2 minggu sebelum perkahwinan antara Atyikah dan Kai..
Company Industri Penerbitan Antarabangsa-
-Atyikah Pov-
Kebelakangan ini aku sibuk dengan persiapan perkahwinanku.. Tetiba telefon pejabatku berbunyi.. "Masuk bilik saya kejap.. We need to talk," kata Kai.. Aku mencebik lalu bangun menuju ke bilik Kai.. Aku membuka pintu bilik Kai dan aku terkejut melihat isteri Kai, Arsya sedang duduk sambil bermain bersama Adam.. Aku menarik nafas dan aku menyapanya "Ehhh Kak Rasya.. Dah lama sampai ke?," tanya aku lalu menghulur tangan untuk bersalam dengannya.. "Dah lama dah.. Tuh Kak mintak Abg Kai call Ikaa.. Kak nak sangat jumpa Ikaa," pintanya lalu dia memberikan Adam kepadaku.. Aku mengambil Adam yg diberi oleh kak Arsya.. "Adam syg ibu ni.. Rindunya kat dia," kataku dan terus aku mencium dahinya.. Arsya di sebelahku hanya memerhati.. Tetiba Kai bersuara "Sayang, Abg ada meeting ya.. Bersembang dahulu dengan Ikaa ya, nanti abang dah habis meeting kita lunch sesama ya,"ujur Kai lalu mencium dahi isterinya.. Arsya mencubit lembut lengan Kai.. "Ehhhh.. Ikaa kan ada kat sini,"cebik Arsya malu... Aku hanya tersenyum melihat mereka.. Aku?! Cemburu?! Tak adelah..
Aku menidurkan Adam. Aku melihat Kak Arsya sedang berdiri bersebelahan meja Kai yang penuh dengan gambar-gambar. Dia memegang bingkai gambar pernikahan mereka. Aku menghampirinya.Dia senyum melihat aku lalu dia menunjuk gambar pernikahan mereka padaku "Time akad nikah la banyak kenangan tau, nak tahu masa itu Kai asyik gagap jer bila part nak diakad. Lawak tau sampai 3 kali Kai try alhamdulillah kami selamat dinikahkan.Hahahaha,lawak tau bila diingatkan balik,"ujur kak Arsya tersenyum bercerita kisah akad nikah dia bersama Kai.Aku juga ketawa mendengarnya. "Nanti masa akad nikah Ikaa dengan Kai, Kai mesti Kai tak akan gagap dah.Dia mesti akan buat sekali lafaz ja,"balas Arsya bersahaja lalu mengambil bingkai gambar perkahwinan mereka pula.Tetiba terdengar suara Adam merengek-rengek.Aku bergegas ke arah Adam lalu menyusukannya dengan botol susu yang berada disisinya.Aku menepuk-nepuk lembut badannya.Kedengaran Kak Arsya menangis teresak-esak.Aku risau lalu aku bangun sambil mengendong Adam."Ehhh, Kak Arsya? Kak okay ke ni? Kenapa Kak menangis ni?," soalku pada Kak Arsya yang sedang menangis sambil tangannya memeluk bingkai gambar perkahwinan dia.Aku menariknya lalu aku peluknya erat "Menangislah kak.Menangislah sepuas-puasnya ya,"pintaku lalu mengusap-usap lembut badannya.Pintu bilik terbuka dan Kai melangkah masuk.Aku membuat isyarat senyap pada Kai.Kai hanya mengangguk lalu perlahan-lahan berjalan ke arah kami.Kai memegang bahu Arsya dan terus memeluk Arsya dengan erat lalu Kai berkata "Awak tunggu sini kejap.Biar saya hantar Arsya ke kereta dahulu baru saya datang balik ambil Adam pula ya,"ujur Kai lalu diambilnya beg tangan Arsya dan melangkah keluar.Tersenyum aku melihat wajah lembut Adam, mencium pipi lembut Adam "Ibu sayangkan Adam ya,ibu akan jaga Adam macam anak ibu sendiri.I love you, sayang," ujurku dan terus aku cium dahi manis Adam.Air mataku mengalir perlahan.Ketukan pintu mengejutkan aku dan cepat-cepat aku mengelap air mataku.Aku terus berdiri lalu memberikan Adam pada Kai lalu dicium anaknya itu. "Ehhh Atyikah, jom ikut sekali balik rumah mama.Mama ada masak untuk lunch lebih,"kata Kai padaku.Aku tersenyum melihat Kai "Ehhh tak payahlah,En.Aeriel.Saya kena balik awal sebab banyak lagi barangan tak siap untuk perkahwinan kita nanti,"pintaku lalu memberikan beg Adam pada Kai dan aku terus mempercepatkan langkahku tetiba Kai cepat memegang lenganku "Kau okay ker nie,"tanya Kai mendekatkan mukanya padaku. Aku terkedu lalu berkata "Yes.Saya rasa this not right time nak ikut En.Aeriel ke rumah mama En.Aeriel, dengan Kak Arsya macam tu,"ujurku pada Kai.Dia hanya mengangguk dan terus berlalu pergi.Hanya aku bersendirian disitu.Air mataku mengalir laju.
-Kai Pov-
Perlahan-lahan Kai berjalan menuju ke arah kereta BMW miliknya.Adam merengek-rengek kecik lalu Kai menarik kain untuk menutup sedikit muka Adam dari terkena asap di kawasan parking ini. Kai masuk ke dalam kereta dan memberikan Adam kepada Arsya lalu enjin kereta dihidupkan.Arsya macam mencari-cari sesuatu."Kenapa nie,sayang.Ada tertinggal barang ka?,"soal aku pelik melihat isteriku tercari-cari sesuatu "Ehhh mana Ikaa?,"kata Arsya sambil anak matanya mencari kelibat Atyikah. Aku mengeluh kecil "Ikaa ker.Dia tak nak join kita. Katanya nak kena balik awal sebab nak siapkan barangan hantaran untuk perkahwinan nanti,"balas aku lalu memulakan perjalanan kami. Arsya terus membuat mukanya bila aku kata Atyikah tidak join untuk lunch sesama "Eleh, apahal muka masam ni?,"soalku terus mencuit mulutnya yang muncung itu. "Tak adalah. Baru nak gosip-gosip dengan dia tapi dia tak ikut pula. Tak apa betul juga. Dia busy ler sebab dia dah nak kawin dengan sayang,"kata Arsya lembut lalu menuding jarinya pada aku. "Haah.. Dengan abang.. Hahaha," balas aku dengan selamba.
YOU ARE READING
[𝙲] 𝙿𝙸𝙻𝙸𝙷𝙰𝙽 𝙺𝙴𝙳𝚄𝙰 𝙵𝙾𝚁𝙴𝚅𝙴𝚁 // 𝙺𝙹𝙸 💞
RomansaSeorang lelaki yang akan kehilangan isteri kerana kanser ovari tahap 4.. Dalam masa saat gering isterinya itu, si suami itu diminta untuk mencari seorang ibu baru untuk anak lelaki yg berusia setahun itu.. Si isteri memegang tangan suaminya lalu mer...