Seminggu berlalu aku kini di terima bekerja di sebuah pasaraya sebagai promoter di bahagian pakaian lelaki.tak perlu nak memilih saat aku dapat panggilan dari HR Department pasaraya tersebut aku pantas sahaja bersetuju untuk mengisi kekosongan jawatan yang dimaklumkan.
Hari ini hari pertama aku melapor masuk sebagai pekerja disana.Dengan gaji berjumlah rm 1,200.00 tidak termasuk overtime dan komisyen.Aku rasa sangat bersyukur sekali.
"ok alisya saya akan tunjukkan serba sedikit tugas dan kaunter awak ye"
kata puan Yap selaku penyelia di bahagian Gents Department.Usai menerangkan senarai tugasan,aku di tinggalkan supaya dapat menjalankan tugasku.
Sedang aku menyusun helaian baju yang bersepah datang seorang pekerja wanita menegur aku dengan ramah.Disitulah bermulanya aku di perkenalkan dengan staff yang lain.
"Alisya ,hari ni awak rehat pukul 5 ye.nanti promoter sebelah gantikan awak selama waktu awak rehat" kata Mar pembantu puan yap
"nanti rehat ada kawan tak ? kalau tak de jomlah rehat sekali dengan mar,
nanti mar tunjukkan kedai makan best kat Alisya...bole panggil sya je.
malaslah sebut nama penuh awak"aku hanya mengangguk senyum tanda setuju.Hari pertama bertugas buat aku memerah otak mengingatkan segala stok yang ada di kaunter aku.
Takpe alisya kau boleh buat punya.aku berkata pada diri sendiri sebagai semangat bagi meneruskan hidup.Tanpa aku sedari ada sepasang mata sedang memerhatikan segala kelakuanku selama ini.Terus memandang dari jauh dan menghilang saat aku mula terasa di perhatikan.
Entah kenapa kebelakangan ni aku sering saja rasa seperti di perhatikan,mungkin aku masih lagi belum terbiasa sendirian selepas kehilangan keluargaku.Sungguh aku rasa cukup perit bila terkenangkan mereka.Kehilangan yang harus aku hadapi sekelip mata..

YOU ARE READING
Hanya Kau Untuk Ku
Romancemengisahkan seorang anak yatim yang sentiasa cuba berusaha menjadi seorang yang sangat tabah selepas kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan.Dia tidak pernah tahu jika dia masih punya saudara lain selain keluarganya sahaja. hidup perlu diterusk...