Jungkook menyentuh lebam dimuka ku . Ini membuatkan aku mengerang sakit . Suka hati kau je nak sentuh muka aku ye arnab !
" Argh sakit lah ! " Aku menepis tangannya apabila dia mencucuk pipi ku yang lebam . Kuang ajo punya arnab !! --!
" Wae lebam ni ? " Tanya jungkook . Tanpa menunggu balasan dariku dia terus ke dapur . Maybe ambil ais ?
" Kena bola je..." Aku duduk di sofa . Punat on di alat kawalan aku tekan . Beberapa kali aku menukar siaran . Tiada siaran yang menarik hari ni .
[ JUNGKOOK POV ]
" Mesti bola beracun kan ? Kau ni kalau tak pandai main tu jangan lah nak main . Kau tengok pipi pou kau ni dah lebam " Aku menghulurkan ketulan ais yang sudah dibalut dengan kain kepada hyunmin . Dia terus menyambut huluranku dengan muka yang masam mencuka . Eleh kau..aku dah tolong . Bersyukurlah .
" Yelah..dah aku nak pi mandi jap " Hyunmin terus beredar menuju ke bilik untuk membersihkan diri . Bau dia pon dan hapak . Baru balik dari sekolah katakan . Aku terus menapak ke dapur ingin memasak makanan untuk si dia .
Selesai sahaja memasak aku terus mencuci tangan . Aku pandang hidangan yang aku sediakan di atas meja . Sudah lama aku tidak memasak seperti ini . Pro jugak ye aku memasak . Ni semua berkat jin hyung yang ajar dulu . Gomawo jin hyung !!!!!!
" Erm sedapnya bau...pandai kau masak " Aku pandang hyunmin yang baru turun dari tingkat atas . Tempat kosong dihadapanku dia duduk dengan muka yang tersenyum gembira .
" Heh tengok orang lah " Aku memflip kan rambut ke belakang . Fuh comfirm aku ensem gila sekarang . Hyunmin sudah menayangkan muka menyampah kepadaku. Kesah apa aku .
" Jap lagi aku nak pergi kerja "
Automatik pergerakkan ku terhenti dari menjamah makanan . What ?! Minah ni tak penat ke ? Baru balik sekolah dah nak pergi kerja pulak ?
" Kerja? kau tak penat ke ? " Tanyaku .
" penat lah jugak . Tapi nak buat macam mana...aku perlukan duit untuk sara diri." air kosong diteguk buat kali terakhir
" Kerja tu kerja lah jugak . Pelajaran jangan tinggalkan ! " Aku mula rasa bersalah . Duduk menumpang rumah dia lepastu tak ada duit untuk ringankan beban dia . Aduhhh apa aku nak buat ni . Cari kerja?
" Ye lah bunny " hyunmin terus bergerak ke pintu hadapan untuk memakai kasut . Aku hanya mengikut langkahnya dari belakang .
" kau balik pukul berapa ? Tanyaku . Series lah bosan aku nanti sorang² duduk rumah ni . Hyunmin pulak pergi kerja . Apa aku nak buat sorang²? Member pon entah kemana . Hpon pon takde . Haihhh
" maybe petang nanti aku balik . Kau jaga rumah ni tau ! Bye aku pergi dulu ! " Hyunmin terus meninggalkan ku . Okey..dia balik petang...tapi pukul berapa ?????!
[ Hyunmin pov ]
" ini di amaricano cik "
Aku hidangkan air amaricano kepada pelanggan . Senyuman manis aku hadiahkan pada pelanggan tersebut .
" Kamsahamnida "
Aku kembali ke kaunter . Jam di tangan aku perhati sekilas . Satu keluhan berat aku lepaskan . Lambat lagi nak balik . Apalah bunny tu buat kat rumah . Kesian dia sunyi .
Tup !
Bunyi pintu cafe menandakan ada pelanggan baru yang masuk. Seorang namja , badannya tegap . Macam kenal je bentuk badan tu . Segera aku membawa menu di tangan dan menuju ke arah namja tersebut yang sudah duduk di salah satu meja yang kosong .
" Encik nak oder apa ye ? " Aku meletakkan menu di hadapan namja tersebut . Pen dan buku cacatan kecil aku keluarkan . Bersedia untuk mengambil oder .
Krikkk krikkk krikkk krikkk
" Eerrrr "
Aku yang asyik pandang buku cacatan terus beralih memandang muka namja tersebut . Terkejut berok aku ! Nasib tak melatah ! Macam mana dia boleh ada dekat sini ?!!!
" JUNGKOOK~AHHHH !!!????? "
-Bersambung-

YOU ARE READING
(c) That Bunny Doll Is My Boyfriend !!
Fanficpatung arnab itu rupanya hidup dan bertukar menjadi manusia normal . seram ? adalah sikit tapi...disebabkan mukanya yang comel dan kacak..semua perasaan seram itu hilang . Dengan adanya dia..hidup aku yang keseorangan tidak sunyi lagi . Bunny oppa s...