lagi?" Ayyan membuat candangan. Semua orang menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Mereka sekarang berada di pondok berhampiran surau.
"Ini ke pengawas?" Ayyan memerli. Dia buang bekas minuman ke dalam tong sampah apabila air minumannya telah habis. Daniel, Hazmi dan juga Aliff memberi jelingan maut kepada Ayyan. Bukan mereka tak mahu tetapi mereka malas membuat rondaan di kawasan blok akademik.
"Aku bukan pengawas tapi penganas."
***
Qisha pov
Lagi 5 minit rehat nak habis tapi Azreen tidak muncul-muncul di hadapan aku. Aku yang risau akan dia terus bergerak ke kelas. Aku ternampak instafamousboy di tingkat 2 yang mahu ke tingkat 3. Aku datang menegur mereka semua.
"Kenapa naik atas ni?" Aku ditegur dulu oleh mereka.
"Azreen, Azreen!" Kata ku dalam keadaan cuak. Ayyan menjadi risau bila nama adiknya disebut begitu.
"Kenapa dengan Reen, Qisha?" Tanya Ayyan cemas. Jelas riak wajahnya berubah kerisauan.
"Tadi dia kena kemas kelas tapi rehat dah nak habis pun dia belum muncul kat Kafe. Aku risau kalau ada jadi apa-apa dekat dia, sebab tu lah aku nak naik kelas ni." Terangku panjang lebar. Bukan setakat Ayyan malah seluruh ahli instafamousboy memberi reaksi terkejut. Tanpa membuang masa, kami semua bergegas naik ke tingkat 3.
"Pintu tertutup, mesti dia ada kat dalam." Aku cuba meneka. Kami semua belari ke arah kelas tersebut. Pintu kelas terkunci dari dalam. Kami membuat keputusan untuk memusnahkan pintu kelas itu. Pintu selamat terbuka selepas Ayyan dan yang lain menendang kuat ke arah pintu tersebut.
YOU ARE READING
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...