Bab 3

101 9 0
                                    

Perlahan Jennie membuka mata.Memegang tengkuknya yang masih sakit.Matanya memandang siling putih yang sudah retak.
Jennie melihat sekeliling.
"Kat mana ni..?" tanya Jennie sendiri.
"Awak dah sedar..." kata Minwoo.
Dulang yang berisi bubur dan susu dibawa masuk oleh Kwangmin.
"Awak berdua ni siapa..?" tanya Jennie.
"Saya Minwoo..yang ni Kwangmin.." jelas Minwoo.Kwangmin meletakkan dulang diatas meja.
"Macam mana awak boleh sampai sini..?" tanya Kwangmin.
Jennie terdiam.
"Tak..tak tahu.." tipu Jennie.
Takkan nak beritahu yang Jennie sendiri datang.Rasa menyesal kerana tidak mendengar nasihat Kihyun.

"Nama apa..?"
"Jen...Jennie.." Jennie masih tidak berani bertentang mata.
"Ni saya nak kenalkan penghuni villa ni.." kata Minwoo lalu mencapai gambar diatas meja.Jennie melihat gambar itu.
"Kenapa Kwangmin ada dua..?"
"Saya dah agak mesti awak tanya soalan tu..ni abang saya Youngmin..
kami ni kembar..nak bezakan senang je...rambut saya disikat ke kanan manakala Youngmin sebaliknya.." terang Kwangmin.
"Ni Jeongmin..Donghyun dan Hyunseong.." tambah Minwoo.Jennie mengangguk faham.Betullah apa yang Kihyun bagitahu tempoh  hari.

"Maaflah saya tadi termekap muka awak..harap awak tak marah.." kata Kwangmin.Minwoo menghulurkan cermin.
Jennie terpegun.Nampak dirinya lagi cantik dari biasa.
"Sebenarnya saya mekap sebab nak elakkan abang abang saya dari halau awak dari sini...tapi kalau awak tak suka awak boleh buang mekap tu.."
"Cantiklah...awak pandai mekapkan orang ke..sama macam muka awak.." kata Jennie.
"Tak...muka kami tak mekap..tapi semulajadi memang macam ni..."
"Semulajadi..?"
"Saya cakap awak jangan terkejut pula.." Jennie turun dari katil.Berdiri berhadapan Minwoo dan Kwangmin.
"Kami ni...sebenarnya dah mati tapi jangan risau kami takkan apa apakan awak..cuma..."
"Cuma apa...?" Sangkaan Jennie tepat.
Mereka semua dah mati.Sedikit pun Jennie tidak terkejut.
"Cuma awak kena hati hati dengan Donghyun dan Youngmin.." Minwoo memberi amaran.
"Kenapa dengan diaorang...?"
"Tiada apa apa cuma hati hati je..lagi satu awak jangan sesekali pegang benda tajam..takut terluka kami yang susah nanti..." kata Kwangmin.
Jennie tahu kenapa mereka tidak beri menyentuh benda tajam.Come onlah Jennie..diaorang ni vampire..mesti hisap darah...

"Mari makan.." jerit Hyunseong.
Semua berkumpul di meja makan.
Termasuk Jennie tapi Jennie masih menyorok dibelakang Kwangmin.
"Tak perlu takut...duduk dan nikmatilah makanan yang kami sediakan..." kata Jeongmin.
Kwangmin berbisik ditelinga Jennie.
"Diaorang semua baik baik jangan risau.." Kwangmin menarik tangan Jennie agar duduk disebelah Minwoo.
Manakala dia pergi kearah kembarnya Youngmin.
"Jangan takut..." kata Minwoo.Jennie duduk disebelah Minwoo.
"Apalagi jom makan..." kata Jeongmin.
Jennie memandang makanan dihadapannya.
Sama macam makanan manusia cuma air berlainan.
Hyunseong meletakkan air putih dihadapan Jennie.Jennie memandang Hyunseong yang tak kedekut dengan senyuman.Jennie membalas senyumannya.
Suasana dimeja makan yang sunyi walaupun mereka masih menikmati hidangan masing masing.
"Nama apa..?" tanya Jeongmin.
Memecahkan kesunyian.
"Jen..Jennie.." jawab Jennie perlahan.
"Janganlah takut takut..kami takkan apa apakan awak..percayalah..."
Jennie tahu mereka tidak apa apakan dirinya tapi dia tidak yakin dengan Donghyun dan Youngmin.

