bab 4 - kawan baru

466 8 0
                                    

Jam menunjukkan tepat pukul 11.30 malam, gara-gara musim perayaan ni aku terpaksa mengikut waktu penutupan yang diarahkan.sepanjang bulan ni nampaknya aku akan selalu balik lambat dan akan selalu ketinggalan bas.

adoi nak balik naik apa lah ni.orang semua dah lepas aku juga yang tertinggal,mana taknya dari pasaraya nak ke bus stop aku berlari selaju yang mampu tapi tak sempat nak kejar bas yang terakhir berjalan.nampaknya kena tunggu teksi la jawabnya.kopak poket camni dari sini nak ke damansara dah berapa hengget.

Dalam aku berkira kira sendiri kelihatan sebuah kereta honda berhenti dihadapanku.aku kaget sebentar mana taknya dah la malam buatnya penyamun atau perogol ke yang berhenti tak naya aku nanti.

Perlahan cermin tingkap di turunkan aku lihat seorang lelaki menjenguk ke tingkap.macam pernah tengok tapi kat mana ye

" cik...tunggu teksi atau ada orang datang ambil? " soal lelaki dari dalam kereta.Aku terkedu seketika memikirkan jawapan untuk di beri.

" Maaf encik saya tunggu orang ambil.terima kasih "  aku menjawab dengan sopan sambil tersenyum

" Alright kalau macam tu.saya takut cik ketinggalan bas.. dah malam ni "

" Takpe encik sekejap lagi kawan saya datang.terima kasih ye " aku mengangkat tangan padanya dan lelaki itu pun berlalu pergi.

Jam dah menunjukkan tepat 11.55 malam.fuh.... dekat pukul 12 dah ni adoi takkan takde langsung teksi lalu ni.apa teksi mogok ke.aku hanya mampu mengomel sendiri.tiada pilihan aku berjalan perlahan menuju ke stesen minyak berdekatan agar berada di tempat lebih terang.

Bimbang dengan pelbagai kejadian yang mungkin berlaku jika aku terus berada di tempat yang agak sunyi, tanpa aku sedari sekali lagi kereta yang sama berhenti di sebelahku pula

" cik ..kawan awak tak datang jemput lagi ke ? "  soal lelaki itu , aku tiada pilihan selain senyum sahaja.

" cik tinggal di mana mari saya tumpangkan "

aku masih lagi berfikir adakah selamat atau tidak aku turut pelawaannya.seakan dapat menangkap apa yang berlegar di fikiranku lelaki itu turun dari kereta.

" Takpe cik saya ikhlas.bahaya dah malam macam ni kalau cik nak jalan kaki.lagipun ini kali ketiga kita jumpa kan "

" Kali ketiga? Saya baru terserempak dengan encik 2 kali "

" cik lupa ye.tadikan saya beli seluar dengan cik kat pasaraya.ingat tak.."

Oh aku tepuk dahi sendiri ,patutla macam pernah nampak.ish dia punya pasal la aku balik lambat.pilih seluar slack dah macam pilih bini.bapak lama giler memilihnya.aku mengomel dalam hati.

" Silakan cik.."

sambil dia bukakan pintu kereta untukku.nampak sopan harap benarlah maksudnya yang dia ikhlas.

"Terima kasih encik.tapi saya duduk di damansara boleh ke encik hantarkan ? "

" InsyaAllah boleh cik...by the way panggil je saya Haris ye tak payah la encik encik ni "

senyuman lelaki tu kalau di pandang lama memang boleh bergegar jantung ni.sabar alisya sabar
Kau kena sedar diri , jangan nak berangan lebih sangat.Aku hanya tersenyum sendiri sambil berdoa jangan ada perkara tak baik yang berlaku.

Hanya Kau Untuk KuWhere stories live. Discover now