"Kamu, Ain!" langkahku terhenti. Pandangan aku terarah ke belakang. Sepertinya ada yang memanggil nama aku.
"Tolong saya boleh? Letak barang saya dekat bilik saya sekejap." Pinta Cikgu Nazirah.
"Oh, ok." Jawab aku lalu mengangkat buku-buku kegunaan cikgu.
Inilah realiti kehidupan sebagai seorang pelajar. Aku mengambil langkah berjalan di jalan yang dekat iaitu melalui kantin.
"Mak cik, donat tiga!" Teriak seseorang menarik perhatian aku.
"Tiga? Bukan selalu beli dua saja? Nah untuk kamu berdua." Ujar Mak Cik Timah, merangkap staff kantin.
"Sejak Fatin tinggalkan kami dua, kami rindu dia." Ujar salah seorang daripada mereka kepada Mak Cik Timah.
Fatin?
Ketika mereka sibuk berjalan, kedengaran bunyi pasu pecah.
"Ahhh!!!" Jerit Fatin.
"Ohmygod Fatin!" Jerit Mimi terkejut. Orang sekeliling memandang mereka.
"Ya Allah kenapa ni?" Tegur Cikgu Ros yang dalam perjalanan ke kantin.
"Tak tau, pasu jatuh atas kepala dia." Tergagap-gagap Mimi berkata. Liya hanya terkesima melihat rakannya yang tidak sedarkan diri. Darah melimpah ruah di bajunya dan tudung. Liya menyelak tudung yang melindungi darah tersebut.
"Hah? Pisau??" Soal hatinya.
Liya memandang Mimi dengan membawa maksud hairan.
"Cik--cikgu... pisau.." Cikgu Ros memandang mereka dengan riak marah bercampur hairan.
"Kamu yang buat ke?" Tengkingnya.
"Takkan saya nak buat cikgu! Kawan saya ni!" Tengkingnya balik. Cikgu terkedu.
"Mana dia ambulans ni?!" Teriak Mimi dalam tangisan.
Segera peristiwa itu timbul di mindaku. Aku pandang muka mereka dari arah tepi. Geng Ice Princess....
"Liya? Mimi?" Tegur aku. Serentak mereka memandang muka aku.
"Kau?" Mereka memandang anak mata aku tajam. Lalu, saling berpandangan sambil tersenyum sinis.
"Kau buat apa dekat sini?" Soal Mimi. Aku menayang buku-buku yang aku bawa.
"Tolong cikgu." Kata aku.
"Ikut kami, tempat biasa."
Celaka. Perangai membuli mereka memang tak berubah lagi ke? Aku mengeluh kecewa.
YOU ARE READING
PERJANJIAN (HIATUS HAHAHA)
SpiritueelAku budak kelas belakang, berumur 13 tahun dan tak tahu langsung pasal agama. Sebab? Ibu bapa aku dah lama tinggalkan aku dekat rumah anak yatim. Dekat rumah anak yatim, aku tidak mahu ambil peduli tentang agama. Bukan salah mereka, salah aku untuk...