Bab 1

250 18 0
                                    

Dibakarnya satu persatu gambar² lama. Gambar² yang sentiasa menghanyutkan dia ke masa silam bersama yoona. Yoona gadis manis dan pintar, yang kelihatannya sopan. Siapa sangka gadis itu pernah menjadi milik kawan setianya. Dibakar lagi gambar² itu. Dan yang terakhir, gambar bersama sahabatnya baiknya ketika bercuti di pulau jeju. Dilipat gambar itu dan disimpan ke dalam poket kotnya.

Enam bulan yang lalu, ratusan pelajar perempuan sudah jatuh cinta kepada taehyung, seorang pelajar baru. Dia merupakan bekas pelajar busan school of physics dan terpaksa berpindah ke seoul junior high school gara-gara keputusan peperiksaannya merosot dan sekolah bertaraf antarabangsa itu tidak mampu lagi untuk menyimpan pelajar sepertinya. Taehyung sebenarnya sengaja menggagalkan dirinya dalam peperiksaan kerana rimas apabila sering dipaksa belajar, dan sekolah tinggi biasa mampu mengubah cara hidupnya yang penuh dengan santai itu.

"Annyeonghaseyo, kim taehyung imnida. Saya harap kalian semua dapat menolong saya di sekolah ini" dia memperkenalkan dirinya dan tunduk di hadapan pelajar² kelas A-4. Kemudian dia mengambil tempatnya di sebelah seorang lelaki yang wajahnya mirip ahli kumpulan exo "annyeong byun baekhyun imnida. Welcome to seoul junior" sapa pelajar itu. Kurang dari seminggu, taehyung dan baekhyun sudah pun menjadi rakan karib. Di mana ada taehyung di situlah baekhyun. Ke mana sahaja baekhyun pergi, ke situ jugalah taehyung pergi.

Suatu hari, miss naeun yang mengajarkan subjek biologi mengarahkan taehyung dan baekhyun pergi ke bilik makmal biologi untuk meminjam beberapa peralatan. Mereka pun keluar dari kelas dan apabila taehyung melintas di hadapan kelas B-4 , seorang gadis telah dilanggarnya sehinggakan berlakulah aksi jatuh yang tidak disengajakan. Dua pengikut setia gadis itu terlopong dan terkejut manakala baekhyun berpura-pura tidak menyedari kejadian itu berlaku.

"Mianhae". Serentak taehyung dan gadis itu membuka mulut. Masing-masing bangun dari lantai. Belum sempat taehyung ingin membuka mulut. Baekhyun dengan pantas menarik tangan taehyung meninggalkan tempat itu segera. Taehyung kehairanan, "what wrong with you?" "kita kena cepat, makmal biologi tu jauh di block F sana" jawab baekhyun ringkas. Ada sesuatu yang dirahsiakannya.

TBC💕

between love and friendshipWhere stories live. Discover now