Usai menunaikan solat maghrib,Eliya merehatkan tubuh langsing nya di atas katil.
Aku mimpi ke apa?Apa mimpi bos aku nak bawa aku pergi makan?Haish,kena rasuk kut!!
Matanya yang baru hendak dilelapkan terbuntang apabila menerima satu pesanan mesej dari...DANIAL!
Danial : Hi er..kau buat apa tu?
Pulak dah?Apa kena dengan mamat ni!
Eliya : Nothing,why?
Danial : Esok jangan lupa pulak!Kalau kau datang lambat,aku takkan bagi kau keluar lunch.FOREVER!
Malas hendak melayan bos nya,dia memih untuk mengakhiri perbualan tersebut.
Eliya : Ye lah,saya nak tidur.Mengantuk!
Danial yang menerima pesanan tersebut terus mengeluh.Rasa bersalah tetap menggunung namun ego nya menahan dirinya daripada mengaku kalah!
Jauh dari sudut hatinya,dia masih mahu berbicara dengan gadis itu.
Danial : So?ada aku kisah?Aku mesej pun sebab nak bagitau tu je.Kalau tak,jangan mimpi aku nak text kau!bye.
Eliya mencebik.Whatever!
Keesokan harinya,Danial tidak henti-henti mundar mandir.Sekejap ke kiri,sekejap ke kanan!Perut dia asyik berbunyi pulak!
Hai lah perut..sekejap je ni okay?
Akhirnya matanya tertangkap satu kelibat yang dinanti-nantikan.Tanpa disedari,satu senyuman macho terukir di bibir lelaki itu.
"Ehem..!"
Suara garau milik Danial menyentak gadis itu sehingga bahu nya terangkat.
"Astaghfirullah..kejut saya tau!Tak boleh ke bagi salam dulu ke,kan sedap didengar," bebel Eliya.
Danial mencebik.Siapa bos sekarang ni?
"Apasal kau lama sangat?Tahu tak baby boo aku dah mengamuk,asyik menangis je,"
Hah?Baby boo?Danial yang faham akan riak wajah gadis itu mulai ketawa sedikit.
"Perut aku ni lah,baby boo namanya!"
Eliya menjeling bosnya.Mengada!
"Jum lah,aku lapar ni," kata Danial.
Tidak membantah,Eliya hanya menuruti langkah Danial.
Di dalam kereta,masing-masing melayan perasaan sendiri.
Danial mencuri pandang gadis di sebelah nya.Cantik.
Eliya yang perasan dirinya asyik dilihat mulai bersuara.
"Wahai Encik Danial,saya tak kisah kalau nyawa awak hilang,nyawa saya hilang nangi macam mana?Tumpukan perhatian please."
Danial menelan air liur.Alamak!Merah padam wajah lelaki itu.
Satu senyuman mulai terukir di bibir mungil gadis itu.
YOU ARE READING
Encik Bos,kenapa saya?
RomanceSeorang perempuan bernama,Eliya Iris ingin menghabiskan praktikal nya di satu syarikat yang ada seorang bos kerek!Eliya sering diarah membuat pelbagai kerja oleh Danial Isyraf,bos yang berhati beku! "Kalau aku tengok ada habuk sikit,aku terus failka...