" Selamat pagi kak mona "
" Pagi alisya.waaa awal sampai hari ni ,dah sarapan ke ?"
Kak mona jiran sebelah kaunterku , dia banyak bagi tunjuk ajar padaku dan antara promoter pertama yang rapat di awal aku bertugas di sini.Sedar tak sedar dah lebih setahun aku bekerja disini.sayangnya aku cuma ada kak mona sahaja sekarang selepas Mak Mah pergi meninggalkan aku selamanya.
Tak dapat aku lupakan bila mendapat berita kehilangan mak mah 3 bulan yang lepas.Allah lebih menyayanginya.aku masih ingat kata-kata terakhirnya padaku sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
" Sya ..mak mah minta maaf tak dapat jaga sya lagi.masa mak mah dah sampai " katanya dengan nada perlahan
" Mak mah jangan cakap macam tu.sya tak nak dengar lagi "
Aku hanya mampu menangis saja sambil memegang tangan mak mah.Anak-anaknya sedang dalam perjalanan pulang katanya.Aku hanya mengenali kak nurin sahaja anak mak mah yang pertama , yang kedua aku tak pernah kenal pun yang aku tahu dia berada di london sahaja.Lamunan ku terhenti bila mak mah bersuara kembali
" Mak mah nak serahkan surat dari mama sya.mama beri surat ni pada mak mah sebelum dia kemalangan "
" Mama Sya rasa tak sedap hati lalu dia berikan surat ni pada mak mah sebagai wasiat kerana dia tak punya sesiapa lagi " terang mak mah lagi" Mama pesan berikan pada aisyah waktu umur aisyah 21 tahun tapi masa mak mah dah sampai awal sya "
" Mak mah minta sya jujur dengan mak mah hanya baca surat ni lepas umur sya genap 20 ye sayang.ini wasiat dari mama dan juga mak mah "
" harap sya mengerti ye..." sayu saja pandangan mak mah padaku, aku menerima sebuah kotak warna ungu kemas si hiasi ikatan riben warna kuning.
" Sya janji mak mah.sya akan pegang kata mak mah"
" terima kasih mak mah sebab sudi jaga sya selama mama dah tiada " aku rebahkan diri di samping mak mah, terasa tangan mak mah lembut mengusap rambutku
" Oiii termenung lagi sya.kak mona tengok kau ni kerap sangat termenung apa yang kau fikir ni "
Segera aku tersedar dari lamunanku tadi hilang tah kemana dah semuanya." Apa la akak ni.sya menung kejap pun tak boleh " sambil tanganku ligat mengibas habuk di kaunter.
" Ye la kau menungkan apa.boyfriend ke.macam tak pernah pulak nampak kau pergi dating "
" Saya mana ada boyfriend kak.sya bukannya lawa.gi kerja pun pakai baju longsleeve dengan slack.selalu je orang ingat sya ni tomboy tau "
" Laa nak buat camne dah kau jual baju lelaki.tu kan uniform kau " bebel kak mona sambil cekak pinggang.
" Ye la kan.agaknya pasal tu orang ingat sya tomboykan hehe "
" Tau tak pe.jomla pegi makan kejap.akak tak sempat breakfast tadi.dok kejarkan abang teksi tu la " kata kak mona dengan memek mukanya
" Takpe la akak gi la.sya dah minun kat rumah tadi dengan makan sandwich "
" Ye lah akak pegi kejap ye.tolong cover kaunter jap kalau ada orang datang ye " kak mona berlalu dengan seorang lagi kawannya.efa promoter di bahagian sport department
Aku meneruskan kerjaku kembali.
" Selamat pagi ".terdengar suara seorang lelaki dari arah belakangku
" Ye encik boleh saya bantu " sapaku dengan senyum mesra
" Saya nak ke pejabat.boleh tahu arah mana nak kesana " kata lelaki dihadapanku
" Ok encik jalan terus ke depan kemudian belok kiri,nampak tangga di hadapan.naik tangga tu untuk ke pejabat ye.
" Terima kasih.jumpa lagi " lelaki tu pun beredar mengikut arah yang aku berikan.nampak segak dan kemas.mungkin nak minta kerja kot.aku meneka sendiri, ramai orang datang dan pergi semenjak aku bekerja di sini.Rata -rata mereka jadikan pasaraya ni sebagai platform untuk mereka bekerja sementara dan ada juga yang ingin mencari pengalaman.
Dalam setahun ni je lebih dari 10 orang keluar masuk yang aku perhatikan.Rasanya sampai masanya pun mungkin aku juga akan cuba mencari peluang kerja lain jika perlu.Sebab aku rasa selesa dengan apa yang aku ada sekarang ni.
YOU ARE READING
Hanya Kau Untuk Ku
Romancemengisahkan seorang anak yatim yang sentiasa cuba berusaha menjadi seorang yang sangat tabah selepas kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan.Dia tidak pernah tahu jika dia masih punya saudara lain selain keluarganya sahaja. hidup perlu diterusk...