Muwatta'

112 7 0
                                    


Pada keesokan harinya, Adam duduk lagi di tempat yang sama menanti para pelajar yang dilihatnya semalam. Di tangannya kelihatan sebuah kitab hijau berkulit keras bertulis Muwatta' bertulisan Arab dan setebal dua inci.

Dua minit kemudian, para pelajar yang hadir semalam tiba di tempat tersebut. Setelah setiap daripada mereka duduk di tempat masing-masing dalam formasi separa bulatan, Adam Iman bangkit daripada duduk lalu mengambil tempat di sebelah salah seorang di sebelah mereka.

Para pelajar yang hadir pada hari itu berbual sesama mereka manakala Adam Iman hanya memerhati gelagat mereka di duduknya. Lebih kurang 2 minit menunggu, kelihatan seorang lelaki separuh abad yang berbual dengan Adam semalam berjalan ke arah kumpulan itu . Sebaik sahaja kelompok pelajar tersebut menyedari akan kehadiran lelaki itu, mereka berhenti berbual dan mula mengeluarkan sebuah kitab bewarna hijau yang berketebalan 2 inci dan meletakkannya di atas rehal yang tersusun rapi.

Sebaik sahaja lelaki tersebut duduk bersama kelompok pelajar tersebut, salam dan selawat ditutur keluar dari mulut pelajar yang berada di situ dan doa penerang hati dibaca.

"Syabab sekalian.. hari ini kita akan meneliti bab seterusnya...." sebaik sahaja lelaki tersebut membuka mulut memulakan kalamnya, para pelajar yang berada di situ tekun mendengar tanpa sebarang bicara. Setelah mendapat arahan, tajuk yang bekenaan dibuka dengan teliti. Adam Iman memerhatikan para pelajar yang berada di situ. Setiap dariapada mereka mempunyai kesungguhan yang mendalam untuk menuntut llmu. 'Inilah yang dikatakan kemanisan menuntut ilmu',hati Adam berbisik lagi. Kelas pengajian berjalan dengan lancar sehingga jam 5:30 petang seperti semalam. Adam masih belum ada kesempatan untuk bertegur sapa dengan seorang pun daripada mereka.

Setelah kelas bersurai, para pelajar yang lain pergi meninggalkan tempat tersebut. Hanya Adam Iman sahaja yang tinggal di situ untuk mengemas barang yang dibawanya. Adam tidak suka tergesa-gesa. Baru jam 5:30 dan hari ini ibunya akan pulang lewat bersama adiknya nanti.

"Mari sini ana tolong. Anta budak barukan?"

Adam yang sibuk melipat rehalnya memandang ke atas apabila mendengar suara yang menyapanya merupakan suara pelajar ynag duduk di sebelahnya tadi. Belum sempat Adam Iman memberikan sebarang jawapan, pelajar yang duduk di sebelahnya tadi menghulurkan tangan dan mengambil rehal yang telah siap dilipatnya. Dari duduknya, Adam memerhatikan pelajar itu meletakkan rehalnya di tempat rehal berdekatan lalu berjalan kembali ke arah Adam Iman.

Adam berdiri dan bersiap untuk pergi setelah melihat pelajar itu berjalan datang kepadanya semula.

"Apa nama anta?" Soal pelajar itu.

Inilah dia! Akhirnya aku dapat berkenalan dengan seseorang dalam kumpulan ini. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke tempat letak motosikal.

"Ana,Adam Iman. Anta pula?"

"Ana,Aiman Farish. Anta pernah masuk mana-mana pertandingan sekolah-sekolah agama daerah inikah? Ana macam pernah nampak muka anta."

"Ah! Ya. Ana ada masuk pertandingan debat awal tahun ni."

"Oh. Patutlah macam pernah nampak. Hmm.. petang ni, anta lapang tak? Ana nak ajak berjoging dengan pelajar yang lain di sekitar Tasik Angsa"

"In sya Allah! Nanti pukul 6 ana sampai"

Adam Iman dan Aiman menaiki motosikal masing-masing dan dipacu menuju menghala ke rumah masing-masing.

Adam sampai di rumahnya pada jam 5:50 petang. Melihatkan jam yang sudah lewat, Adam terus menukar pakaian lalu memecut motosikalnya menuju ke Tasik Angsa.

Sebaik tiba di Tasik Angsa, Adam memarkir motosikalnya di tempat yang disediakan lalu mencari kelibat Aiman Farish. Sebaik matanya bertembung dengan pandangan Aiman Farish di tengah taman, Adam Iman terus berjalan sambil tersenyum ke arahnya.

Sebaik tiba di tempat Aiman, datang seorang pemuda berbaju jenama Puma bewarna merah.

"Rafi! Ingat dia ni tak?" Aiman Farish menarik tangan Adam untuk berdiri di sebelahnya.

"Siapa ya? Macam pernah nampak. Mana anta kenal dia?" Rafi'e memandang sekejap-sekejap wajah Adam Iman. Seakan cuba mengingati di manakah dia pernah bertemu dengan pemuda di sebelah Aiman tersebut.

"Tak akanlah tak ingat? Dia inilah budak baru yang datang petang tadi. Nama dia ni, Adam. Adam Iman. Ana jumpa dia ni masa debat Bahasa Arab di IIMC bulan 3 hari tu," akhirnya Aiman yang memperkenalkan Adam kepada pemuda itu.

"Ooo.. patutlah macam pernah nampak. Ana Rafi. Amirul Rafi'e. Petang tadi ana duduk sebelah syeikh. Sebab tu tak nampak anta." Amirul Rafi'e menghulurkan tangan menjadi lambang salam perkenalan mereka pada petang itu.

Sambil tersenyum, Adam menyambut huluran tangan Rafi'e. Setelah selesai sesi perkenalan pendek antara Adam dan Rafi'e, Aiman mengajak mereka berdua berjoging di sekitar Tasik Angsa. Syukur Tuhan masih memberi aku peluang untuk kenal dengan mereka berdua. Hati Adam berbisik perlahan.

Di Bawah Sayap MalaikatWhere stories live. Discover now