'Abu Faruq, ana dengan Ataa' kena pindah sekolah tahun ini.-Abu Uwais'
Mesej yang dihantar di aplikasi sosial oleh Syahmi disambut dengan sedikit kejutan di wajah Adam Iman.
'Pindah mana pula? Nanti mesti susah jumpa lagi. Sekarang pun dah susah jumpa..-Abu Faruq' kekecewaan tergambar melalui tulisan Adam.
'Ana pindah madrasah di Kelantan. Ataa' kena pindah sekolah. Di Perak. Maaf,ana bukan tak mahu beritahu awal-awal. Tapi.. ana tak mahulah ganggu antum masa tengah peperiksaan hari tu. Ana tak tahu pula Ataa' pun nak pindah-Abu Uwais'
'Ana pun tak jangka yang permohonan ana diluluskan. :( –Ataullah'
'Tak apalah. Ditakdirkan Tuhan, kita berjumpa lagilah nanti bi idhnillah-Abu Faruq'
'Anta belajar elok-elok tahu di Kelantan. Ana dah anggap anta macam adik ana dah. Nanti kalau anta balik Shah Alam, ajar ana Arab lagi ya :')-Yusryhanafi'
'In Sya Allah. Anta tu, jangan asyik menyanyi saja. Kalau rasa rindu anta jumpalah Abu Faruq. Banyak sangat dah hal yang ana belajar daripada dia. Anta kalau nak belajar Arab dengan dia pun boleh-Abu Uwais'
'Kalau nak jumpa lagi, ana nak ikut juga. Kalau ada apa-apa majlis, mohon jemput ana ya :) –Iqbalhakimi'
Adam mematikan telefon bimbitnya. Mesej terakhir yang dibaca ialah mesej yang dihantar oleh Iqbal. Nafas dihela perlahan. 'Allahu, baru 2 tahun kenal mereka. Dah kena tinggal lagi.' Kekecewaan jelas terasa dihati. Adam Iman memikirkan bahawa dia perlu menghadapi lagi kesepian dan dugaan hidup yang pernah menjengahnya suatu masa dulu. Kini, dia harus lalui lagi kesepian ini. 'Tak apalah. Aiman masih ada di Putrajaya ni. Tak jauh mana pun.' Adam memujuk kembali hatinya dengan mengingatkan kembali bahawa seorang sahabat bernama Aiman Farish masih lagi wujud di sisinya dalam suka dan dukanya selama ini.
Yusry Hanafi menapak penuh gaya ke dalam sebuah bilik rakaman nyanyian. Kelihatan di sisinya, sepasang kembar seiras turut berjalan penuh gaya sambil berbual sesama mereka. Ini bukanlah kali pertama Yus datang ke sini. Sudah puluhan kali dia menemani kembar tersebut merakam lagu untuk diterbitkan di bawah syarikat itu. Seperti hari-hari Sabtu kebiasaan, Yusry menemani lagi kembar itu pada hari ini. Ya, Yus hanya menemani kembar tersebut kerana mereka agak rapat dengan Yusry.
"Yus, kali ni,kau tak teringin ke nak cuba menyanyi guna mikrofon? Suara kau pun hebatkan?" Soal si adik kepada Yusry. Kembar tersebut tua 2 tahun berbanding Yusry Hanafi.
"Boleh juga. Dah lama tengok kumpulan kau menyanyi, rasa teringin juga nak menyanyi macam kumpulan ni. Kalau-kalau nak jadikan aku ahli kumpulan ni lepas aku habis SPM tahun ni, ok juga," Yusry membalas santai kata-kata si adik.
"Bukan tak nak Yus, tapi kumpulan ni tak boleh lebih seorang pun. Nanti kena tukar nama. Hahahaha!" balas si abang pula sambil duduk di sofa di penjuru bilik rakaman itu. Lagi seorang ahli kumpulannya belum tiba.
"Yus, kata nak cuba menyanyi? Pergilah cuba dulu. Nanti yang lain dah sampai.. kau jadi penonton sajalah macam biasa." Si adik menambah apa yang dikatakan oleh si abang sambil menghenyakkan diri di atas sofa sebelah abangnya.
"Ha'ahkan? Betul juga," Yusry lalu berjalan ke tempat rakaman yang biasa dilihatnya digunakan oleh kumpulan pemuzik itu.
"Perubahanku ini bukan untuk memuaskanmu, andai dicemuh..ku takkan berundur lagi," Yusry memulakan nyanyian dengan rangkap pertama lagu perubahanku.
Kembar yang duduk di atas sofa itu sekadar tersenyum melihat gelagat Yus. Tiba-tiba, masuk ke bilik rakaman tersebut dua orang lagi lelaki yang sebaya dengan kembar. Mereka berdua yang baru masuk ke bilik rakaman itu sedikit terkejut namun, masih sahaja senyuman 2 saat terukir di bibir masing-masing melihat Yusry yang sedang menyanyi. Tangan kanan dilambai ke arah Yusry oleh salah seorang daripada mereka yang baru masuk ke dalam bilik rakaman mengisyaratkan supaya Yusry Hanafi meneruskan nyanyiannya. Sepasang bibir Yusry yang sudah sedia nipis itu semakin menipis tatkala senyuman manis diukir oleh Yusry lalu dia menghabiskan rangkap terakhir nyanyiannya yang berbaki.
"Yus! Sedap suara kau. Bolehlah lepas SPM nanti jadi artis rakaman juga macam kami." Yousef menegur Yusry ketika Yusry berjalan menuju ke arah mereka semua yang sedang duduk di sofa.
"Mana ada Bang U-sef. Biasa sajalah. Suara abang semua lagi sedap. Terima kasih sebab bagi sambung menyanyi tadi." Yusry tersenyum lagi sambil berjabat tangan dengan Yousef.
