Tanpa menghiraukan sakit kepala yang aku hadapi sekarang ni, aku tetap bergegas ke ruang tamu.
" Eh Hyun Ji? Kamu dah okay ke? " tanya ibuku
" Eomma. Kenapa biarkan Taehyung dekat luar tu? Kan hujan lebat! "
" Biarkan dia! Dia yang buat kamu sampai jadi macam ni! " sampuk ayahku
" Tapi Appa, Taehyung tak salah!! " protesku
" Tak salah kamu kata? " posisi ayahku yang daripada duduk terus berdiri di hadapanku.
" Dia tu. Budak kat luar tu memang tak guna! Cuba kalau jiran kita ni tak bawak kamu balik?! Kamu ingat kami boleh jumpa kamu lagi ke?! "
" Abang!! "
Aku mengetapkan bibirku tanda geram dan berlari ke arah pintu utama.
" Kamu nak pergi mana tu?! " suara ayahku, aku hiraukan.
Setelah aku tiba di luar rumah, angin kuat, guruh, serta hujan yang lebat mengejutkan diri aku. Aku bergegas ke arah Taehyung yang sedang bersandar di pagar rumahku
" Tae!! "
Aku mengejutkan dia daripada tidur. Sempat dia menggosok matanya sebelum bercakap
" Buntat? N-ni kau ke? "
Melihat keadaannya yang basah kuyup dan masih berpakaian uniform sekolah sangat menyayat hatiku. Kedua-dua tangannya memegang kedua-dua belah pipiku
" Ni kau kan? " tanyanya sambil memandang ke arah anak mataku.
Tangannya yang sejuk dan mengiggil membuat aku rasa bersalah. Walapun dia tak salah, tapi dia sanggup buat macam ni semata mata nak jumpa dengan aku.
Aku mengangguk untuk soalan Taehyung.
Dia tersenyum, namun, lama kelamaan senyumannya bertukar menjadi satu esakan.
" A-aku.. heuk ma-maafkan aku "
Aku menggeleng perlahan " kau tak salah Taehyung.. Kau tak salah "
" Aku salah!! Aku benci diri aku!! "
Hujan makin lebat. Guruh pula makin kuat. Takkan aku masih nak suruh Taehyung duduk dekat sini?
" Taehyung, jom " aku menarik tangannya lembut
" Nak ke dalam? " tanyanya
Aku hanya mengangguk, dan terus menariknya ke rumah.
●
●
●
●
●
●" Hyun Ji!! Tengok ape dah jadi dekat kamu ni!! Habis basah kuyup! " marah ibuku
Aku cuba memekakkan telinga, namun terbantut selepas ayahku-
" Kenapa kamu bawak dia masuk?! Suruh dia pergi!! "
" Appa ingat dia ni binatang ke?! Dia pun manusia! Appa tengok keadaan dia sekarang! Baju pun tak nampak macam baju!! Dia tak salah! Tapi kenapa Appa buat macam ni dekat dia?! Appa memang tak berperikemanusiaan!! "
YOU ARE READING
Macam Buntat ?! <> KTH <>
Fanfiction" Apsal aku tgk kau ni macam makin hari makin gemok ni ? " " Asalkan lemak tepu aku tak himpit badan kau sudah la . " Cover made by : @Syifvas Start : 16 September 2017 (2000) End : 21 November 2017 (1030)