Tepat jam 9:30, Adam masuk ke biliknya seperti biasa. Adam baru sahaja pulang daripada mengerjakan solat Isya' di surau taman perumahannya. Adam membuka akaun laman sosialnya yang dikhususkan untuk orang awam bertanya kepadanya mengenai Bahasa Arab, pengajian hadits atau pun soal-jawab ringkas mengenai fiqh. Sebaik sahaja laman sosialnya selesai dimuatkan, muncul satu nama memaparkan berita terbaharu. Nama itu belum pernah lagi dilihatnya. Abu Uwais. Sedikit teruja, Adam mengklik nama tersebut bagi melihat pemilik akaun tersebut dan mengenalinya dengan lebih lanjut.
Status pertama yang terpapar di laman akaun bernama Abu Uwais dibaca di dalam hati. 'Minggu lepas, ada orang hantar mesej melalui twitter. Katanya mahu tasmi' hafazanku. Surah As-sajadah. Aku dengan yakinnya bacalah surah itu dan orang tersebut mendengarkannya di sebalik corong telefon. Entah sampai ayat berapa, baru aku sedar yang aku dah termasuk surah lain. Aku menghentikan bacaan dan bertanyakan hal tersebut pada orang itu. Orang yang mendengar bacaanku sebantar tadi membalas 'ya, kau dah masuk surah lain lama dah sebenarnya. Aku nak tegur..tapi tak sempat'. Jadi kesimpulannya di sini, aku menasihati setiap pembaca statusku ini agar sentiasa berhati-hati dan jangan jadi yakin sangat dengan apa yang kita buat walaupun kita sudah pakar sebabnya, bila-bila masa nikmat tersebut boleh ditarik oleh Tuhan.'
Tanpa sedar, Adam Iman tersenyum membaca status yang dimuatkan oleh pemilik akaun Abu Uwais itu. Hatinya tertarik untuk bekenalan dengan lelaki ini. Mana tahu boleh berinya lebih banyak pengalaman pada masa yang mendatang. Adam menghantarkan soalan berkenaan keutamaan menuntut ilmu mengikut ulasan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya' Ulumuddin yang telah mencipta beberapa persoalan di benak fikiran sementelah sekian lama membacanya. Setelah menghantarkan soalan kepada Abu Uwais, Adam Iman kembali semula ke laman akaunnya bagi menjawab persoalan-persoalan yang diajukan oleh orang awam kepadanya.
Sepuluh minit kemudian, Adam mendapat notifikasi yang memaklumkan bahwa Abu Uwais telah menjawab soalannya. Adam menghabiskan jawapannya yang terakhir kepada soalan yang sedang dijawabnya lalu membuka notifikasi tersebut bagi melihat jawapan yang diberikan oleh Abu Uwais
'Keutamaan yang disebutkan oleh Al-imam Al-Ghazali bagi seseorang itu melebihi keutamaan bagi seorang ahli ibadat itu sendiri. Sungguh bagi mereka yang menuntut ilmu dan beramal adalah tidak sama sekali dengan mereka yang sekadar beribadat kepada Tuhan Azza wa Jalla. Berkata Al-imam Al-Ghazali mengenai hal ini, sungguh lebih baik bagi seseorang yang mempelajari ilmu sepanjang malam berbanding solat sunat 1000 rakaat....' Jawapan panjang lebar yang diberikan oleh Abu Uwais amat lengkap dan memberikan kefahaman kepadanya. Tahu Adam bahawa dia telah mengenali seorang lagi rakyat Malaysia yang mencintai ilmu sebegitu mendalam.
Langkah seterusnya yang diambil oleh Adam bagi mengenali lelaki tersebut ialah dengan mengklik laman sesawang yang disediakan oleh Abu Uwais untuk berhubung dengannya di pepenjuru laman akaun sosialnya. Adam Iman menghantarkan mesej berupa salam perkenalan kepada Abu Uwais melalui laman web tersebut. Seketika kemudian, mesejnya dibalas oleh Abu Uwais. Senyuman nipis terpalit di wajahnya seketika melihat Abu Uwais membalas salamnya.
