"Wa'alaikumusalam. Abu Uwais,ya? Siapa sebelah anta tu?" Adam Iman menyoal pemuda yang berada di hadapannya pada ketika itu. Dilihatnya, lelaki tinggi lampai yang berada di sebelah Fikri Syahmi itu sekadar tersenyum manis tanpa sebarang bicara.
"Ini Yus. Yusry Hanafi. Senior ana. Dia kawan pertama ana ana kenal di SMK Hebat. Dia pun nak jumpa anta dengan Ataullah. Orang sebelah anta ni siapa pula?" Giliran Syahmi pula menyoal Adam Iman. Matanya teralih pula ke arah Aiman Farish yang berada di sebelah Adam Iman.
"Ana,Aiman Farish. Kenal dengan Adam tahun lepas di masjid Putrajaya. Dia dengan ana berguru dengan Syeikh Zakariyya," Aiman menghuhlurkan tangannya sambil tersenyum nipis ke arah Fikri Syahmi. Huluran tangannya disambut.
"Hmm.. dah pukul 2 ni. Jom pergi Johnny's. Kita makan tengah hari dulu." Yusry Hanafi mencelah setelah seketika salam perkenalan itu berlangsung. Jam tangan berjenama Polo ditilik.
"Betul juga. Lagi pun, semua dah solat zohorkan? Ataa' pun kata dia tunggu di sana," Fikri Syahmi turut menilik jam tangannya. Sudah jam 2 petang tepat. Lewat lima minit.
Sebaik tiba di sana, kelihatan seorang pemuda yang memakai jeans bewarna biru dan berkemeja merah muda sedang duduk seorang diri di meja yang boleh memuatkan 6 orang. Fikri Syahmi mengajak mereka berlima untuk duduk bersama pemuda tersebut. 'Itukah Ataullah?' Hati Adam Iman berbisik. Sedikit lagi kekaguman muncul di lubuk hatinya.
"Ataa'.. maaf anta lama tunggu. Tadi ana dengan Yus sampai lambat. Ni, Abu Faruq dah jumpa ana tadi, anta dah pesan makanan? Kalau tak ana nak pesankan sekali," Fikri Syahmi menyalami tangan Ataullah sambal tersenyum manis setelah mengambil tempat duduk di sebelahnya.
"Bolehlah. Ana belum pesan makanan lagi," Ataullah sekadar menjawab mendatar.
'Eh,sombongnya!' Itulah persepsi pertama yang terdetik di hati Aiman Farish melihat reaksi pemuda bernama Ataullah. Adam, Syahmi dan Ataullah rancak berborak sesama mereka. Manakala Yusry dan Aiman sekadar duduk berhadapan dan bermain dengan telefon bimbit masing-masing. Kekok. Satu situasi yang tidak dijangka langsung oleh Yusry mahupun Aiman.
Lima minit kemudian, datang seorang pemuda pula yang turut ber'jeans' biru tetapi sekadar memakai kemeja-T polo. Mengambil tempat di sebelah Aiman Farish. kedatangan pemuda itu menarik perhatian mereka berdua.
"Ataa', maaf lambat. Tadi ada kemalangan depan rumah ana," Yusry Hanafi dan Aiman Farish memandang pemilik suara itu. Menyedari sorotan mata yang diberikan oleh mereka berdua, pemuda itu bersuara kembali.
"Salam ta'aruf, ana Iqbal Hakimi. Satu sekolah dengan Ataullah," Iqbal menghulurkan tangannya kepada Aiman Farish kemudian dia mengulurkan pula tangannya kepada Yusry.
"Salam ta'aruf. Aiman Farish. Kawan Abu Faruq"
"Ana Yusry Hanafi, kawan Abu Uwais"
Yusry dan Aiman Farish memperkenalkan diri secara ringkas kepada Iqbal. Senyuman nipis dihadiahkan oleh mereka berdua kepada Iqbal.
"Ouh. Anta berdua sekolah lagikan? Sekolah mana?" Iqbal bertanya kepada mereka berdua.
'Akhirnya ada juga yang mulakan perbualan.' Hati Yusry dan Aiman berdetik hal yang sama. Kesepian sebentar tadi sudah pun hilang sementelah kedatangan Iqbal memulakan perbualan mereka. Mereka rancak berbual sehinggalah pelayan yang membawa makanan mereka tiba di meja mereka.
"Anta tak makan ke?" Yusry bertanya kepada Iqbal.
"Tak.. tadi ana dah makan di rumah," Iqbal menolak lembut pelawaan Yusry. Senyuman manis dihadiahkan kepada Aiman dan Yusry yang sedang memandangnya. Manis senyumannya. Macam kucing. Sebuah senyuman yang akan membuat sesiapa yang melihatnya turut ingin tersenyum setelah melihatnya. Tidak terkecuali juga Yusry dan Aiman, mereka turut tersenyum walaupun mulut penuh dengan makanan setelah melihat wajah Iqbal yang manis tersenyum.
"Apa lagi amalan para salaf masa makan?" Kedengaran suara Syahmi membelah kesunyian mereka secara tiba-tiba.
"Mereka akan suap-menyuap ketika makan. Kenapa? Anta nak suapkan ana ke?" Adam Iman menjawab soalan Syahmi.
"Yalah." Syahmi sekadar menjawab ringkas. Sebatang kentang goreng diambil lalu disuap ke mulut Adam. Ataullah dan yang lain sekadar tersenyum melihat gelagat mereka.
"Antum sajalah. Ana tak mampu lagi nak suap sesiapa buat masa sekarang. Adik ana pun ana tak suapkan, inikan pula kawan-kawan ana. Nanti tak masuk mulut. Kena dagu
pula," sekadar tersenyum dan menyampuk ringkas sebelum meneruskan semula suapan makanannya.
Mereka yang medengar sekadar tertawa mendengar kata-kata spontan yang lahir daripada mulut Ataullah. 'Indahnya waktu ini. Tuhan, terima kasih atas nikmat ini'
Iqbal mengajak mereka untuk pergi meluncur ais di gelanggang luncur ais berdekatan setelah selesai makan. Kesemua mereka bersetuju dengan cadangan Iqbal
Agx;3
YOU ARE READING
Di Bawah Sayap Malaikat
SpiritualDi bawah sayap malaikat. Ukhwah itu terlalu indah dan mahal harganya andai kau tahu betapa besarnya rahmat Allah berikan kepada mereka yang bertemu dan berpisah kerana-Nya. Pokok amal ialah ilmu. ilmu yang benar hanya akan kau dapati andai kau mela...