Yes... It's weekend
Untuk kesekian kalinya aku melompat kegembiraan kerana movie yang aku suka sudah keluar dekat pawagam.
Pada petang itu juga aku bersama tiga sahabat yang lain ke Pavilion untuk menonton Bad Genius. Tak sabarnya aku nak tonton movie ini, Tengok trailer not bad. Harap- harap berbaloi lah dengan tiket yang kita orang bayar. Aku dah mula terbayang-bayang taktik yang di gunakan untuk meniru dalam peperiksaan, mesti power taktik itu kan?.
"Weyy Inas kau dengar tak aku panggil ini". Panggil Lia
Aku terus tersedar sebaik sahaja melihat kawan aku Lia menepuk meja untuk menyedarkan aku dari mengelamun. Aduh mesti kena bebel lagi dengan Lia.
"Haa iya ada apa cik Lia kusayang?".
"Banyak lah kau punya sayang. Kau mengelamun lagi tadi kan? Macam aku tak tahu". Balas Lia sambil mata menjuling ke atas.
Kawan aku yang lain dah mula mengeleng kepala.
Aku cuma mampu hehehe sahaja. Nak buat macam mana dari kecil lagi aku suka berangan, mengelamun untuk menghilangkan rasa bosan yang ada. Aku hanya mampu merenung sahaja tiket yang kami beli untuk menonton Bad Genius pada pukul 4 itu. Aduh lamanya sekarang ini baru pukul 2, lagi dua jam kita orang kena menunggu untuk masuk ke pawagam.
Kali ini Alisha pulak yang panggil aku sambil mengawangkan tangannya depan muka aku sambil berkata, "Inas kitorang nak jalan-jalan dalam mall ini. Bosan lah tunggu dalam cafe Starbucks ini, buat aku mengantuk sahaja". Kau nak ikut tak?
Aku tersedar bila nampak Alisha macam tengah cakap dengan aku.
"Ehh iya-iya sorry Alisha aku tak dengar tadi. Kau cakap apa tadi?" Kataku pada Alisha.
"Ishh kau ni kan. Mengelamun sahaja kerjanya. Aku cakap kitorang nak pergi jalan-jalan dalam shopping mall ni. Tak sanggup dah nak duduk dalam cafe ini lama-lama. Jadi kau nak ikut ke tak?". Tanya Alisha pula.
"Ohh nak pergi jalan-jalan. Aku okay sahaja. Jom lah aku pun bosan juga ni. Asyik mengelamun sahaja dari tadi kesian korang banyak kali panggil aku asyik tak dengar sahaja. Hahaha, sorry banyak-banyak tau". Kataku sambil menapak keluar dari cafe Starbucks.
"Kau tu memang kalau tak mengelamun sehari memang tak sah", respon si Wani pulak.
"Ala sorry lah geng, kali ini aku janji tak buat lagi".
Aku membuat gaya seperti patung Buddha dengan merapatkan kedua-dua tangan dan diletak di tengah-tengah dahi.
"Senang sahaja nak suruh kitorg maafkan kau, hari ini kau kena belanja kitorang makan. Betul tak kawan-kawan semua?. Si Inas ini mesti belanja kita makan baru kita dapat maafkan kesalahan dia yang suka mengelamun". Kata si Ainul pula.
"Haaa betul tu Ainul. Hari ini kita suruh dia belanja. Makan besar lah kita petang ini. Sambung si Alisha pulak.
Aku yang mendengar angan-angan diorang hanya mampu mengelengkan kepala sahaja.
"Alaa, hari ini tak boleh aku tak dapat gaji lagi macam mana nak belanja. Lagipun korang kan tahu gaji cikgu berapa lah sangat berbanding dengan korang. Siapa lah aku ni hanya seorang guru biasa sahaja". Aku membuat muka kesian, minta simpati.
Memang tak dinafikan hampir semua kawan aku berpangkat besar dan bergaji mahal aku seorang sahaja yang tak berapa nak 'loaded'.
Apabila mengenangkan rezeki mereka semua yang mampu hidup mewah aku mula rasa rendah diri dan tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini. Astaghfirullah Inas apa yang kau cakap ini. Jangan persoalkan rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kau. Nasib baik kau tak merempat Inas. Ishh aku hanya mengelengkan kepala tak sanggup nak dengar perkataan merempat itu.
YOU ARE READING
My Baby Girl
RomanceAwak siapa nak atur hidup saya? - Nur Syafinas Mokhtar I am your lover, baby girl - Damien Adam *** Tak pandai nak bagi sinopsis. Baca sendiri lah ye..heheh