DDDZ ★ 1

30.8K 712 81
                                    

Hero :- Kekasih Anda :- Zarul Umbrella
Heroin :- Anda sendiri

••You are my blue crayon,
The one I never have enough of
The one I use to colour my sky••

'Tok.. Tok.. Tok'. Pintu diketuk dari luar. Seperti yang Dato Ziyad tahu isteri nya Datin Nurin mesti akan datang melihat dia bekerja. Ternyata tekaan nya selalu betul tak pernah salah. Let Izii introduce the watak utama kisah ini.

Dato Ziyad. Berusia empat puluh lima tahun. Yess. Dia memang sudah tua. Tapi dia masih tidak punya keturunan nya sendiri. Datin Nurin dah berusaha tapi macam tu lah. Belum ada rezeki gamak nya. Ceo di Syarikat DZ Holding Sdn Bhd. Berkerjaya orang nya. Rupa nya itu tidak memakan tua. Walaupun sedikit. Jika kau lihat dia seakan berumur tiga puluh dua tahun.

Datin Nurin. Berusia lima puluh lima tahun. Yupp. Memang Datin lagi tua dari Dato. Pemilik Kedai Spa Lets Cantik&Meletop. (Aik! Kenapa nama butik Datin Nurin macam nama bengkung Encik Sajat erk? Hmm What ever). Datin Nurin ni lebih kurang macam langau ja sikit² gitu. But last? Ouhh. Mana boleh kasi tahu kena lah baca story ni sampai khatam dulu k.

"Selamat tengahari awak. Saya datang ni nak ajak awak lunch together. Awak busy tak?. Teman kan saya makan please. Saya dah lapar ni". Tujuan Datin Nurin datang setiap mesti dengan dialog yang sama. Sampai Dato Ziyad sendiri boleh Khatam.

"Hmmm. Okey jom". Mahu menolak nanti merajuk pula. Dikuti sahaja lah permintaan Datin Nurin itu.

Tangan Dato Ziyad di paut kemas oleh Datin Nurin. Dalam hati? 'Tak hilang nya saya ni Reen ooi. Sudah lah tua. Siapa lah yang nak?'. Takut sangat Datin Nurin jikalau benda benda tak diingini berlaku kepada mahligai yang dia bina bersama Dato Ziyad musnah. Sungguh Dia tak mahu semua itu berlaku.

Tapi aku perlu kan keturunan aku untuk mewarisi Syarikat DZ. Holding sdn bhd. Apa yang perlu Dato Ziyad lakukan sekarang ini?

"Waitress". Panggil Dato Ziyad pada pelayan restoran Nasi Tempayan yang menjadi tempat dia dan isteri makan tengahari.

"Maaf ye Encik. Order Encik". Waitress wanita yang mirip dengan wajah heroin Titian Cinta di slot akasia TV3.

"Nur Hana Dahlia. Berusia dua puluh tiga tahun. Hidup susah. Membawa dia menjelajah seluruh negeri di Malaysia. Waitress bukan pekerja yang senang. Meja perlu di hafal. Begitu juga dengan menu. Apa sahaja pekerjaan dia sanggup buat. Baik orang nya. Sebab tu lah Dato Ziyad terpikat. Hehehe.

"Ouhh. Tak mengapa. Lagipun kedai ni saya lihat agak sibuk hari ni?". Balas Dato Ziyad. Buku menu dibuka. Mencari menu yang cuba meraih hati nya.

"Pelayan apa ni! Lembab buat kerja. Baik tak payah kerja. Duit nak masuk on time. Tapi kerja. Pemalas. Lembab". Bidas Datin Nurin Yaa kata kata yang keluar dari mulut Datin Nurin memang tidak pernah menyenangkan hati orang lain. Malah timbul rasa tidak puas hati lagi adalah.

"Maafkan saya Puan". Maaf di pinta oleh si pelayan restoran. Timbul rasa bersalah pula dalam diri Dato Ziyad akan bahasa yang mungkin mengguris hati gadis ini.

"Jangan panggil saya Puan. Saya benci. Panggil saya Datin. By the way waitress lembab. Nama saya Datin Nurin". Terang Datin Nurin. Bunyi nya seakan semakin kasar.

"Awak sudah lah tu. Kita pun nampak kan? Di sini ramai pelanggan. Lagi pun awak yang pilih restoran ni. So awak jangan macam macam erk. Sudah. Pilih menu. Tadi awak kata lapar". Dato Ziyad memberi amaran mata buat isterinya.

"Hmm. Bagi saya Sirup bandung 3 layers, Hawai Yee Mee dan Nasi Tempayan Dangdut satu". Saja Dato Ziyad menekan sedikit suara nya di situ. Sahaja nak beri tempias kepada Datin Nurin.

