AKU NAMPAK ALLAH

33 1 4
                                    

Cinta? Apa yang kau tahu tentang cinta? Tiada yang lebih tahu tentang cinta melainkan aku, Allah dan habib. Jangan kau temberang kau tahu semuanya tentang cinta. Jangan.

Jangan temberang!

Kenapa aku yakin aku lebih tahu? Hahahahaha! Bodoh! Kau semua memang dungu. Buta hati dan buta mata. Aku yakin aku lebih tahu kerana Allah dan cintaNya sendiri pernah menjelma di hadapanku. Habib yang mengajarkannya kerana aku wanita istimewa. Penghulu wanita syurga, katanya. Setanding dengan Fatimah RA. Ketaatanku kepada habib menjadikan Allah sangat sayang padaku. Kalau lelaki lain bilang, aku tidak percaya, tetapi habib tidak pernah berbohong.

Habib yang menyelamatkan aku dari lembah hina. Wajahnya terang bercahaya bagai Isa Al-Masih.

Mungkin juga Nabi Muhammad SAW. Orang kata Nabi Muhammad hensem...hihihi...habib pun hensem.

Aku hanya pekerja seks jalanan pada suatu ketika. Sekadar mencari rezeki di Chow Kit, kadang-kadang di Lorong Haji Taib. Aku tidak tahu di mana ibu bapaku. Kata kawan-kawan, orang tuaku berasal dari Chow Kit juga. Entahlah. Aku tidak pernah berjumpa mereka. Entahkan hidup atau mati. Namun habib sentiasa berpesan agar aku mendoakan mereka. Ya, aku doakan. Jika hidup, biar selamat. Jika mati, biar selamat dari Sujaul Aqra. Habib tidak pernah bohong.

Sejak kecil, aku kutip botol dan tin untuk dijual. Duitnya aku beli makanan. Aku jemu punya wang RM2-3 sehari. Melihatkan pekerja tauke Yong semua pakai baju cantik-cantik dan mekap lawa-lawa, aku ingin jadi seperti mereka. Aku berani. Aku bilang sama tauke Yong aku nak kerja dengan dia. Pada hari yang sama, aku beroleh pelanggan pertama aku.

Sakit! Sakit! Sakit!

Tubuh kecil aku dihenyak dan dihempap. Dia naik aku macam kuda sehingga kemaluanku berdarah. Aku rasa kulit lembut di bawah celah kangkangku koyak. Lengan, paha dan pipi digigit. Aku menjerit panggil tauke Yong. Siapa pun tak peduli...kemudian aku hanya diberi rehat satu jam...kemudian pelanggan datang lagi...dan lagi...dan lagi...

Aku rasa bagai nak mati.

Tapi aku tak menyesal. Aku dapat duit banyak. Aku beli baju cantik dan mekap. Pelanggan selalu puji aku cantik. Kulit aku halus gebu. Ina yang kutip tin sekali dengan aku pernah kata aku nampak macam perempuan Jerman.

Di mana Jerman tu?

Katanya ramai perempuan kulit putih bermata kelabu di sana macam aku.

Aku harap aku dapat kumpul duit untuk pergi Jerman dan tengok sendiri. Tapi kata habib, Jerman tempat ramai orang buat dosa. Tak payah pergi pun tak apa. Kalau pergi, mengundang kemarahan Allah. Aku tak mahu Allah marah. Aku sayang Allah. Jika tidak, aku tak dapat jumpa habib. Habib adalah segala-galanya bagi aku selepas Allah.

Ah! Kita lupakan cerita lama. Aku sudah bersih sekarang. Habib yang bersihkan. Katanya, aku bagaikan bayi yang baru lahir semula. Suci bagaikan salju. Dulu aku tak kenal Allah. Kini aku sangat-sangat gembira mengenali Allah melalui sifat 20 dan makrifatnya. Sebelum ini, hidup aku gelap, kotor dan jijik. Tapi habib tak pernah layan aku macam perempuan jijik. Dia sayang aku. Dan sudah tentu, aku pun sayang dia.

Oh! Maaf!

Aku lupa ceritakan kepada kau orang. Habib ni penyelamat aku. Seorang lelaki yang baik. Ustaz. Alhamdulillah. Aku ditunjukkan ke jalan yang benar. Dia punya ramai pengikut. Semua pengikut sayangkan dia hinggakan sanggup mati demi dia. Sama seperti aku. Kadang-kadang aku cemburu bila ada pengikutnya yang tampak terlebih sayang pada habib.

Astargfirullah! Auzubillahi minassyaitonirrajim! Syaitan!

Aku mesti sabar. Baru boleh masuk syurga.

"Intan sayang, inilah dugaannya menjadi wanita pilihan. Intanlah pilihan habib. Bunga syurga. Khairunnisa."

Pujukan habib sentiasa membekas di hatiku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 09, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AKU NAMPAK ALLAHWhere stories live. Discover now