SUITE 690/WJS

34 1 0
                                    

♡1♡
******

       Johnathan Smith Street, kelihatan begitu sibuk serta penuh dengan kenderaan, di pagi ini.Steven Clinmer masih tersangkut, di dalam kesesakan trafik hampir sejauh dua kilometer.Rancangannya hendak tiba awal ke Portsmoon Gold Coast Avenue, mungkin sedikit tergendala di waktu ini.Memandangkan, jam di hadapan dashboard kenderaannya menunjukkan sudah hampir ke pukul sepuluh pagi, dia lalu mencuba menghubungi anak buahnya di sana.Setelah selesai bercakap melalui telefon selular, Steven Clinmer menyimpankannya kembali.Keadaan suasana di atas jalanraya, yang begitu bingit dengan bunyi bising enjin kenderaan, serta penuh dengan asap kereta membuat dirinya, terasa loya perut.Kebetulan pula, mesin penghawa dingin di kenderaannya, tidak berfungsi dengan baik.Mungkin, sudah kekurangan gas, barangkali.Dia cuba mengagak agak, sambil mencongak sesuatu di fikirannya.Bila tersedar, kenderaan di hadapan mulai bergerak, dia pun cepat cepat menurunkan hand break sambil tangannya, lincah menukar giar ke giar satu.Dia hanya mengawal kakinya, sambil menekan sedikit pedal minyak kenderaan sedang dipandunya.Sempat lagi dia memerhatikan, ke kenderaan lain ada di belakang.Suasana kesesakan trafik, masih tidak berubah mana.Setelah hampir setengah jam bergelut di tengah tengah jalanraya, Steven Clinmer berasa sedikit lega, bilamana kenderaaa dipandunya sudah melepasi satu selekoh 80 darjah, ada terdapat di situ.Kali ini, dia sedikit menarik nafas lega, setelah semua kenderaan di hadapan, bergerak lancar semula.Diperhatikannya, jam di hadapan dashboard sekali lagi, menunjukkan sudah ke pukul, 10.30 pagi.Kemungkinan, janjinya untuk bertemu dengan seorang kawan di P.G.C.A pada jam sebelas pagi masih dapat dipenuhinya, sehingga di saat ini.Perkara ini begitu penting baginya, memandangkan ia bakal menentukan kedudukan dan masa depannya sebagai seorang pemasang sistem alat penggera, di kediaman dan juga di premis premis perniagaan.Hari ini, dia berkemungkinan bakal memenangi sebuah award yang sejak sekian lama, diburunya.Setelah sudah hampir dua tahun dia terpaksa menghadapi, persaingan serta berlumba lumba untuk memenuhi segala tuntutan piawaian dan keseragaman, dalam memenuhi tuntutan dan permintaan para pengguna dia merasakan, tibalah saat dan ketika untuknya, mencapai apa yang disasarkan selama ini.Tidak lama memandu, Steven Clinmer pun tiba di sebuah tempat peranginan, di tepi sebuah pantai.Dia, setelah meletakkan kenderaan di tempat meletak kereta, lalu terus berjalan menyusuri laluan tempat berjalan kaki sambil menuju ke Portsmoon Gold Coast Avenue, sebuah daripada tempat tempat menarik, ada terdapat di sepanjang Portsmoon Avenue. Sempena hampir di hari hujung minggu, tempat ini sudah dipenuhi dengan para pengunjung dari dalam dan luar negeri, untuk turut bersantai sambil berehat di sini.Lagi pun, jaraknya tidaklah berapa jauh mana dari pusat bandar, dan hanya mengambil masa, beberapa minit sahaja sambil berkenderaan untuk sampai, ke sini.Setibanya di hadapan pintu masuk, Steven disambut oleh gadis gadis penyambut tetamu, sedia memberi khidmat layanan kepada sesiapa saja yang datang berkunjung, ke mari.Dari jauh, jelas kelihatan dapat dilihat, kawannya Endry Taslucas sedang setia menunggu ketibaannya, sambil secawan kopi ada di pegang di tangannya.Dia tidak bermaksud hendak membiarkan kawannya itu, terpaksa menunggu dengan begitu lama di situ.Dia tiba ke sini pun, di dalam jarak waktu seperti yang dijanjikan mereka berdua.Endry, sempat melihat kelibat kehadirannya, sebentar tadi.Sambil tersenyum, dia menjemput Steven duduk di salah sebuah kerusi, ada tersedia di situ.Selesai berjabat tangan, Steven pun mengambil tempat duduknya.

"How's your morning today?"
"Is it Ok?"

Tegur Steven Clinmer kepada Endry Taslucas, sebagai membuka perbualan di antara mereka berdua, di pagi ini.Endry terus dengan tersenyum sambil memandang kepada temannya itu.

"Oh! It seems definitely...Ok!"

Jawab Endry, sambil sedikit bergurau pula bunyinya.

"Why! Is there anythings goes wrong with you?"
"Or...There is something stupid?"

MENARA BERHANTUWhere stories live. Discover now