Part 4

2.4K 120 2
                                    

Sebulan yang lalu.

"Raden Anum... Indah sungguh nama itu. Apa pendapat kamu Ali. Adakah dia sesuai jadi permaisuri beta." Wajah tanpa senyum Raden Anum bermain-main di tubir matanya. Semakin baginda cuba abaikan makin galak wajah itu muncul. Senyuman sinis Raden Anum begitu indah sekali, sehinggakan baginda tersenyum sendirian bila terbayangkannya.

"Patik tidak pernah mendengar nama kerajaan Wangsa Maju Tuanku. Bukakah itu nama satu daerah di bandar raya Kuala Lumpur ini." Arjuna berpeluk tubuh sambil jari tangan kanannya mengusap dagu. Sepatutnya seorang penipu boleh dikenakan hukuman. Bagaimana Putera Andika mampu berlagak tenang menghadapi seorang penipu.

Putera Andika tersenyum. Melihat keberanian Raden Anum tadi baginda rasa kagum. Wanita sebegilah yang dia mahukan sebagai permaisuri. Seorang yang berani dan tidak mudah gentar. Paling penting seorang yang penyayang. Baginda dapat lihat betapa risaunya Raden Anum melihat sahabatnya terluka.

"Tuanku mahukan patik mencari maklumat mengenai Raden Anum?" taya Arjuna. Mendengar kekerapan Putera Andika menyebut nama Tuan Puter

"Patik rasa tuanku patut lupakan nama itu," ujar Awang. Dia menghulurkan ipad kepada Putera Andika.

"Oh no...." Bola mata Putera Andika seakan mahu melompat sebaik sahaja terlihat imej yang tertera di wattpad. Patutlah bunga sekuntum itu begitu berani. Bukan calang-calang bunga rupanya. Putera Andika menyerahkan kembali ipad kepada Awang.

"Jika Tuanku tetap mahukan Raden Anum... kita harus hantar kembali ke Indera Kencana dan maklumkan kepada baginda Sultan. Atau Tuanku boleh lupakan Raden Anum. Jelas bukan penolakan puteri itu terhadap Tuanku."

Putera Andika terduduk mendengar kata-kata Awang. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kenapa dia ditakdirkan jatuh hati kepada Raden Anum. 

I Hate You Tuan PuteraWhere stories live. Discover now