“ Aku fikir aku cukup kuat. Tapi rupanya tidak. Aku masih membiarkan kau mempermainkan perasaan aku. ”
➖
"Sayang?" Hyuna yang baru melangkah masuh ke dalam rumah menoleh ke arah ruang dapur.
"Kenapa balik lambat?" Soal Jungkook sambil mendekati Hyuna. Hyuna mula tersenyum pahit. Di mindanya berlegar - legar gambar yang diterimanya tadi.
"Hyun ada kerja sikit tadi." Balasnya lemah. Maklumlah sudah pukul 2 pagi baru dia balik.
Penat bekerja dan penat menangis.
"Kenapa mata bengkak ni? Are you crying?" Suara Jungkook kedengaran risau lalu perlahan - lahan tangannya melingkar di pinggang Hyuna manakala sebelah tangannya lagi mengusap bahagian bawah mata isterinya.
"Takde papelah. Hyun stress sangat. Tak cukup tidur." Hyuna mencipta alasan.
Bibir Jungkook mengukir senyuman malas lalu dia menarik Hyuna ke dalam pelukannya. "Jangan kerja kuat sangat ok. Saya ada boleh tanggung awak." Bisik Jungkook.
Hyuna yang bersandar di dada Jungkook mula merasakan air matanya yang hampir tumpah. Dia tak kuat. Dia tak kuat. Sungguh, dia tak kuat.
Hyuna mula menangis. Menangis sepuasnya sambil tangannya menggenggam erat baju milik Jungkook.
"Hey, kenapa menangis ni?" Soal Jungkook gelabah. Namun apabila isterinya tidak menjawab, Jungkook segera mencempung Hyuna masuk ke dalam bilik mereka berdua.
Hyuna dibaringkan di atas katil manakala Jungkook merangkak ke atas Hyuna. Rambut isterinya diusap dan dikucup berkali - kali namun tangisan Hyuna tidak juga reda.
Sehinggalah Hyuna tertidur kerana kepenatan.
Jahatnya aku sebagai seorang isteri.
Kenapa aku boleh meragui kau sedangkan kau melayan aku begitu baik?
Kau tak akan curang dengan aku kan Jungkook?
Kau sayang aku kan?
Atau itu semua hanya sekadar lakonan semata - mata?
• • •
"...kook! Jungkook!" Jungkook yang terkejut itu mengebil - ngebilkan matanya. Wajah Yoona yang begitu dekat dipandang pelik.
"Kenapa?" Soal Jungkook.
"Kenapa awak termenung? Awak fikir apa hmm?" Tanya Yoona pula.
"Nothing. Kau nak pergi lunch kat mana?"
"Tempat biasa jelah." Jawab Yoona.
YOU ARE READING
[C] Régret. jjk
Fanfiction+ sekuel kepada MEMORY -- "Tindakan kau amat bodoh Jeon Jungkook. Aku ini isteri kau. Hari ini, esok dan selamanya, kau tak akan pernah jadi erti beban untuk aku!" Keputusan itu melukakan dua hati dan Jeon Jungkook tidak mengerti. Bukankah itu kepu...