30

5.5K 323 4
                                    

Pada pagi yang begitu indah, hampir semua pelajar sekolah Viction mengulang kaji matapelajaran buat kali terakhir sebelum peperiksaan pertengahan tahun di tempat belajar masing-masing. Suasana di perpustakaan sekolah sunyi sepi walaupun ramai.

Satu sticky note dilekatkan di atas buku latihan aku. Aku ambil dan baca apa yang tertulis di atas kertas tersebut.

jangan buat muka comel bila tak tahu jawapan
saya cair macam aiskrim nanti :) ♡

Aku memandang ke arah Daniel yang berada di hadapan. Aku tersenyum lebar ke arahnya. Daniel membuat muka kesakitan sambil memegang jantungnya. Aku sekadar menggelengkan kepala. Pelajar lain yang berada berdekatan dengan kami hanya memerhati.

"Diam." Hazmi bersuara perlahan kerana takut menggangu pelajar lain mengulang kaji. Aku dan Daniel memandang ke arahnya sambil tersengih. Aku meletakkan kembali sticky note itu ke atas bukunya. Daniel baca dengan wajah berkerut dan aku menjerit kesakitan kecil.

"Awak. Awaklah." Aku bersuara kecil. Semua orang di meja kumpulan lima memandang ke arah aku.

"Seronok pijak kaki aku, Daniel?" Tanya Ayyan yang berada di sebelah aku. Aku terus memandang ke arahnya. Dia memandang ke arah aku juga dan berkata, "Sakit tak bila kena cubit?".

"Sama-sama." Aku mencubit peha kanannya dengan kuat manakala Daniel memijak kaki Ayyan menggunakan tumit kakinya. Kami berdua meninggalkan perpustakaan dan menuju ke Kafeteria. Ayyan mengadu kesakitan kepada yang lain tetapi dia tidak dilayan oleh sesiapa.

***

Aku keluar dari kelas dengan muka lega selepas selesai menjawab kertas periksa addmath. Kaki di atur ke Kafeteria bersama Qisha untuk berjumpa dengan Instafamousboy. Kami memesan air terlebih dahulu sebelum menuju ke arah mereka yang sudah tiba.

"Reen boleh jawab?" Tanya Hazmi dengan muka risaunya. Aku mengangguk dan menghirup minuman yang aku pesan.

"Kenapa kau risaukan girlfriend aku?" Daniel memandang Hazmi dengan penuh tanda tanya. Dia siap menggenggam penumbuk.

"Dia bukan risau tentang Reen tapi markah addmath dia." Aliff membalas.

"Kenapa semua orang boleh jawab soalan addmath tadi." Hazmi meletakkan kepalanya ke atas meja. Keluhan dilepaskan.

"Sebab kami belajar." Qisha menjawab. Hazmi memandang ke arah Qisha dengan pandangan tidak percaya.

" Then, you want to say that I not studies before answer add maths exam paper just now?"

"Cis speaking." Qisha menjeling.

"Kenapa, tak faham ke?" Hazmi tersengih. Ayyan memukul kepala Hazmi perlahan.

"Qisha punya english A+ daripada kau A pun tak pernah dapat." Ayyan tersengih ke arah Hazmi. Qisha senyum kegembiraan manakala Hazmi pura-pura melihat telefon pintarnya yang tidak hidup.

"Aku gerak dulu." Hazmi keluar dari Kafeteria bersama telefon di tangan.

***

Dua minggu pun berlalu, harini keputusan peperiksaan pertengah tahun akan keluar. Seluruh pelajar Viction Highschool memakai baju seragam sekolah lengkap.

"Kenapa harini kena bertugas juga?" Hazmi merungut di hadapan Daniel.

"Kau bertugaslah seorang diri." Daniel dan Ayyan yang dari tadi berdiri di hadapan pagar mula melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Mereka tertawa kecil melihat muka bengang Hazmi sebentar tadi.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now