MGFIL - 13 💕

6.1K 299 1
                                    

Aku memandang ke arah suara sumbang itu. Kelihatan seorang lelaki sedang bersandar pada dinding sambil memeluk tubuhnya. Dia datang menghampiri ku. Mask yang dipakai olehnya menyukarkan aku untuk mengenalinya.

"Eryn Idaya" sambungnya lagi.

"Who are you, rude?" Aku tersenyum sinis.
"It's been a long day, I miss you so much" katanya sayu.
"Aa..a.. Ariz" kataku tergagap-gagap.

Dia menghampiriku.
Aku terundur ke belakang. Ke belakang dan kebelakang lagi..

Kakiku terhenti. Terasa badan ku melekap pada Dada seseorang. Aku menoleh si 'dia' yang bertopengkan anonymous bersama tuxedonya.

"Sorr... " belum sempat aku menghabiskan kataku.
"Sorry bro, she's mine" dia memotong kataku seraya merangkul pinggangku

Aku tergamam. Arghh!  Nevermind. Asalkan 'dia' dah selamatkan aku dari Ariz Lahnet ni. Siapa si 'dia' pon aku tak tahu.

1..
2..
3..
Acting!

"Jom kita masuk, sayang. " katanya lembut. Rangkulan diPinggangku semakin dieratkan.

"Bie, lambatnya you datang" aku merengek lalu memeluk pinggangnya dengan kedua-dua belah tangan.

"Jom lahh masuk" sambung aku lagi. Lalu kami beriringan masuk ke pintu ballroom. Lengannya, aku rangkul erat.

Kakiku terhenti melihat dinding ballroom.
Dah upgrade. Makin cantik. Bagus pekerja papa ni.  Eh!  Papa? Opss!

Manusia disebelah aku ni berjalan ke arah dua lelaki yang memakai topeng anonymous juga. Aku hanya membuntutinya. Yang pastinya sebelah diorang Ada Ezza dan Sara. Jangan cakap yang dia ni....

"Siput lah kau ni, Syaz" kutuk si Raff.
"Kesian wei, princess kau tunggu lama" sambung si Mmir.

Lidah ku kelu. Macam mana aku boleh tak cam suara dia. Syaz memandang aku.

"Aku dah sampai lama dah. Saja usya princess aku dari jauh. Lawa siyotttt" kata nya sambil mengenyit mata.

Yang lain semua dah 'wuuuuuu'
Pipiku sudah membahang. Tak guna kau Syaz.

"Dijemput tetamu kehormat kita Tengku Emran bin Tengku Emirool sekeluarga untuk masuk ke dalam Emirin Royal Ballroom" ujar emcee yang segak dengan tuxedo nya.

Aku terkaku..
Wait!! 
Sampai hati mereka. 

Tengku Emran berjalan bersama seorang wanita dan seorang lelaki kacak.

Papa! Mommy!  Balik Malaysia tak bagi tahu pon. Okey, nak merajuk dengan mereka.

Papa menaiki anak tangga pentas di ballroom bersama buah hatinya Tengku Irmani aka mommy.
Papa mencapai mikrofon.

"Assalamualaikum semua, first of all I just want to say Thank You kerana sudi hadir dalam majlis malam ini. Saya selaku pemilik Emirin Project meraikan 29th anniversary. Enjoyyy!" Aku tersenyum melihat Papa yang segak diatas pentas.

Music dimainkan.

Semua bersama partner masing-masing.
Semua lelaki berlutut sebelah kaki lalu menghulurkan tangan and said "will you dance with me?"
Haih, mesti Syaz tak nak dance punya ni.
Malangnyaaaa nasibbbbbbbbb......

Terasa sesuatu menjalar di pinggangku.
Dup dap dup dap.. Jantungku berdetak hebat.

Lebih tepat 'benda' itu memeluk pinggangku dari belakang. Dia menongkat dagu di bahu ku.

"Will you dance with me?" Ujar Syaz romantik.

"Syaz, I...Ii.. I will"
Weii, pehal siaa. Kau tergagap-gagap ni.Bengap kau ni Eryn!

Syaz menarik aku ke tengah ballroom. Kami menari dengan bahagia bersama topeng hodoh yang Sudah melekat pada muka pasangan masing-masing.

Seusai music berhenti.
Tibalah masa.....
Untuk membuka topeng masing-masing.

Hanya Syaz tidak membuka topeng anonymousnya. Dia bergerak meninggalkan aku.

"Syaz.... " aku memanggilnya.
Tapi sayang,  Syaz hanya mengendahkan panggilan dari ku.

Aku hanya menunduk melihat lantai ballroom.

Tiba-tiba ballroom menjadi gelap. Semua yang berada disitu terpinga-pinga.

Satu suluhan lampu yang menghalakan kepada seseorang yang berada di atas pentas itu menarik perhatian kami semua.

Seorang lelaki bersama topengnya Sudah duduk di atas bangku bersama guitarnya.

Ya,  aku kenal siapa 'lelaki' itu.

Lagu ini saya tujukan kepada Buah hati saya "Eryn Idaya Tengku Emran" kata lelaki itu romantic.

'Lelaki' itu menyanyikan lagu Sempurna.

Ramai yang terpegun mendengar suaranya yang merdu. Jujur, aku pon terpesona mendengar suaranya.

"Oh my dear, his voice similar like Andra and the backbone" jerit seseorang.

Aku hanya menjeling kearah jeritan itu .
Jeles?  Of course! Ehh apa aku merepek ni.
Gila!

Selesai lagu itu dimainkan. Lampu masih tidak terbuka. 'Lelaki' itu menuruni tangga pentas dan bergerak ke tengah-tengah ballroom bersama cahaya lampu yang mengikutinya.

Jangan kata.....
Syaz kini berada dihadapanku.
Cahaya lampu hanya menyuluh kami berdua. Apa si gila ni nak buatt! Sumpah gabra. Mommy!  Nak balikkkkkkkk.....

Syaz membuka topengnya. Dia tersenyum memandang aku. Jelas kelihatan lekukkan lesum pipit yang mampu membuat semua wanita cair. Dia berlutut sebelah kaki.
Dannnnn........

Kotak baldu merah dikeluarkan dari poketnya.

"Will you be my only girl for the rest of my life?" Ucap Syaz romantik.

Aku tergamam. Syaz serious ke ni?
"Yeah, I will" kataku ikhlas.

Serta merta lampu ballroom terbuka. Dan jelas kedengaran tepukan gemuruh. Syaz berdiri lalu menyarungkan cincin pada jari manisku. Aku tersenyum melihatnya yang memakai tuxedo berwarna hitam merah.

Dia juga tersenyum bahagia.
Syaz berdiri disebelahku, dia merangkul bahu ku.

"Dijemput Tengku Emran untuk memberikan ucapan" kata emcee itu.

Papa naik ke atas pentas.
Mikrofon dicapainya.

"Assalamualaikum semua, sebelum itu saya ingin menjemput buah hati pengarang jantung saya Tengku Irmani untuk naik ke pentas bersama Putera kacak kami Tengku Ezraf Idafi"

Kelihatan mommy merangkul lengan abang kemudian jalan beriringan naik ke pentas.

"Tidak lupa juga puteri kesayangan saya bersama buah hatinya. Sebelum ini dia tidak mahu identitinya diketahui oleh orang ramai, but today. Papa Akan membongkarkan rahsia princess papa ni. Hadui, habislah saya kena smack down dengan dia nanti" ayat terakhir papa membuatkan semua yang berada di ballroom ketawa.

Papaaaaa niiiii!!!!

Mr. Gangster Fall in Love 💕Where stories live. Discover now