Sampai ke tempat kerja aku membuat rutin harianku.Datang seorang pelanggan melihat baju yang berada di offer bin.sekarang tengah musim perayaan,menjadikan aku sangat sibuk dengan stok baju dan seluar yang ditambah lagi."Ye encik boleh saya bantu ? aku menyapa pasangan yang berada di kaunterku.nampak sangat cocok sekali cuma aku kurang berkenan dengan style aweknya tu yang nampak gedik sangat bersama pasangannya.
"Miss saya nak cari cotton slack warna dark blue " kata lelaki dihadapanku,dengan wajah yang kacak kulit yang bersih persis artis terkenal Aron Aziz untung awek dia.aku terpegun seketika dengan ciptaan Allah
"Baik encik...boleh saya tahu nak saiz berapa ? "
" saiz 28 " cepat saja aweknya menjawab
Tanpa berlengah aku mendapatkan stoknya
" Ini dia encik.. kalau nak cuba fitting room ada di belakang " kataku sambil menunjukkan bagi memenuhi citarasa pelanggan yang sentiasa aku ingat ialah ( customer always right )
sedang menunggu pelanggan itu mencuba aku kembali ke kaunter semula.Aku lihat gadis yang bersama lelaki itu sedang membelek handphonenya tanpa mengendahkan aku."Miss ..boleh dapatkan saya warna hitam tak untuk size ni saya nak cuba " kedengaran suara lelaki tadi dari dalam bilik.Aku segera mengambil dan mencari pasangannya, tapi entah kemana pulak dia menghilang.Lantas tiada pilihan aku terus saja menuju ke fitting room.
Tok tok ..pintu bilik di buka tak sengaja aku terpandang ke dalam bilik.Lelaki itu tidak memakai seluarnya segera menutup bahagia yang terdedah.
"ops maaf ..encik " segera aku paling muka dan menghulurkan seluar padanya.Tak perlu tunggu segera aku beredar.
selesai saja urusan dengan mereka membuatkan aku lega dan juga malu sebenarnya.Haih nasibla kerja pasaraya ni , macam-macam ragam boleh jumpa..
YOU ARE READING
Hanya Kau Untuk Ku
Romancemengisahkan seorang anak yatim yang sentiasa cuba berusaha menjadi seorang yang sangat tabah selepas kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan.Dia tidak pernah tahu jika dia masih punya saudara lain selain keluarganya sahaja. hidup perlu diterusk...