BAB 28

929 66 0
                                    

BAB 28

Luna POV

"Kenapa kita kena jalan jauh dari studio tu?" Tasha merungut.

"Sebab kita tak nak disyak. Sesiapa je sekeliling kita kemungkinan besar ialah ahli Eclipse" kata Lucy.

"Bukannya kita ada papan tanda berlampu, besar atas kepala kita yang tulis 'KAMI PEMBUNUH UPAHAN' " Tasha menjawab.

"Lucy cuma nak kita berhati-hati je" kata Amanda.

"This is bullsh-"

"Aipp, bahasa tu" kata Laura.

Jelingan tajam dari Tasha diberikan kepada Laura.

"Bila masa pula kau ambil berat apa yang keluar dari mulut aku? Oops sorry, tak tahu pula bahasa yang aku guna ni bahasa asing"

"Diam boleh tak? Suara chipmunk kau buat kepala aku sakit" kata Kiara dengan nada mendatar.

"Hei, suara aku bukan macam-"

Kiara memberi jelingan maut kepada Tasha.

"Ok ok, aku senyap. Kau tak payah bunuh aku untuk jelaskan lagi lirikan mata kau"

Beberapa saat kemudian, Tasha membuka mulutnya.

"Kalaulah aku pelakon, kita boleh masuk studio dengan senang. Hah, aku tahu apa kata-"

"Tasha, kau ni menjengkelkan" kata Laura.

"Kalau kau tak senyap, I will kill you myself" kata Lucy.

Amanda yang jadi pemerhati hanya geleng kepala.

"Sheesh, why so serious?"

Tasha betulkan ikatan skarf yang dililit pada lehernya.

"Apa kata Tasha berlakon jadi orang bangsawan? Bandar ni dengar cakap sesiapa yang kaya" kata Amanda.

"Itulah apa yang aku nak cakap" Tasha berasa tak puas hati.

"Aku setuju, bandar ni memang berat sebelah. But then, it's not my problem" kata Lucy.

"Boleh juga, Tasha ikut Amanda pergi kedai baju seberang jalan. Beli apa-apa yang buatkan Tasha jadi bangsawan yang acah diva"

"Oh my Queen, I am born a diva" Tasha kenyit matanya dan ikut Amanda ke kedai itu.

Kiara buat muka menyampah.

"Dengan perangai dia macam tu, senang kerja kita" kata Laura.

20 minit kemudian, Tasha dan Amanda sudah selesai.

Tasha memakai dress dan kasut tinggi merah. Rantai berlian palsu dan beg tangan berjenama di tangan. Makeup tebal di muka. Rambutnya dilepaskan.

Amanda hulurkan beg berisi baju Tasha kepada Laura. Laura berteduh bawah payung kerana cuaca yang panas.

"Apa yang lama sangat. Ni bukan shopping untuk tenangkan jiwa" kata Lucy.

"I'll never understand girls"

"But you are a girl" kata Laura.

"Tapi aku tak shopping lama macam diorang"

"So, kau tak normal"

"Hakikatnya kita semua gadis moden yang tak normal. Dah jom!" Lucy bisik geram.

Mereka bergerak ke studio itu .

"Macam biasa, Laura dan Tasha boleh tarik perhatian penjaga kaunter. Kitorang cari Tuan Khairi"

Mereka semua mula bergerak. Laura dan Tasha memakai cermin mata hitam. Mereka masuk bangunan itu. Seorang wanita bercermin mata menjaga kaunter.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now