"Cuti sekolah semperna sambutan Hari Raya Aidil Fitri selama 2 minggu. Persekolahan akan bermula pada hari isnin seperti biasa."
Kata-kata yang keluar dari pembesar suara yang terdapat di dalam setiap kelas dimana disambungkan dengan Pejabat membuatkan seluruh pelajar Victon tersenyum lebar.
"Boleh aku duduk sini?" Tanyanya sambil menunding jari ke arah tempat duduk Qisha disebelahku. Qisha ni pun satu, pergi jumpa Cikgu bukan main lama. Tengok si Faris ni dah kacau aku, bisik hatiku.
"Duduklah." Shit! Kenapa kau suruh dia duduk, rungutku di dalam hati. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak melihat ke arahnya.
"Kenapa murung je ni? Tak suka ke cuti sekolah lama?" Faris menyoalku untuk hilangkan rasa bosan.
"Tak."
"Why? Any problems want to share with me?" Tanyanya lembut. Aku hanya diam tanpa sebarang kata-kata.
"Come on Azreen. Kenapa ni?" Faris menyoal lagi soalan kepadaku.
"Hm. Aku nak balik rumah Nenda tapi Daddy dengan Mummy busy." Kataku perlahan. Aku baru nak rasa suasana raya di kampung tapi tak kesampaian.
"Ala, itu je? Aku ingatkan apalah tadi." Faris merungut perlahan.
"Kau tak faham situasi ni. Aku dah lama tak balik rumah Nenda, hampir 3 tahun kut mestilah rindu." Aduku kepadanya. Entah kenapa timbul perasaan berani untuk mengadu kepada Faris.
"Apa kata balik kampung aku?" Cadang Faris. Senyuman disembunyikan. Aku terdiam.
'Dia ni nak kena bunuh dengan Daniel ke macam mana?', Bisik hati ku.
"Azreen, Daniel panggil kat taman sains." Jerit Amirul yang baru sahaja masuk ke dalam kelas. Aku menarik nafas lega.
"Gerak dulu." Pamitku. Faris hanya sekadar mengangguk. Dia memandang kelibat aku pergi daripada kelas.
'Daniel, Daniel, Daniel! Aku bagi kau masa untuk bahagia lama nanti kau akan menderita juga.' Bisik hati Faris.
Aku berjalan perlahan-lahan di kawasan Taman sains untuk mencari kelibat Daniel. Apabila sudah jumpa, aku berjalan ke arahnya dengan wajah yang muram. Aku duduk di hadapanya. Daniel mengangkat muka memandang ke arah aku.
"Kenapa murung je ni Sayang? Saya ada buat salah ke?" Tanya Daniel lembut. Aku hanya mengeleng. Tiada rasa nak bercakap pula sekarang ni.
"Saya ada good news untuk awak. Harap awak suka." Dia berjaya pancing aku dengan ayatnya. Aku memandangnya dengan kening sebelah terjongket.
"Saya nak bawa awak balik rumah Tokma saya kat Pahang." Kata-kata Daniel membuatkan aku ingin menari seperti kanak-kanak riang. Finally, boleh rasa suasana raya di kampung.
"Setuju atau tidak?" Kepala laju aku angguk. Dalam fikiran terlayar persoalan Faris dan aku akan memberikan jawapan "Aku girlfriend yang baik, tak keluar dengan lelaki lain."
"Jom saya hantar balik kelas." Aku dan Daniel jalan beriringan menuju ke kelas 5V. Rata-rata pelajar perempuan memandang dengan pandangan cemburu.
Sampai di hadapan pintu kelas. Aku masuk tanpa memberi sebarang ketukkan. Aku tersentak, ada Sir Adam iaitu guru mata pelajaran English kami.
"I'm so sorry Sir." Ucapku perlahan. Sir Akmal pandang aku dengan renungan yang tak boleh ditafsirkan.
"Its okay. You can sit at your place." Balas Sir Akmal. Aku menghembuskan nafas lega, pantas aku berjalan ke arah meja. Seluruh pelajar 6V menyalin apa yang ditulis oleh Sir Akmal di papan putih.
***
Kring!
Loceng menandakan waktu rehat kedengaran di seluruh koridor kelas. Aku keluar daripada kelas terlebih dahulu kerana ingin berjumpa dengan Puan Pengetua.
Aku berjalan dengan pantas. Apabila tiba di hadapan pintu pejabat. Aku menarik nafas dalam-dalam dahulu kemudian ketukkan diberi barulah aku masuk.
"Please sit down Azreen." Arahnya lembut. Dia memberi satu senyuman manis buat ku.
Nak test english aku ke ni,
"Thank you."
"The purpose i call you is to tell your mother to go to the hospital because-" kata-katanya mula terhenti. Aku mula menjadi panik.
"What?"
"She was a road accident. Do not worry, she's okay. She is safe. I hope you can calm down. I have told your brother. You can break out now."
Aku sekadar mengangguk. Aku keluar dari bilik Pengetua dan menuju ke Kafeteria. Aku duduk di hadapan Qisha tanpa berkata apa-apa.
"What's wrong?" Tanya Qisha apabila lihat wajah muram aku.
"Nothing." Jawabku malas. Qisha gelengkan kepala dan pergi meninggalkan aku dan datang kembali dengan seorang lelaki bernama Putera Ayyan.
"Dah tahu pasal Mummy?" Ayyan duduk di sebelah aku. Aku sekadar mengangguk. Qisha sambung makan di hadapan aku dengan penuh selera. Untungla dapat cuti.
"Stay strong princess. She is fine." Kata Ayyan. Dia mengambil kentang keju milik Qisha dan menayangkan di hadapan mulut aku.
"Aku puasa lah!"
***
"Daddy, Daddy, Daddy, Daddy." Aku menjerit apabila terlihat Datuk Mikail menuruni anak tangga.
"Ya puteri." Balas Datuk Mikail lalu tersenyum lebar.
"Raya ni nak balik rumah Tokma Daniel boleh?" Aku mengerdipkan kedua-dua belah mata berkali-kali.Kepala aku diusap perlahan, "Boleh sayang." Aku tersenyum lebar.
"Ayyan ikut sekali?"
"Mestilah Daddy. Nanti budak ni mengada kat sana ataupun malas buat kerja nak jadi macam anak raja, puih." Ayyan menjeling ke arah aku. Aku membulatkan mata.
"Aku bukan macam kau, pemalas!" Aku lari ke arahnya dan menolak bahunya dengan kuat. Kemudian, aku terus naik ke bilik untuk mengemas barang-barang yang akan dibawa.
"Lambat, kena tinggal." Jerit Ayyan. Aku hanya buat tak tahu.
"Harini terus nak baliknya?" Tanya Datuk Mikail sedikit terkejut.
"Iya Daddy sebab lusa dah raya." Balas Ayyan ringkas.
"Baik."
***
TBC
YOU ARE READING
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...