Bab 1 [ Insiden Malu]

604 30 0
                                    


Eleeza mengeluh bila diminta oleh Mak Dara menghantar kuih yang baru diangkat dari pengukus ke rumah jiran. Kakaknya, Eleena dan Emelda sudah angkat kening nakal mempersendakannya. Bila lagi nak mengenakannyakan. Sekali sekala balik kampung memang kena bulilah dengan Mak Dara. Sekejap disuruh ke sana, sekejap disuruh ke sini. Nak tak nak Eleeza terpaksa ikutlah. Kalau tidak memang menanah telinganya menahan bebelan Mak Dara yang mengalahkan DJ radio.

"Mak ni, Eza seganlah. Suruhlah Kak Eda ke atau Kak Ena," suruh Eleeza sambil sibuk memasukkan kuih lapis yang siap di potong dalam kotak makanan.

"Mak suruh kamu tadi kan. Sudahlah jarang sangat nak balik kampung. Orang kampung ni takat tahu mak ni ada dua aje anak dara. Padahal mak ni ada tiga orang anak dara," bebel Mak Dara sudah naik tiga harakat bingitnya.

"Laaa, apa kena mengena anak dara dengan antar kuih pulak ni mak?" Eleeza tak puas hati. Berdecit-decit bibirnya menahan geram.

"Sudah jangan banyak tanya. Mak Leha kamu tu nak buat kenduri malam nanti. Semuanya pakai katering. Eza tolonglah hantarkan dulu buah tangan kita ni. Senang Mak Leha nak sediakan bekasnya. Kita hidup berjiran ni mestilah bertolak ansur dan tolong menolong. Sudah tu jangan banyak soal, cepat hantar cepat boleh rehat," nasihat Mak Dara.

Eleeza sudah muncung. Rasa penyegannya semakin menebal bila sudah meningkat dewasa ini. Baru saja nak angkat muka, dia nampak kelibat Emir yang baru bangun tidur. Terus bekas yang berisi kuih itu di angkat dan diberikan pada Emir.

"Nah, mak suruh hantar rumah Mak Leha," cakap Eleeza.

"Orang nak tidur," bahasa Emir membuatkan Eleeza terpaksa melakukannya sendiri.

Dalam hatinya bukan main berungut lagi dengan sikap keluarganya yang suka mengambil kesempatan dengan kepulangannya bercuti sakit di kampung kali ni. Kecederaan ringan yang dialaminya di pergelangan kaki membuatkannya direhatkan dari mengikuti rombongan pasukan memanah negara ke pertandingan memanah berkuda di Protugal.

Laman rumah Mak Leha yang penuh dengan kereta daripada lazimnya buatkan Eleeza lagi tak sedap hati. Dengan penuh berhati-hati dia melangkah penuh tertib.

"Assalamualaikum. Assalamualaikum, Mak Leha," jerit Eleeza di pintu dapur rumah Mak Leha.

"Waalaikumsalam," sahut seorang lelaki yang baru keluar bilik air dengan hanya memakai boxer tanpa baju. Tertunduk Eleeza dibuatnya. Tangannya sudah mengeletar.

Subhanallah. Subhanallah. Cubalah sopan sikit bila menyahut salam orang. Bebel Eleeza dalam hati.

"Iya, adik cari siapa?" Soal lelaki itu tanpa rasa segan.

"Mak Leha," jawab Eleeza menunduk kepalanya. Segannya!

"Kejap ya. Mak Long oh Mak Long. Ini ada anak dara sapa entah ni cari Mak Long," ucap lelaki itu.

Eleeza memalingkan wajahnya mengadap ke jalan raya. Kurang asam punya anak saudara Mak Leha ni. Boleh lagi dia berdiri di situ. Aku punyalah segan, dia boleh lagi berdiri kat situ lagi. Tak ada otak ke? Marah Eleeza dalam hatinya.

"Ya. Nazim. Anak dara sapa yang cari Mak Long ni?" Tanya Mak Leha yang menuruni tangga kayu ke dapur rumahnya.

