PROLOG

1 0 0
                                    

"Ya Allah, aku mohon, aku merayu atas segala kekuasaanMu dan rezeki Mu. Berikan aku tempat untuk aku jalani Internship aku dengan baik. Tunjukkan aku dimana tempat yang sesuai untuk aku jalani Internship aku.Aku takut Ya Allah. Aku tidak mahu gagal dalam diploma. Aku taknak menyusahkan ibu dan ayahku .
Ya Allah, berikanlah aku apa yang terbaik dariMu. Bantu aku untuk bersabar dan redha atas ketentuanMu.

Iffa hampir mengalami kemurungan. Sudah hampir 1 bulan dia menunggu dan mencari tempat internship yang boleh menerimanya untuk menjalani Internship selama 6 bulan.
Sehinggakan dia rasa menyesal akan dirinya sendiri kerana dia bersangka nasibnya sebegini adalah kerana balasan dari Allah.

Sepanjang dia menjalani diploma, dia bukanlah mahasiswi yang baik. Dia agak liar dan sosial. Tidak pernah serius. Lebih kepada enjoy setiap hari. Apatah lagi ketika itu dia menjalni kelas hanya secara talian (Online) atas disebabkan PKP. Musim Exam pon dia beruntung. Setiap sem dia hanya menjawab exam secara Online. Boleh lah tiru tiru nota yang lama. Kalau takde nota pon dia boleh curi curi tengok nota dalam slide presentation dari MSTeams, aplikasi kelas online. Semasa kelas berlangsung secara online pula, dia tak pernah fokus. Kalau kelas dipagi hari, dia hanya buka laptop. Join kelas dan tarik bantal terus tidur. Begitulah rutin hariannya sepanjang menjalani kelas secara Online selama hampir dua tahun setengah.

Kalau nak tahu, Iffa tidak berminat untuk sambung belajar selepas SPM. Niatnya hanya untuk bekerja. Tapi, rezeki dia ada.
Kalau ikutkan ayah dan ibunya juga tidak galakkan dia untuk sambung belajar. Bukan apa, dia bukannya dari keluarga yang senang. Untuk ibu dan ayahnya membiayai pelajarannya ke Universiti bukanlah dalam satu oerancangan sebenarnya. Iffa pula masih ada lagi adik nya 4 orang yang masih lagi belajar dan memerlukan duit perbelanjaan yang banyak.
Tambahan pula, ketika itu adalah zaman PKP. Siapa yang pernah merasa zaman itu, pasti faham apa yang saya katakan. Kami sudah tergolong dalam keluarga B40.
Ayah iffa juga sudah diberhentikan kerja secara mengejut.

Iffa dapat sambung belajar hanya kerana tajaan dari Jabatan Perkhidmatan Awam yang menawarkan sumbangan kepadanya. Tajaan ini sepenuhnya dan setiap 6 bulan iffa akan terima elaun sebanyak RM3500. Seronok bukan? Inilah namanya rezeki. Sungguh bertuah dan beruntung si Iffa ini. Oleh kerana bukan minatnya, dia terpaksa menerima dan meneruskan pelajarannya sehingga tamat. Sekarang dia hanya rasa menyesal dan beban difikirannya untuk memikirkan apa nasibnya kalini.

Sudah hampir sebulan, ruang bilik yang dihuni seorang mahasiswi iaitu Iffa Aisyah Mardiyah atau Iffa ini berbisik esakan dan tangisan. Dalam masa yang sama dia risau, resah dan gelisah tiada penghujungnya. Lagi lagi bila dia tahu ada rakan rakan satu bidang dengannya yang sudah mula Internship tapi dia masih merenung nasib seorang diri. Terkapai kapai mencari tempat internship dan menunggu panggilan dari semua tempat yang sudah dia apply resume melalui email.

Hari hari dia merenung nasib. Dalam masa yang sama, dia sudah cuba membuat permohonan online dengan menghantar dokumen resume ke e-mail syarikat yang sesuai untuk dia menjalani Internship. Dia tiada pilihan yang luas. Kerana ibu dan ayahnya yang meletakkan syarat untuk dia mencari tempat intership yang tidak jauh dari rumahnya.

Pilihan nya terhad dan terbatas. Sedangkan hampir lima ke enam kilang perindustrian berdekatan rumahnya. Semuanya dia sudah cuba buat panggilan dan juga hanya menghantar resume melalui email. Malah sudah tiada yang kosong dan diperlukan. Dia terpaksa mencari tempat intern jauh sedikit dari rumahnya. Dia mencari di sekitar Kuantan yang kira kira 40 minit perjalanan dari rumahnya.
Di kuantan juga terdapat banyak kilang perindustrian. Tetapi terhad kerana dia dia kenderaan ke tempat kerja. Maklumlah, umurnya sudah 21 tahun tapi masih tiada lesen kenderaan bermotor mahupun kereta.

Ohya, hampir terlupa nak beritahu bidang dan kursus yang Iffa ambil untuk diploma selama 2 tahun setengah adalah Occupational Safety and Health (OSH). Semestinya tempat yang paling sesuai untuk dia jalani Latihan Industri di kilang kilang.
Malah sebenarnya bidang OSH ni sangat meluas. Banyak tempat kerja yang memerlukan OSH. Iffa ada bertanya kepada Pensyarah tentang selain dari kilang, dimana lagi tempat yang sesuai untuk Intern.
Pensyarah nya ada berkongsi beberapa tempat Intern yabg sesuai untuk Iffa jalani Internship iaitu di Mcd, di hospital, di pejabat Niosh, Pejabat Kerajaan dan akhir sekali di hotel.
Iffa sudah cuba di Mcd, di hospital dan juga pejabat Niosh. Dan akhir sekali dia cuba nasib di hotel.
Dia ada terjumpa satu iklan dari group whatsapp yang menunjukkan ada satu application yang memwrlukan internship student. Iaitu di Hotel Genting.
Pada awalnya dia sudah chat dengan HR hotel tersebut. Walaupun dia belum bertanya dengan ibu dan ayahnya.
Dia perlu mencari dan melengkapkan beberapa dokumen yang diperlukan dari Hotel Tersebut.
Pada malamnya, Iffa cuba beranikan diri untuk memberitahu ibu dan ayahnya soal unternship di hotel yang agak jauh dari rumahnya itu.
Malah ibu dan ayah nya memberikan reaksi yang menunjukkan tiada greenlight.
Iffa masih cuba pujuk dan beritahu beberapa benefit yang akan dapat jika terlibat menjalani internship disitu. Antaranya elaun, tempat tinggal dan kenderaan ke tempat kerja.

Hari keesokannya , ayah dan ibunya sudah memberi keputusan yang membenarkan Iffa intern di hotel Gambang.
Iffa terus chat semula dengan HR hotel Gambang malah mengecewakan iffa buat kali yang entah keberapakalinya . HR itu memberitahu yang tiada kekosongan lagi.
Iffa meraung lagi dan kalini terpaksa menangis di depan ibu dan ayahnya. iffa hampir putus asa.

"Ya Allah, dimana lagi tempat yang patut aku cuba? Kenapa aku diuji sebegini? Bantu aku ya Allah. Andai semuani adalah kerana dosa dosa tatkala aku belajar.ampunkan aku Ya Allah. Hapuskan dosa dosa ku.Aku bertaubat kepadaMu ya Allah.Jangan lah kau uji aku dengan kegagalan dalam menjalani Diploma ini."

Hampir 10 malam Iffa bersedih dan berdoa lagi lagi dan lagi.

Demi Lentera CintaWhere stories live. Discover now