"Awak. Jangan main main dekat sini. Siap awak nanti saya kerja kan". Amaran di keluarkan. Datin Nurin menjeling Dato Ziyad setajam pedang samurai biru.

"Bagi saya chicken chop one set dan air hot mocha latte satu. Tu je". Satu jelingan tajam dihadiah kan kepada Dato Ziyad dan si pelayan itu pun seakan terkena tempias nya sekali.

"Okey baik". Balas Waitress itu dan kemudian berlalu pergi meninggalkan Dato Ziyad dan Datin Nurin.

"Reen. Awak tak sepatutnya buat perangai. Dia pun ada hati dan perasaan seperti kita juga. Dah berapa kali Saya pesan pada awak. Jangan buat macam ni. Pada orang. Bila awak berperangai begini. Orang akan cap saya yang tak tahu nak ajar dan didik isteri ke baik. Awak sanggup malu kan nama saya?". Jelas Dato Ziyad. Sudah berbuih mulut nya menasihati Datin Nurin.

"Bukan macam tu. Saya bukan nak malukan awak. Dah memang dia lembab. Lama tau saya tunggu. Dah lah lapar".

Lima belas minit kemudian. Makanan Dato Ziyad dan Datin Nurin order. Telah pun sampai di atas meja.

"Tadi Reen kata lapar kan? Makan lah. Kalau dah lapar sangat makan pinggan dengan gelas tu sekali. Kalau tak cukup jugak. Ni pinggan saya pun ada". Perli Dato Ziyad. Tapi sedikit pun tidak diendah kan oleh Datin Nurin. Mereka makan dalam keadaan senyap. Wajah Datin Nurin kelihatan sudah masam mencuka.

"Burppp". Sendawa Dato Ziyad kekenyangan. Pinggan pun sudah lincin. So tiba masanya untuk mereka bergerak bekerja semula.

Dato Ziyad pergi untuk bayar di counter. Suasana kedai yang serba klasik. Menarik perhatian Dato Ziyad untuk meninjau ke dalam. Sungguh dia tertarik dengan ketenangan dan suasana di kedai makan ini.

"Berapa?". Tanya Dato Ziyad lembut ke arah penjaga counter pembayaran itu.

"Empat puluh lapan ringgit sembilan puluh sen". Jawap lelaki penjaga counter itu.

Tangan di masukkan ke dalam kocek seluar. Dompet di tarik keluar dari seluar dengan cermat. Dompet di buka. Oleh kerana helaian duit terlalu banyak di dalam nya. Maka ia pun jatuh berterbangan ke atas lantai.

Waktu itu Dahlia sedang mengambil pesanan pelanggan. Melihat Dato Ziyad yang seakan sudah kepenatan. Lalu dia menolong Dato Ziyad tanpa di suruh. Sungguh dia ikhlas. Tiada sikit pun niat nya untuk mengambil hak milik orang lain.

Dato Ziyad melihat wanita yang di marahi isteri nya tadi menolongnya dengan mata yang tidak berkedip. Sungguh baik wanita ini.

"Nah". Kata wanita itu. Lalu menghulurkan duit RM50 yang Agak banyak itu kepada pemilik nya. Dato Ziyad mengamati name tag yang di pakai wanita itu. Ouhh. 'Dahlia rupanya nama nya. Nama secantik perangai'. Desis hati kecil Dato Ziyad.

"Terima kasih Cik Dahlia". Ucap Dato Ziyad Ikhlas.

"Nah ini untuk awak". Dua keping duit RM50 di suakan ke arah Nur Hana Dahlia. Dengan segera Hana menolak dengan cara yang baik.

"Saya tolong Encik Ikhlas dan saya juga tak minta jasa saya untuk Encik membalas". Jelas Hana. Wajah polos itu mengundang satu rasa ke dalam hati Dato Ziyad. Dato Ziyad membalas dengan senyuman. Lalu membayar bil makanan tadi. Setelah itu dia pergi bersama Datin Nurin ke tempat kerja semula.

'Susah nak jumpa wanita sebaik itu. Wanita sebegitu hanya ada satu dalam seribu'. Bisik hati kecil Dato Ziyad.

"Jais. Pasang radio. Saya nak dengar". Arah Dato Ziyad kepada driver nya.

Jais. Berusia dua puluh tujuh tahun. Merupakan seorang lelaki yang mempunyai pendidikan di tahap diplomas bahagian paramedik. Punca jadi driver? Malas nak sambung belajar. Gaji pun masuk banyak. Dua bulan RM3500++. Cakap siapa sahaja tak nak? Kalau harga sebegitu majikan tawarkan.

"Baik. Tuan". Jais patuh arah Dato Ziyad lalu mendendangkan lagu. Wahh. Asyik betul lagu saat ini. Lagu Penasaran membawa Dato Ziyad ke alam nya sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 23, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dalam Dakapan Dato Ziyad Where stories live. Discover now