Adam meneruskan perbualannya dengan Abu Uwais sehingga jam 11:00 malam. Mujur sahaja esok merupakan hari minggu. Melihat jam yang sudah menginjak ke pukul 11 malam, Adam menghentikan perbualannya kerana dia perlu tidur awal untuk bangun pada awal pagi esok berbanding kebiasaan. Setelah berbalas salam secara maya bersama Abu Uwais, Adam menutup komputer ribanya yang berada di atas meja dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudu' sebagai persiapannya untuk tidur.
Pada keesokan harinya, Adam Iman ke pasar pagi bersama ibunya pada jam 8:00 pagi bagi membeli sedikit barangan keperluan. Sememangnya inilah rutinnya pada setiap hujung minggu. Setelah bapanya meninggalkan ibunya, Adam Iman sebagai satu-satunya anak bujang keluarga itu bertanggungjawab untuk membantu ibunya dari segala segi. Baik mental mahupun fizikal. Mujur sahaja ibunya merupakan seorang wanita yang berkerjaya. Maka, mereka tidaklah seperti layang-layang putus tali ketika bapanya meninggalkan rumah itu.
Sepulangnya mereka ke rumah itu, jam sudah menunjukkan pukul 9:30 pagi. Kedengaran suara yang bersumberkan televisyen di tingkat atas menandakan televisyen tersebut sedang ditonton oleh seseorang.
"Aina! Panggil kak Anis turun. Ibu dengan abang dah balik daripada pasar," Adam Iman menyuruh adiknya yang sedang menonton televisyen di atas untuk memanggil Anis, adik perempuannya yang berusia 12 tahun.
Adam Iman kebali ke dapur untuk membantu ibunya menyusun barangan dapur tersebut di dalam peti sejuk. Tiga minit kemudian, kedengaran derapan tapak kaki menghampiri kawasan dapur. Setelah selesai menyusun barangan dapur yang dibeli, Adam naik ke tingkat atas dan membiarkan adik dan ibunya sahaja yang berada di dapur. Jika dia berada di dapur juga ketika mereka berdua memasak, pasti sahaja dia akan dimarahi oleh mereka berdua kerana bak kata mereka 'dah lah tak membantu, makan ruang pula'.
Di dalam biliknya, Adam menghidupkan komputer ribanya yang bewarna hijau. Adam bercadang untuk menyambung perbualannya dengan Abu Uwais. Seronok. Semalam, Adam dapat mengetahui sedikit sebanyak latar belakang Abu Uwais. Abu Uwais bukanlah nama sebenarnya. Nama sebenar pemuda itu ialah Fikri Syahmi. Muda setahun berbandingnya dan tinggal di Shah Alam. Bersekolah di SMK Hebat. Adam pada mulanya menyangka Abu Uwais merupakan seorang lelaki tua yang mengajar pangajian kitab. Rupanya Abu Uwais seorang pemuda biasa dengan ilmu luar biasa. Hafiz lagi.
Adam Iman membuka semula laman sosialnya semalam.Sebaik sahaja laman sesawang tersebut selesai dimuatkan, muncul satu notifikasi yang memberitahu bahawa seseorang telah menyoalnya. Adam membuka soalan yang diajukan.
'Kau kawan Abu Uwais dengan Ataullah ke?'
Dah umat yang mana pula namanya Ataullah? Hati Adam Iman berbisik perlahan. Ruang carian pengguna di sebelah kiri laman web di tekan perkataan 'Ataullah' diisi di dalam kotak carian.
YOU ARE READING
Di Bawah Sayap Malaikat
SpiritualDi bawah sayap malaikat. Ukhwah itu terlalu indah dan mahal harganya andai kau tahu betapa besarnya rahmat Allah berikan kepada mereka yang bertemu dan berpisah kerana-Nya. Pokok amal ialah ilmu. ilmu yang benar hanya akan kau dapati andai kau mela...