"Ni haa," ucap Nazim yang masih bersandar di dinding tepi pintu.

"Mak Leha, ini mak bagi," cepat saja Eleeza menghulurkan kotak berisi kuih lapis itu.

"Ooooo anak Mak Dara rupanya. Kamu ni mesti Eza, anak dara Mak Dara yang bongsu tu ya," senyum Mak Leha.

"Iya," jawab Eleeza.

"Bukan ke mak kamu kata kamu ke Protugal?" Tanya Mak Leha.

Sebagai salah seorang ahli majlis tingkap ini, dia memang tahu cerita keluarga teman baik merangkap jiran sebelah rumahnya ni.

"Ada cedera sikit kat kaki. Itu yang dapat rehat kat umah aje tu. Tak apalah, Mak Leha. Eza balik dulu," ucap Eleeza ramah.

"Malam nanti jangan tak datang ya Eza. Mak Leha jemput satu keluarga tau."

"Insya-Allah, Mak Leha."

Eleeza berjalan laju pulang ke rumahnya pula. Mak Leha dan Nazim memandang saja gaya Eleeza berjalan yang macam baru lepas nampak hantu. Menonong saja. Tak toleh belakang langsung. Kata sakit kaki, macam tidak saja gayanya.

"Apa kamu cakap dengan anak dara Mak Dara tu Zim?" Soal Mak Leha.

"Cakap apa, tak cakap apa pun. Suruh tunggu aje tadi," ucap Nazim hairan.

"Pucat lesi muka budak tu dengan jalan laju macam baru lepas nampak hantu je Mak Long tengok," ucap Mak Leha.

"Entahlah mak long, Zim tak tahu."

Nazim elok nak capai tuala mandi yang disangkutkan di kerusi makan, Mak Leha gelak bagai nak rak. Berpaling semula Nazim pada Mak Leha.

"Subhanallah budak bertuah ni. Patutlah budak Eza tu pucat lesi. Kamu pakai seluar kecik ni. Kamu sedar tak Zim, kamu sedar tak?" Soal Mak Leha sudah menekan perut mentertawakan Nazim.

"Sedar. Memang Zim pakai seluar boxer ini aje dari tadi. Dah Mak Long suruh Zim tolong bersihkan bilik air. Kenapa?"

"Punyalah seksi, sampai koyak tepi pun kamu tak perasan..." gelak Mak Leha buatkan mata Nazim terbeliak. Terus matanya menoleh pada tepi seluar. Memang seksi, patutlah berangin lain macam saja rasanya.

"Allah! Aurat Zim sudah dilihat rupanya. Mak Long kena pinangkan terus budak Eza tu untuk Zim," ucap Nazim selamba bagi menutup malu yang teramat.

Macam manalah boleh tak perasan ni. Malu. Malu. Sudahlah malam nanti akan bertemu juga dengan Eza. Mana aku nak letak muka yang kacak ni? Keluh Nazim dalam hati.

Pelbagai persoalan yang bermain di benak Nazim ketika ini. Ingatkan tadi Eleeza terpengun dengan kekacakan wajahnya. Rupa rupanya, seluar boxernya yang buat hal. Seksi gila!

************

Notakaki Penulis

Terima kasih sudi baca. Harap dapat LIKE dan KOMEN bagi menyemarakkan lagi semangat penulisan KD untuk laju je sambung PM ini.

Jom tunggu sambungan seterusnya... APA agaknya jadi pada Eleeza tu ya? 😊

************

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2017 Kay Delaila.

Jalan cerita dan watak tidak berkaitan dengan mana-mana individu yang masih hidup mahupun yang telah pergi. Semuanya adalah rekaan dan imiginasi penulis semata-mata. Sebarang persamaan dari segi jalan cerita, watak dan nama-nama yang digunakan adalah kebetulan sahaja. 

SHE'S THE ONEWhere stories live. Discover now