Blood, Tears, Soul-[BTS]-1🔪
"Aku nak budak-budak tu mati dengan ngeri sekali..biarkan mereka tersiksa. Sepanjang mereka hidup..mereka sering menyusahkan aku"
"Tapi..bagaimana dengan perminat mereka?. Adakah mereka turut sama mati seperti bias mereka?"
"Perminat mereka terlalu ramai untuk dibunuh, menyebabkan kita harus merahsiakan tentang kematian mereka. Suatu hati nanti, baru aku akan hebohkan tentang kematian mereka. Biar perminat mereka turut tersiksa atas kematian idola-idola kesayangan mereka"
"Bagaimana kalau ada salah seorang daripada mereka sempat melarikan diri?"
PANG!!
"Aku tetap akan bunuh dia. Dia tidak dapat bersembunyi daripada aku..pergi buat kerja kamu sekarang!"
"Baiklah"
--------------------------------------------------
"Wuhuuuu....wahhh!!!!!!!!!!"
"Jungkook..duduk la diam-diam" marah Yoongi kepada Jungkook yang sedari tadi asyik melalak tak tentu pasal. Tangan kanan Yoongi laju sahaja menghinggap di atas kepala Jungkook menyebabkan Jungkook terdiam.
"Sakit la hyung" Jungkook terus mengusap-usap kepalanya yang sudah pun ditampar oleh Yoongi. Yang lain hanya melihat karenah Yoongi dan Jungkook. Kecuali Jimin. Jimin masih lagi dibuai mimpi tipu atau lebih dikenali sebagai tidur-tidur ayam.
"Kita dah sampai BTS" Pdnim memberhentikan kereta betul-betul dihadapan sebuah resort.
Mata BTS terbutang apabila melihat keadaan resort tersebut. Mana taknya. Disini hanya terdapat sebuah sahaja tempat penginapan yang lain semuanya hutan.
Resort itu juga kelihatan sangat usang. Rumput-rumput dihadapan resort tersebut sangat panjang membuatkan mereka menjadi seram sejuk.
"Betul ke ni tempatnya bang Pd?" Soal Namjoon. Risau jugalah dia jikalau Pdnim tersilap resort atau tersilap jalan.
"Yup..nilah tempatnya. Pemilik resort ni kata..tempat ni dah lama orang tak masuk..biasalah tempat tersembunyikan" terang Pdnim. BTS hanya meng'O'kan sahaja.
"Jom serbu!!" Jerit Taehyung menyebabkan kesemua ahli BTS memandang kearahnya yang sudah berada diluar kereta.
"Terkejut aku.." Jimin mengurut-urut dadanya. Tersedar terus dia dari tidur kerana terkejut dengan suara nyaring Taehyung.
Kesemua ahli BTS turut keluar dari kereta. Mereka memunggah beg-beg pakaian mereka dari dalam bonet. "Mak ai...Jungkook..kita nak tinggal sini 1 bulan je. Tapi kau bawak beg macam nak tinggal bertahun-tahun" kata Hoseok. Jungkook hanya tersengih.
Selepas memunggah beg. Mereka terus masuk kedalam resort tersebut selepas Pdnim membuka pintu yang dikunci.
"Boleh la korang masuk melawat dulu tempat ni. Saya dah nak bertolak balik ke Gangnam..kalau ada apa-apa call saya" kata Pdnim lalu berjalan pergi meninggalkan mereka bertujuh.
Didalam resort tersebut sungguh cantik ibaratkan rumah yang paling mewah. Suasananya juga nyaman..tidak seperti resort yang lain.
Jungkook, Jimin dan Yoongi naik ketingkat atas untuk melihat bilik mereka sendiri.
"Wah..hyung..banyaknya bilik...ni resort ke istana?" Kata Jungkook. Beg sandang diletakkan dibawah bersama-sama dengan beg rodanya.
"Kan...aku pun tak tahu..ni resort ke rumah jutawan"
Tanpa membuang masa. Yoongi berjalan menghampiri sebuah pintu yang diperbuat dari besi. Pintu ini juga mempunyai corak berbentuk pangkah tandanya bilik ini tidak boleh masuk.
Yoongi cuba menolak pintu tersebut "shit..terkunci"
"Weh..kau buat apa tu Yoongi?" Jimin dan Jungkook pergi kepada Yoongi yang masih lagi memegang pintu tersebut.
"Pintu bilik ni..tak boleh bukak" kata Yoongi. Jimin dan Jungkook saling berpandangan.
"Dah tak boleh bukak tu...tak payah la bukak"
Tersentak mereka bertiga apabila secara tiba-tiba sahaja ada suara asing yang datang dari arah belakang. Dengan cepat mereka menoleh kebelakang.
Seorang gadis berpakaian gaun berwarna putih berdiri betul-betul dibelakang mereka. 'Cantiknya' desis hati Jimin. Ini kali pertama dia melihat gadis yang secantik ini.
"Saya Hwora..pemilik resort ini..." kata Hwora. Dia kemudiannya melangkah menghampiri pintu besi tersebut. Yoongi, Jimin dan Jungkook hanya mempu melihat gerak geri gadis tersebut.
"Bilik ini bilik larangan.. dimana jantung berdegup..disitulah tempatnya untuk berhenti..dimana darah mengalir..disitulah tempat untuk dibanjiri......cari jawapannya untuk menyelamatkan diri"
Mereka bertiga pening mendengar ayat gadis tersebut.
*bersambung*
YOU ARE READING
Blood, Tears, Soul-[BTS]
Mystery / ThrillerNyawa ketujuh jejaka ini akan melayang jika tidak menyelesaikan soalan atau ayat yang harus mempunyai jawapannya. Mampukah mereka menyelamatkan nyawa mereka sendiri?..atau mereka lebih rela dibunuh?. Hanya seorang sahaja yang mampu menyelamatkan m...