Angin sepoi-sepoi bahasa, udara yang nyaman di kampung menyegarkan suasana. "Kasih, oo kasih" Puan Imah memanggil kasih yang belum bangkit dari tidur. Puan Imah mendekatkan dirinya dengan kasih lalu menyimbahkan sebaldi air kebadannya.
"Arghhh" Jerit kasih yang sedang kesejukan gara-gara disimbah air oleh ibu tirinya. "Kasih, bila kau nak bangun? Adik kau lapar tau tak? Cepat pergi buat sarapan sekarang!" jerit Puan Imah kepada kasih. Kasih menganggukan kepala dan menurut perintah Puan Imah.
"Bangun pun kau? Aku ingatkan kau taknak bangun!" sindir Imani adik tirinya.
Kasih hanya memekakkan telinganya dan membuat sarapan. Imani berasa marah kerana Kasih tidak melayannya, dia menarik rambut kasih dengan kuat.
"Sakitlah Imani! Lepaslah" Kasih terus menyiku perut Imani yang berlemak itu. "Aduh! Mama! Mama!" jerit Imani.
Puan Imah berlari anak ke dapur dan mendapatkan anaknya. "Kenapa ni sayang?" Puan Imah memandang wajah anaknya yang sedang menangis. "Mama, tengok ni! Kasih pukul iman" rengek Imani dengan muka yang sedih.
"Berani kau kan? Kau dengan mak kau sama je!" Puan Imah segera menarik lengan Kasih. "Imani yang mula dulu?" Kasih yang tadi diam seribu bahasa mula berbicara. "Kau jangan nak tuduh anak aku, anak aku baik, bukan macam kau!" Puan Imah mula mengasari Kasih.
Kasih hanya meraung kesakitan. Setelah lama Puan Imah memukul Kasih dia biarkan Kasih menangis berseorangan. Puan Imah dan anaknya keluar rumah, kasih memegang album ibunya. "Ibuu! Ibuu! Kasih rindu ibuu" Air mata yang jernih menurun ke pipinya.
"Assalamualikum" Kasih yang menangis tadi segera mengelap air matanya, lalu dia berjalan ke daun pintu. "Waalaikummusalam"Kasih membuka pintu dengan perlahan. " Nur Kasih Humaira?" tanya lelaki yang berpakaian posmen. "Ye saya.". Lelaki itu menyerahkan sepucuk surat kepada Kasih. Tanpa ragu-ragu dia mengambil surat itu, lalu dibelek olehnya. Lelaki itu beredar dari perkarangan rumah kasih.
Kasih masuk kedalam biliknya dan membaca isi surat itu. Tawaran melanjutkan Pelajaran Ke Msu. Kasih melompat-lompat apabila dia bakal melanjutkan pelajarannya. " Alhamdulliah" bisik kasih di dalam hatinya.
Puan Imah baru sahaja pulang dari pekan bersama anaknya. "Thank you mama, belanja Iman! Sayang Mama!" Imani memeluk ibunya. Puan Imah hanya tersenyum melihat gelagat anaknya. Imani turun ke dapur dan membuka tudung saji di atas kerana perutnya mula berkeroncang kerana tidak sarapan pagi tadi.
"Kosong!" Imani membuka peti sejuknya tetapi hampa kerana tiada satu makanan yang dimasak oleh kasih. "Mama! Mama!" jerit Imani dari dapur. "Apalagi yang budak ni nak" Puan Imah baru sahaja hendak melabuhkan punggungnya tetapi dipanggil oleh anak kesayanganya.
YOU ARE READING
Love You Encik Tengku
RomanceKasih seorang gadis berasal dari kampung, dia berhijrah ke kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajarannya, tetapi satu kejadian yang dia tidak boleh terima dimana dia hendaklah khawin dengan Tengku Ashraf Daniel kerana satu kejadian yang menimpa diriny...