Jennie duduk disofa usang.Memerhati keadaan villa.Besar dan luas.
"Macam mana boleh sampai sini..?" tanya Donghyun dan duduk dihadapan Jennie.
Jennie menundukkan kepala.Terdiam.
"Cakap saja..." perlahan Jennie memamdang Donghyun.
Donghyun melemparkan senyuman.
"Tak...tak tahu..." kata Jennie.
Donghyun memerhati riak wajah Jennie.Donghyun tergelak kecil.
"Janganlah takut..awak buat saya rasa bersalah pula.." kata Donghyun.
Jennie terfikir.Donghyun ni baik rupanya tidak seperti yang Minwoo dan Kwangmin ceritakan.

Waktu malam yang sunyi.Jennie diminta agar tidak keluar dari biliknya sementara mereka tiada.
Kerana tekak kering..Jennie tiada pilihan selain keluar dari bilik menuju kedapur.

Jennie menuju ke meja.Mencapai cawan kosong lalu dituang air kedalam.
Seteguk air sudah memadai bagi membasahkan tekak yang kering tadi.
Kenapa gelap semacam je..
Tubuh Jennie ditolak kedinding.
Jennie menahan sakit..kepalanya didongak keatas.
"Youngmin..." desus hati Jennie.
Youngmin memandang tajam mata Jennie.Tangan kanan Youngmin menahan dinding.Jennie terkejut.
Hanya mata Youngmin yang biru menerangi suasana dapur yang gelap.
Jennie membatukan diri.Tiba tiba tubuh tidak mampu untuk bergerak.

Youngmin mengalihkan pandangan.
"Jangan berdiri kat situ lama sangat.." kata Youngmin.
Jennie memandang tempat yang dia berdiri tadi untuk minum air.
Tiada apa apa pun.
Youngmin berlalu pergi meninggalkan Jennie yang masih kebingungan.

"Kalau tak disebabkan Kwangmin dah lama aku terkam manusia tu.."

Butang baju dibuka perlahan.Baju kemeja hitam ditanggalkan dan dilempar ke pintu.Youngmin merebahkan dirinya diatas katil.
Itulah kali pertama mereka bertentang mata.Dapat bersemuka.
"Tapi kenapa muka dia mirip macam dia..?" tanya Youngmin sendiri.

"Mungkin dia kelahiran semula.." kata Kwangmin lalu mengutip kemeja hitam yang dilempar Youngmin.
"Jangan nak mengarut..."
"Apa pula mengarut...mungkin dia kelahiran semula Naeun noona.." sambung Kwangmin lagi.
"Tak mungkin...kita hidup beratus tahun...mungkin jasad Naeun pun dah mereput.." kata Youngmin.
Youngmin bangun dan menuju ke tingkap.Diselak langsir putih yang jarang.
Kwangmin duduk dibirai katil.
"Lagipun dah lupakan dia...kenapa dia mesti datang balik.." kata Youngmin.
"Mungkin dia datang nak tuntut apa apa ke..yang mungkin hyung lupa untuk tunaikan." kata Kwangmin.
Youngmin memandang sinar bulan yang masih terang.
Tetiba hati Youngmin tak sedap.
Youngmin memandang Kwangmin.
"Kenapa..?" tanya Kwangmin apabila melihat wajah kembarnya.
"Jennie...."

WitchWhere stories live. Discover now