"Fitri, Fikry.. Yus ni junior kau ya? Memang semuakah ahli sekolah kau dulu suara sedap?" Fatih yang sedari tadi hanya memerhati menyampuk pula.
"Kalau kau nampak macam tu. Macam itulah gamaknya." Si adik hanya menjawab ringkas tanpa memandang pemilik suara yang bertanya. Ternyata, permainan digital di dalam telefon bimbitnya lebih menarik perhatian berbanding menjawab soalan yang padanya 'tiada kualiti'. 'Apa punya soalanlah tanya aku macam tu. Dah kalau suara dia memang sedap, nak aku buat macam?' Fikri sekadar berbisik dalam hati. Hal kecil tak perlu dibesarkan.
"Tak apalah abang, nanti-nantilah dulu. Saya ingat nak sambung belajar dulu lepas SPM. Tapi sementara tunggu keputusan SPM tu keluar, bolehlah saya datang sini selalu lagikan?" Yus menolak pelawaan Fatih dengan lembut.
"Boleh saja. Macam biasalah.. nanti kalau aku dengan Fitri nak pergi sini,bolehlah kau ikut sekali kalau tak sibuk SPM," Fikry menjawab sambil dia dan ahli kumpulannya yang lain berjalan masuk ke studio rakaman.
Giliran Yusry pula memerhatikan mereka melalui dinding kaca yang memisahkan bilik tersebut dan studio rakaman. Kebiasaannya, Yusry akan menunggu di sini sehingga beberapa jam kerana menunggu rakaman selesai dilakukan untuk sesi pada hari itu. Sedang Yusry sibuk 'menggeledah' galeri foto di dalam telefon pintarnya, Yusry terjumpa sebuah gambar yang diambil oleh Syahmi semasa pertemuan mereka di Mid Valley tahun lepas. Dalam gambar tersebut, kelihatan Iqbal,pemuda yang sangat baik akhlaknya pada pandangan Yusry sedang tersenyum manis sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut Yusry.
Hal itu dilakukan setelah melihat Syahmi menyuapkan kentang goreng ke mulut Abu Faruq. Manisnya kenangan itu. Rindu mereka. Oleh sebab rasa rindu yang membuak-buak, Yusry membuka akaun sosial milik Syahmi untuk melihat perkembangannya.
"Seorang pendakwah itu bukannya mereka yang sibuk bernasyid siang malam tapi bila masuk bab akidah...."
Yusry sedikit tersentap dengan status yang ditulis oleh Syahmi. Yusry meneruskan lagi pembacaannya terhadap status-status milik Syahmi yang terdahulu. Beberapa lagi status yang lebih kurang sama diteliti Yusry. Apa yang diucapkan ole Syahmi tidaklah kasar melainkan hanya nada tegas yang dilihat amat mendominasi. Yusry kemudiannya membaca pula beberapa komentar yang dibalas oleh Syahmi kepada pengguna laman sosial yang lain yang turut memberi komen di status-statusnya. Ada yang dibalas lembut. Ada yang kedengaran agak emosi. Namun, Yusry memahami keadaan itu. Syahmi masih berdarah muda. Malah lebih muda daripadanya. Barangkali ilmu yang banyak yang dimiliki oleh Syahmi agak berat buatnya.
Yusry kemudiannya menaipkan sebuah komentar untuk bertanyakan sesuatu mengenai apa yang disampaikan oleh Syahmi. Beberapa saat menaip, Yusry memadam semula komentar yang ingin ditaipnya. Dia kuatir apa yang ingin diucapkan olehnya akan menjadi pemutus kepada silaturahim yang telah terjalin 3 tahun lamanya. Akhirnya Yusry memutuskan untuk memuatnaik status mengenai apa yang dia ingin perkatakan. Cukuplah sekadar dapat luahkan. 'Sekurang-kurangnya Syahmi tak akan terasa sangat'. Bisikan hati Yusry membisik lembut.
Yusry terkenang perkenalannya dengan Syahmi 3 tahun lepas. Setiap satu momen berputar kembali dengan jelas umpama sebuah filem. Ketika itu, Syahmi hanyalah seorang pelajar tigkatan dua yang baru mendaftar masuk ke SMK Hebat. Seringkali dilihat Syahmi duduk keseorangan semasa waktu rehat di kantin. Yusry yang sememangnya seorang yang ramah, duduk di sebelah Syahmi pada hari kedua Syahmi di sekolah itu lalu menegurnya. Bermula hari itu, Syahmi dan Yusry bagaikan isi dengan kuku. Kemana-mana sahaja mereka pergi,pasti bersama kecuali ke kelas kerana mereka berlainan tingkatan. Syahmi jugalah orang yang paling rajin menemani Yusry bermain luncur ais di IOI Mall ketika hujung minggu. Pada awal prkenalannya, tahulah Yusry bahawa insan bernama Fikri Syahmi ini merupakan seorang penghafaz al-qur'an yang kurang mendapat pendidikan akademik yang formal kerana sebelum ini, Syahmi bersekolah di sebuah akademik tahfiz.
Dia teringat juga perkenalannya dengan beberapa orang lagi sahabat barunya pada tahun lepas di IOI Mall. Nafas dihembus perlahan. Satu perkataan sahaja yang bermain di mindanya ketika ini. Rindu. Entah mengapa rasa ini hadir.
YOU ARE READING
Di Bawah Sayap Malaikat
EspiritualDi bawah sayap malaikat. Ukhwah itu terlalu indah dan mahal harganya andai kau tahu betapa besarnya rahmat Allah berikan kepada mereka yang bertemu dan berpisah kerana-Nya. Pokok amal ialah ilmu. ilmu yang benar hanya akan kau dapati andai kau mela...